Kerinduan Pada Ibu

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 30, 2018


Kerinduan seorang anak pada ibu, tidak dapat di bendung lagi. walaupun ucapan saya sayang ibu....


Kenali Calon PAS Port Dickson Di Media Sosial

in , , by Muhammad Naim Abdullah, September 30, 2018


Memperkenalkan Calon PAS Parlimen Port Dickson, Lt. Kol (B) Haji Mohd Nazari Mokhtar.
.
________________________________ 

Jemput SUBSCRIBE, LIKE, SHARE & FOLLOW media rasmi PAS PRK P132 Port Dickson.

🖥 FB Page
🌐 Lt. Kol. Haji Mohd Nazari Mokhtar - PAS Parlimen Port Dickson
https://m.facebook.com/pasportdickson/

🖥 Instagram
🌐 PAS 4 Port Dickson
https://www.instagram.com/pasnegeri9

🖥 Twitter
🌐 #PAS4PortDickson
https://twitter.com/pasnegeri9

" PORT DICKSON SEJAHTERA "

Pilih PAS Di Port Dickson

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 29, 2018


Semoga pengundi di Parlimen Port Dickson memilih PAS sebagai pilihan mereka. Tujuh penjuru adalah satu angka yang besar bagi Pilihan Ray Kecil  dalam sejarah.  Bekas Askar menjadi taruhan PAS . Semoga beroleh kejayaan di sana. 

Kalah Menang adalah Urusan Allah,  kita hanya kerja sahaja.

Wallahualam

Seorang Orang Baik Mampu Menjaga Ramai Masyarakat

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 28, 2018


Yang Dirindui sepanjang zaman. Al-fatihah buat Ustaz.

Sulawesi Di Landa Tsunami

in , , by Muhammad Naim Abdullah, September 28, 2018



Bandar Palu di Tengah Sulawesi Di Landa tsunami setinggi dua meter- sumber berita harian 


Doakan keselamatan mereka.


Banyakkan Berselawat Tanda Sayang Kepada Rasullullah

in , , by Muhammad Naim Abdullah, September 28, 2018


Jom banyakkan berselawat kepada Baginda Rasullullah.


Siapa tak kenal kumpulan Rabbani yang sangat popular sekitar 90an sehingga kini (2018). Lagu mereka sudah menjadi ingatan setiap yang mendengarnya.  Mereka dahulu di kenali sebagai Nadamurni. Satu kumpulan nasyid yang membawa lagu-lagu yang penuh intipati (maksud).


Sebagai contoh adalah :-



Sunnah Berjuang ada dua versi, yang di atas adalah versi yang pertama. Kenapa ia bermaksud Sunnah Berjuang. Ia balik kepada perkataan Sunnah. Kerana ia berkait dengan Baginda Rasullullah. Di dalam Sirah, Baginda turut berjuang di lapangan dakwah dan jihad. Kekadang mengambil masa bertahun.  Betapa hebat kumpulan Nadamurni ini


Wallahualam

Biodata Calon PAS Di Port Dickson

in , , , by Muhammad Naim Abdullah, September 28, 2018


PORT DICKSON : PAS mengumumkan bekas anggota tentera, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar calon bagi PRK Parlimen P132 Port Dickson (PD) bagi menentang Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di Markas Induk  PAS  PRK Port Dickson di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Naib Presiden, Dato Iskandar Abdul Samad, Setiausaha Agung PAS, Dato Takiyudin Hassan, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh, Pesuruhjaya Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Daharun, dan saf pimpinan sayap pemuda, muslimat serta ulamak.

PRK PD diadakan berikutan bekas MP nya mengumumkan meletak jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding.

Umum mengetahui, PRK ini adalah usaha  Anwar untuk membuka jalan menjadi Perdana Menteri.

Namun dalam masa yang sama, Anwar dikatakan bakal berdepan laluan susah kerana PM, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membenarkan cita-cita Anwar menjadi PM tertunai.

Sebelum PRK lagi, langkah PD ini memperlihatkan perpecahan antara pemimpin dalam PH.


Berikut adalah latar belakang calon.


Tarikh Lahir :  30 November 1961
Umur   : 57 tahun
Tempat Lahir :  Parit Maimon, Batu Pahat, Johor
Nama Isteri :  Hajjah Naziroh binti Haji Yusof
Ahli Keluarga :  5 orang anak dan 9 orang cucu
Pekerjaan Kini : Veteran ATM [Lt. Kol. TUDM (B)]
Peneroka FELDA Bukit Besar (2015)
Pengusaha & Usahawan Ladang Durian Musang King
Pengetua Maahad Tafiz Darul Iman, Bandar Tenggara

PENDIDIKAN PERINGKAT SEKOLAH:


Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kota Tinggi
Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Kulai
Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana, 

KELULUSAN DAN KELAYAKAN PERINGKAT TINGGI:

Masters in Defence & Strategy Studies, IUT Gazipur – Dhaka
Sarjana Muda Pengurusan, INTAN Bukit Kiara
Diploma Pengurusan Sumber Manusia (HR), USM
Diploma International Training Methodology, INTAN
Diploma Aerospace & Security Management, RAAF Australia
Diploma Nation Building &Armed Conflict, UN Canada
Pegawai Kadet, INTEK 38 Kem Sebatang Karah, PORT DICKSON

PENGALAMAN KERJAYA / AKTIVITI DALAM PERKHIDMATAN:

Pegawai TUDM selama 28 tahun (1980-2008)
Pengarah Perkhidmatan TUDM, Kementerian Pertahanan
Pegawai Pemerintah Markaz Operasi Udara, TUDM KL
Komandan Pusat Latihan Pentadbiran TUDM
Komander Regional Border Committee Office (RBCO) Songkhla, Thailand
Pegawai Perhubungan Awam (PR), Kementerian Pertahanan
Setiausaha Pasukan Bola Sepak TUDM
Setiausaha Pembangunan Bola Sepak Semi – Pro (FAM) 
Penasihat Koperasi Veteran Wira Mutiara, Pulau Pinang
Penasihat Koperasi Veteran KERABAT ATM Kelantan

PENGLIBATAN DALAM POLITIK:

AJK Lajnah Tanah, Peneroka Bandar & Orang Asal PAS Pusat (2010 – 2016)
AJK Lajnah NGO PAS Pusat
Pengerusi Penaja Lajnah Pertahanan & Kedaulatan Negara PAS Pusat (2016 – kini)
Presiden KERABAT Veteran Bekas Tentera Malaysia
Yang DiPertua PAS Kawasan Tenggara (2014 – kini)
Penyelia Pusat Aduan Rakyat N34 Panti
Calon PAS PRU 13 (DUN Pasir Raja, Parlimen Tenggara, Johor)
Calon PAS PRU 14 (DUN Panti, Parlimen Tenggara, Johor)

PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN:

Timbalan Pengerusi, Masjid Al-Rahman (F) Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
AJK PDK Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
AJK PIBG SK Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
Kem Komandan Kursus Pra-Tahfiz & Kem Anak Soleh Peringkat Zon Parlimen Tenggara
Fasilitator Khas untuk Petugas PRU-13 Negeri Selangor bersama ‘SPICE’
Ikon Sek. Keb. Bukit Besar, Kota Tinggi (2011)

Perginya Murabbi, Guru dan Pejuang Yang Sentiasa Akan Dirindui.

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 26, 2018


CEKAL, tegas, bersemangat, humble, pemurah dan mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat, Itu yang dapat simpulkan selama mengenali sifat Allahyarham Tn Guru Ust Mohd Rejab Ketua Ulama PAS Negeri Kedah merangkap Ketua urusan ulama PAS Jerlun yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul sekitar jam 12:30 tengahari ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada usia 59 tahun.

Pemergian Allahyarham sangat dirasai, masih segar diingatan ketika bersamanya sebagai perwakilan PAS Jerlun di Muktamar PAS Pusat Terengganu, Allahyarham sentiasa mengukir senyuman dan kurang bercakap tekun mendengar perbahasan dan amanat pimpinan, sempat bergambar kenangan bersamanya dengan pimpinan PAS pusat.

Sehinggalah pertemuan terakhir sebelum Allahyarham dimasukkan ke Hospital, pada jam sekitar 8:30 mlm hari Jumaat, kami berkumpul dlm program Usrah bulanan PAS Kawasan Jerlun yg bertempat di rumah Pengarah Jprk PKJ, ketika itu saya makan bersamanya bermenukan Gulai Ikan, Telur masak merah, ulam-ulaman dan lain2 lagi, saya sempat bertanya khabar Allahyarham dan menanyakan jadual aktivitinya “ ust lapang dak hari Isnin 24/9/2018 ini (smlm) ?” Allahyarham jawab “Awat ada apa tu” saya tambah “ Pemuda Negeri Kedah nak mai lawatan mahabbah dan Usrah di Jerlun, nak jemput ust utk bersama-sama kami” Allahyarham balas “ Insya Allah”. Itu lah ayat yg terakhir yg saya dengar sebelum arwah bangun untuk basuh tangan, selepas itu arwah duduk semula ditempat tadi sambil menemani saya dan pimpinan PKJ yg masih menjamu selera, sedang asyik kami menjamu selera tiba2 arwah dipanggil oleh pimpinan PKJ yg telah selesai makan utk solat Insya berjemaah, ketika arwah nak bangun, tiba2 arwah jatuh dengan bertongkatkan tangan ke lantai dlm keadaan yg lemah, kami segera memberikan bantuan kepada arwah dengan mengangkatnya ke sofa sebelum menghubungi ambulan utk dibawa ke Hospital.

Setelah arwah berada di Hospital semenjak malam tersebut, hari ini mendapat berita yg sukar untuk dipercayai, tetapi redha dgn ketentuan Ilahi, “Murabbi” kami ini telah kembali menemui illahi disaat-saat sedang asyik berjuang dimedan perjuangan. Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham Ayahanda Tuan Guru Tuan Guru Hj Mohd Rejab Mad Akhir.

Allahyarham seorang yang mudah didekati oleh golongan muda dan disegani kawan dan lawan, ramai yg hadir menziarahi arwah untuk memberi penghormatan terakhir buat seorg pejuang yg sgt gigih dalam gerakkerja untuk mendaulat Islam di Malaysia ini.

Damailah engkau di sana wahai “Murabbi”. Kami tetap merinduimu.

Kepada ahli keluarga Allahyarham Ayahanda Tuan Guru Tuan Guru Hj Mohd Rejab Mad Akhir, ucapan takziah kami ucapkan. Semoga diberi kesabaran oleh Allah SWT.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس

KETUA PEMUDA PAS KAWASAN JERLUN
25 September 2018


Kredit post di sini:
https://www.facebook.com/dppjerlun/photos/a.218086458528612/753105211693398/?type=3&theater

LGBT: JANGAN TERPENGARUH YANG BERFIKIR DI LUAR TABII

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 25, 2018

Firman Allah:
أَفَمَن يَمْشِي مُكِبًّا عَلَىٰ وَجْهِهِ أَهْدَىٰ أَمَّن يَمْشِي سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
“Maka adakah orang yang berjalan tersungkur di atas mukanya (kepalanya ke bawah cara di luar tabiinya) mendapat hidayah (petunjuk yang sebenar daripada Tuhan) atau orang yang berjalan tegak betul (mengikut tabiinya dengan berpijak kakinya ke bawah) cara yang lebih betul?”. (Surah Al-Mulk: 22)
Inilah bandingan di antara golongan yang mengikut petunjuk Allah dengan golongan yang menolaknya.
Mereka yang menolak dengan sendirinya mencipta perkara yang tidak diizinkan oleh Allah dalam perkara di luar kemampuan akal dan ilmu mereka. Sehinggalah melampau dan keluar daripada fitrah atau sifat tabii (naluri), laksana berjalan dengan muka, bukan dengan kakinya.
Allah Yang Maha Esa bukan sahaja Pencipta Alam, bahkan Allah juga mengadakan undang-undang atau peraturan yang mentadbir alam ciptaan-Nya yang dinamakan syariat yang wajib diimani, mengikut konsep tauhid rububiyyah yang diulangi ucapan Rabbi Al- ‘Alamin dalam setiap rakaat solat, dan diimani oleh manusia secara fitrah (naluri).
Dinyatakan dalam firman Allah:
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad S.A.W.) bertanyakan kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”. Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad S.A.W.): “Alhamdulillah” (bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian, tidak mengingkari adanya Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak berilmu (hakikat menegakkan tauhid dan menolak syirik)”. (Surah Luqman: 25)
Wajib diimani juga bahawa Allah menetapkan kepada setiap makhluknya undang-undang fitrah (naluri atau tabii) mengikut sifat kejadian masing-masing bagi semua makhluk di langit dan di bumi.
Allah telah menciptakan binatang tanpa akal dan tumbuhan yang hidup subur tanpa bergerak mengikut naluri dan kawasan masing-masing. Begitu juga matahari, bulan, bintang cakerawala dan awan yang terapung di antara langit dan bumi, semua makhluk itu patuh secara tabii. Termasuk manusia yang berakal waras berpandukan ilmu yang sebenar dan pengalaman yang betul juga wajib mematuhinya.
Firman Allah:
أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian di alam semula jadi) percaya kepada petunjuk Tuhan (Islam), tiba-tiba mereka mencari lain daripada agama Allah (Islam)? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat (Islam) oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela (membuat pilihan bagi yang berakal) atau terpaksa mengikut naluri (tabii), dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan”. (Surah Aali ‘Imraan: 83)
Bagi manusia, makhluk yang bercirikan jasad yang hidup bergerak dan berakal fikiran, berkeluarga dan bermasyarakat madani (bertamadun) tidak sama dengan pokok tumbuhan yang tidak bergerak daripada tempat berpacaknya. Tidak sama juga dengan binatang kerana manusia itu berakal dan tidak sama dengan malaikat dan jin kerana manusia muncul di alam nyata yang dapat dilihat.
Hidup manusia itu pula bukan bersendirian sahaja, tetapi berkeluarga dan bermasyarakat madani (berkumpul dan bertamadun). Maka Allah menetapkan peraturan dan undang-undang yang dinamakan syariat, bukan sahaja undang-undang bersifat fitrah (tabii).
Di sampingnya, banyak peraturan yang boleh dinilai oleh akal yang waras untuk dipilih, dipandu dengan ilmu dan pengalaman, serta mengambil kira masa yang berlainan dan tempat yang berbeza serta berubah. Dimaafkan kepada mereka yang kurang upaya jasadnya dan tidak berakal seperti gila, lupa dan nyanyuk.
Petunjuk yang dinamakan Islam itu diwahyukan kepada para Rasul yang dipilih sendiri oleh Allah, bukan dengan usahanya sendiri atau dipilih oleh manusia melalui pilihan raya atau keturunan. Bersama para rasul itu diwahyukan Kitab (Firman Allah) sebagai petunjuknya yang berakhir dengan Al-Quran. Allah juga menjadikan Al-Quran itu mukjizat ilmu (perkara luar biasa menjadi tanda kerasulan Rasul terakhir).
Sunnah atau hadis atau hikmah Rasulullah S.A.W. menunjukkan cara beramal dengan Al-Quran pada zamannya. Petunjuk yang bersifat universal (sejagat) sepanjang zaman, kerana perkembangan dunia pada akhir zaman ini, ada perkara yang tetap dan ada yang mengalami perubahan mengikut realiti dan situasi, tempat dan keadaan yang berbeza.
Dibuktikan betapa benarnya Al-Quran itu melalui laporannya, berkenaan kisah benar yang berlaku pada zaman dahulu kala, walaupun masanya sudah berlalu beberapa abad dan jaraknya yang jauh daripada masa dan tempat lahir Rasul akhir zaman iaitu di Makkah dan Madinah. Tempat yang paling terpencil di tengah padang pasir yang asalnya tiada tumbuhan dan penghuni.
Al-Quran juga menyatakan berkenaan makhluk alam angkasa lepas seperti matahari, bulan, bintang cakerawala dan peredarannya yang dapat dilihat. Ternyata benarnya petunjuk ini telah dibuktikan oleh sains terkini yang tidak mampu diketahui oleh manusia dengan ilmunya pada 15 abad yang lalu ketika Al-Quran mula diwahyukan. Ini membuktikan bahawa benarnya petunjuk Al-Quran itu, bermula daripada hukum yang disebut, perkara ghaib dan peristiwa Kiamat yang akan berlaku, adalah benar dan wajib diimani tanpa keraguan.
Maka hukum halal dan haram dalam urusan kehidupan manusia adalah sempadan Allah yang mengawal perjalanan hidup mengikut fitrah, naluri dan sifat tabii, supaya tidak terkeluar daripada sifat kejadiannya sehingga merosakkan diri manusia itu dan alam sekelilingnya.
Allah menyebutkan contoh apabila manusia meninggalkan petunjuk Allah seperti berada dalam pesawat udara melebihi kawasan bumi boleh mengganggu pernafasannya.
Firman Allah:
فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah (petunjuk) kepadanya, nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. Dan sesiapa yang menjadi sesat, nescaya ia menjadikan kefahamannya laksana dadanya sesak dan sempit sesempit-sempit nafasnya. Seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit yang tinggi (di luar sempadan bumi). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman”. (Surah Al-An'aam: 125)
Hari ini terbukti dengan nyata bahawa makanan dan minuman yang diharamkan oleh Islam menyebabkan penyakit berbahaya. Ada bahayanya hilang dengan dimasak, atau habis masa mabuknya dinamakan arak yang diharamkan apabila berubah menjadi cuka yang dihalalkan.
Ada yang diharamkan selama-lamanya seperti daging babi, kerana hikmah kejadiannya bukan untuk dimakan, tetapi dimaafkan ketika darurat di mana tiada makanan yang lain, kerana mengikut Maqasid Syariah yang berpandukan daripada dasar umum Al-Quran, menunjukkan diutamakan menjaga nyawa dahulu dalam keadaan darurat, yang ada sempadannya yang diizinkan oleh Allah.
Begitulah hubungan di antara lelaki dan perempuan yang berbeza kejadiannya dan peranan berkeluarga. Maka diadakan hukum syariat perkahwinan di antara lelaki dan wanita mengikut hukum, adab dan sempadannya. Turut diharamkan berkahwin dengan keluarga yang terdekat seperti ibu bapa dengan anak dan di antara satu keluarga yang terdekat seperti saudara kandung. Kesalahannya kini disebut sebagai sumbang mahram.
Begitu juga diharamkan perkahwinan sejenis dan diharamkan juga berzina, liwat dan sihak (lesbian). Ternyata tindakan yang salah ini menyebabkan penyakit terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Walaupun dibuat atas konsep kebebasan mengikut teori Barat yang sesat dan diberi nama yang popular atau menarik seperti LGBT.
Apabila terkeluar daripada landasan tabiinya, maka dikira terbabas, menyebabkan kecelakaan yang tidak harus dimasukkan dalam takrif kebebasan. Laksana kereta yang melanggar sempadan undang-undang jalan raya dikatakan terbabas, bukannya bebas. Namun, mereka syok sendiri merasakan cerdik kerana melakukan perkara luar biasa, walaupun sebenarnya di luar naluri sehingga merosakkan diri sendiri. Hakikatnya paling bodoh kerana tidak sedar dirinya bodoh.
Islam menetapkan hukuman yang keras terhadap kesalahan melanggar sifat tabii semula jadi manusia yang membawa kesan yang sangat buruk kepada diri manusia sendiri. Cukup menjadi bukti Allah menenggelamkan kaum Nabi Lut dengan hukuman bencana paling dahsyat kerana amalan liwat. Adapun kepada umat pada akhir zaman ini, Allah menetapkan hukum haram yang menjadi sempadan kerana menjaga sifat tabii manusia.
Apa yang dibimbangi, berlakunya bencana kemungkaran yang besar apabila hukum Allah ditinggalkan dan menjadi sasaran sehingga dipertikaikan. Dan alangkah beraninya mencabar hukum Allah.
Cara berfikir mereka terlalu tertarik dengan semua yang berjenama barat seperti LGBT, walaupun sebenarnya bersifat luar tabii manusia sehingga di atas namakan hak kebebasan yang salah dan sesat. Mereka yang bersimpati terhadapnya juga berfikiran sesat kerana sangat di luar tabii manusia yang sebenarnya berakal.
Inilah akibat apabila terpengaruh dengan para pemikir bukan Islam yang paling jahiliah yang sudah mencetuskan masalah di negara mereka, sehingga binatang anjing lebih dipercayai daripada anak kandungnya.
Firman Allah:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati nurani (boleh memahami) (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al-A'raaf:179)
Syabas kepada pemimpin yang menyedari akan bahaya kalangan berpenyakit yang sesat sehingga terkeluar daripada sifat tabiinya, dan berwaspada terhadap pemimpin yang tersasul kerana hanya mahukan sokongan undi pilihan raya sehingga cara berfikirnya juga dengan cara luar tabii.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Muharam 1440 / 25 September 2018

Ketua Ulamak PAS Kedah dibawa ke hospital

in , , by Muhammad Naim Abdullah, September 22, 2018


ALOR SETAR: Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir, dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba rebah di rumah salah seorang ahli usrah di Jerlun, tengah malam tadi.
Beliau disahkan doktor mengalami strok dan ditempatkan di zon merah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, setelah didapati berlaku pendarahan di kepala.
Ketua Dewan Ulamak itu dimaklumkan menghadiri usrah yang diadakan di rumah Pengarah JPRK kawasan terbabit, namun rebah sebelum sempat usrah itu bermula.
Demikian menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Jerlun, Ustazah Fatimah Wan Teh kepada Harakahdaily ketika dihubungi.
Melalui maklumat terbaharu daripada anak Ustaz Mohd Rejab, setakat pukul 3.00 pagi tadi, doktor mengesahkan tiada pembekuan darah dikesan memandangkan saluran darah ke otaknya masih luas walaupun berlaku pendarahan yang banyak.
Oleh itu, pembedahan tidak perlu dilakukan buat masa ini dan berpontesi untuk sembuh semula.

Syeikh Muhd Zainul Asri Hj Romli - Akhlak RASULULLAH

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 21, 2018


Akhlak mulia yang ada pada Rasullullah akan mengamit rasa rindu dan sayang pada susuk tubuh ini. Semoga kita beroleh manfaat syafaat Rasullullah SAW

Wallahualam

Suasana Politik Kerajaan Baru

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 21, 2018


Secangkir kopi panas menemani daku , ketika entri di taip. Bagaimana kalian rasa berada kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan memerintah Malaysia . Selepas Barisan Nasional kalah dengan teruk pada 8 Mei 2018. Alhamduillah satu anjakan paradigma rakyat Malaysia berubah kepada yang baru. Selepas 60 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional. 

Sejak Pakatan Harapan mula di umumkan menjadi Kerajaan, Tun Mahathir di beri nama sebagai nama Perdana Menteri 'sementara' menunggu Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke lapan.  Bagi aku sebagai pro pembangkang tidak bersama blok Pakatan Harapan. Satu lagi kerosakan yang akan menimba kepada rakyat Malaysia amnya

Bab pepatah orang lama, keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Tidak ada bezanya corak adalah sama tapi tukar orang sahaja. Sejak PAKATAN HARAPAN  pegang kerajaan, macam-macam berlaku di dalam 100 hari. Institusi diraja di kacau, agama Islam agama persekutuan juga di kacau.

Macam-macam akan berlaku. layan sahaja. Alhamduillah aku x pangkah mereka. :)

Wallahualam

Ustaz Azhar Idrus Official-Hukum LGBT

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 19, 2018


Semoga manfaat kepada semua

Syeikh Zainul Asri- Antara Hujan dan Air Mata

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 19, 2018




Hujan membersihkan bum air mata membersihkan HATI. 
Sepertimana ALLAH membersihkan bumi dengan hujan, seperti itu juga ALLAH membersihkan HATI dengan air mata

Bakal Perdana Menteri KE 8 Bakal Merombak Kabinet

in , , by Muhammad Naim Abdullah, September 19, 2018


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan merombak kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau menggantikannya kelak.
Bakal presiden PKR itu berkata beliau akan membuat keputusan berdasarkan prestasi menteri sedia ada.
"Saya fikir pilihan sentiasa diberikan kepada pemimpin baru untuk membuat keputusan.
"Saya belum memikirkannya lagi; semuanya bergantung, kerana mereka mempunyai satu, satu setengah tahun untuk membuktikan diri masing-masing. Jika mereka efektif, mereka harus diteruskan.
sumber: https://www.malaysiakini.com/news/443730

Uniform: Jabatan Amal dapat iklan percuma

in , , by Muhammad Naim Abdullah, September 17, 2018


ALHAMDULILLAH Jabatan Amal mendapat iklan percuma, apabila isu uniform di Muktamar PAS ke-64. Hendak harap isu lain sudah tidak ada. Baling kerusi, meja, mikrofon, bergaduh tidak berlaku. Tidak ada pula perwakilan yang ditangkap kerana minta rasuah oleh SPRM.
Maka isu uniform yang menjadi tumpuan. Nampaknya orang awam yang selama ini tidak mempeduli Jabatan Amal sudah memberi tumpuan. Mereka hendak tahu apa itu Jabatan Amal. Cybertrooper upahan mereka terkedu apabila ditunjuk uniform pasukan St John. Terus menghilang diri dan tidak dapat dikesan oleh radar.
Insya Allah anak muda yang benci dengan trend politik dendam dan fitnah akan menyertai Jabatan Amal. Mereka akan menjawab dengan amalan untuk sama-sama menyertai Jabatan Amal biar mereka yang benci dan dendam tidak senang.
Berita uniform Jabatan Amal seolah-olah sempadan negara diceroboh, senjata hilang dan kem tentera diserang. Carilah modal lain, kalau benci sangat dengan PAS. Tak padan lawan Jabatan Amal, buat malu dekat orang sahaja.
Jabatan Amal ini, mereka yang memang beramal. Tidak ada dalam pemikiran mereka hendak berebut calon, hendak menjadi menteri, exco, YDP kawasan atau ketua cawangan
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
17 September 2018

Post asal di sini :-

ISU PAKAIAN JABATAN AMAL MALAYSIA

in , , by Muhammad Naim Abdullah, September 17, 2018


Sekretariat Kebajikan Bekas ATM PAS Pusat mohon PATRIOT agar lebih professional dalam membangkitkan sesuatu isu nasional jika ingin dilihat sebagai sebuah badan NGO yang tidak berpihak dan kononnya tegas tapi rakyat marhaen menilai.
Etika berpakaian seragam yang diamalkan oleh Jabatan AMAL Malaysia (JAM) adalah selaras dengan keperluan dan suasana. Pakaian Istiadat ini diguna dalam adat istiadat rasmi PAS oleh kumpulan ahli JAM yang terlatih. Ketua Perbarisan pada majlis bersejarah itu adalah Tuan Haji Bakri seorang Bekas Pegawai Waran ATM yg terlatih dari kepakaran Kawad dan Istiadat, bukan dibuat secara semberono.
Dari sudut luaran pakaian istiadat JAM yang telah diperkenankan oleh AJK PAS Pusat ini dilihat lebih bertepatan dengan model yang diguna badan seragam dari unit sukarelawan yang lain seperti Palang Merah dan Kadet beruniform di sekolah-sekolah dan kumpulan Pancaragam malah telah didominasikan secara kemas dan bersopan oleh Ahli Parlimen termasuk Raja-Raja Melayu. Mereka JAM bukanlah kumpulan Kombatan tetapi sebuah Organisasi Sukarelawan yang Terlatih dari pelbagai bidang kepakaran khususnya Perubatan dan Keselamatan.
Kenyataan Pengerusi PATRIOT adalah kenyataan yang dangkal yang fokus hanya pada Jabatan AMAL Malaysia milik PAS. Saya menganggap tuduhan beliau berat sebelah dan tidak adil kepada semua badan beruniform awam seluruh Malaysia khususnya PAS.
Dalam pembentukan Malaysia Baru, PATRIOT sewajarnya lebih menyasarkan agar setiap warga Malaysia lebih berjiwa kental dengan jatidiri dan semangat Patriotik kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Ikhlas dari:
Lt Kol TUDM (B) Haji Nazari Mokhtar
Presiden KERABAT Malaysia.



Berikut adalah 10 arahan yang terkandung dalam Ucapan Dasar Presiden PAS:
- Pertama, semua pihak dalam PAS Pusat, Dewan-Dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema "ISLAM MEMIMPIN”, seterusnya merangka perancangan melalui pendekatan BPMS dan kesediaan untuk bekerjasama atas perkara kebaikan di semua peringkat.
-Kedua, Pentarbiahan pimpinan dan ahli adalah elemen asasi yang perlu diteruskan melalui aktiviti usrah, tamrin dan liqa' fikri mengikut marhalah yang telah ditetapkan. Penumpuan wajar diberikan untuk memberi penambahbaikan dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’ dan sistem pemantauan, di samping proses pembentukan fikrah di kalangan anak ahli PAS dan pelapis perjuangan.
- Ketiga, pentadbiran Organisasi di semua peringkat perlu terus diperkemaskan supaya lebih berkesan. Selain, sistem KPI dan perancangan strategik yang semakin diamalkan di Peringkat Negeri dan Kawasan, beberapa aspek pengurusan organisasi wajar diberi nilai tambah, antaranya dalam kempen penambahan ahli, pengurusan sumber manusia, kualiti mesyuarat, serta pengurusan kewangan yang sistematik.
- Keempat, Dewan Ulama perlu bertindak pantas menjadi jurubicara untuk menjelaskan isu semasa dengan merujuk kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah, serta proaktif dalam menganjurkan seminar ‘ilmiyyah dalam memahami persoalan Maqasid dan Siyasah Syar’iyyah. Ulama perlu menarik seramai mungkin cerdik pandai untuk bersama PAS, di samping keperluan untuk menguasai ilmu moden dan mengembangkan dimensi ilmu yang dikuasai.
- Kelima, Dewan Muslimat perlu mendepani pelbagai isu masyarakat dan menyentuh hati nurani rakyat, melalui aktiviti kebajikan dan kekeluargaan. Dewan Muslimat berperanan besar dalam menentukan kuasa politik dan kejayaan membina kualiti insan dalam negara. Penganjuran aktiviti mesra-wanita dalam lapangan kemahiran, minat dan riadah boleh dijadikan wadah untuk mendekatkan PAS kepada golongan wanita.
- Keenam, Dewan Pemuda mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam, dan bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan. Pendekatan dakwah yang kreatif, penguasaan media sosial dan penglibatan di lapangan anak muda mesti dimanfaatkan untuk membawa mesej Islam. Pemuda juga perlu mendepani isu nasional dan antarabangsa, serta mampu mengemukakan solusi terhadap permasalahan rakyat dan anak muda.
- Ketujuh, DHPP wajar diperkemaskan dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya, dibangunkan bersama oleh Lajnah Tarbiah dan Lajnah Dakwah. DHPP di semua peringkat wajar menjadi jambatan yang menghubungkan PAS dengan parti politik dan NGO berasaskan kaum dan agama yang lain, bagi menarik sokongan pengundi bukan-Melayu yang boleh berubah dalam PRU15 kelak.
- Kelapan, pimpinan dan ahli PAS yang memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan Jawatankuasa yang berkaitan perlu melaksanakan amanah dengan sempurna.
Semua yang dilantik wajib menunjukkan adab, akhlak dan keilmuan yang tinggi ketika perbahasan dan menghormati penjawat awam, sehingga menjadi contoh ikutan pihak lain.
- Kesembilan, Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas dan dipantau oleh pimpinan Negeri. Program dalaman seperti aktiviti tarbiyah dan kepimpinan mestilah menjadi agenda yang penting dalam taqwim tahunan, di samping mempelbagaikan program kebajikan dan kemasyarakatan untuk menambah ahli dan menarik sokongan rakyat kepada PAS.
- Kesepuluh, pimpinan dan ahli PAS secara keseluruhannya perlu menjaga hubungan dengan Allah, membina syakhsiah dengan Ta’lim dan Tarbiyah, membekalkan ilmu kepada akalnya secara bertafaqquh, menanamkan iman dan akhlak yang mulia kepada rohaninya, serta wajib melengkapkan diri dengan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah mengikut kemampuan

Politik Fitnah Menjadi Darah Daging

in , , by Muhammad Naim Abdullah, September 15, 2018

Sejak sebelum Pilihan Raya ke 14, Malaysia sudah sebati dengan budaya politik yang tidak matang. Saban hari, mereka sudah bermain dengan politik kotor. Kerana apa? kerana mereka mahu undi masyarakat kepada mereka. Sebar penipuan agar mereka menang dengan selesa.

Akhir mereka beroleh kemenangan bergaya. Kemenangan yang tidak di duga terus di uji dengan perebutan kuasa dan jawatan yang mengaburi mata mereka. Janji kepada rakyat sekadar retorin semata-mata.

Untuk menutup lubang-lubang fitnah, mereka cipta fitnah yang baru. Orang yang bergelumang dengan fitnah akan jatuh dengan fitnah jua. Nantikan kejatuhan mereka.

Bila? tunggu.. 

Pilihlah Dr Halimah Ali Untuk Seri Setia

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 04, 2018

Untuk mengikuti perkembangan kempen Dr Halimah Ali  dekat sini :-


Cukai SST Membebani Rakyat Malaysia

in , , by Muhammad Naim Abdullah, September 01, 2018


KREDIT https://amanz.my/2018178245/
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS