Jom Bantu Darul Hadis Pulau Pinang

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 20, 2016


Tiga janji Allah سبحانه وتعالى kepada golongan yg suka bersedekah:

1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah..

Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda yang ertinya :

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat Imam At-Tirmidzi).

2. Dapat berteduh di hari kiamat..

Sayyidina Nabi صلى الله عليه وسلم menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar.. Salah satu golongan yg mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah..

Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang ertinya :

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya."
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak..

Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang ertinya :

“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim).
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS