Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua , di dalam rahmat Ilahi selalu. Pada malam ini Naim hendak share selawat yang di baca oleh beberapa orang yang terkenal di Malaysia.
Showing posts with label
selawat
Malam ini Naim hendak share satu selawat yang di panggil selawat ibrahimiyah. Jika kita solat , selawat ini akan di baca di tahiyyat akhir. Jom kita hafal tatkala masa lapang dan susah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama-sama keluarga tercinta. Dan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad. Semoga di akhirat kelak kita bersama Baginda Nabi Muhammad. Insha Allah.
Pagi ini Naim share selawat mubin dari Ustaz Wadi Anuar,semoga kita semua baik-baik ya di musim PKP ini. Insha Allah
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Naim harap kalian selamat bersama-sama keluarga tercinta. Bagaimana anda lalui hari-hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ), ternyata terasa bosan terperap di dalam rumah sahaja kan. Nak hendak keluar tak boleh dengan tanpa tujuan. Takut kena warning oleh pihak Polis dan Tentera. Jika di tanya bagaimana Naim pula? Sama keadaan macam kalian rasa sekarang. Cuma keluar waktu pagi, kerana tidak ramai orang dan boleh mencari keperluan dapur dan sarapan pagi. Kerana ia tidak semeriah sebelum COVID-19 ini.
Sebenarnya idea hendak menulis tidak cerna dengan sebaiknya. Akan tetapi kena menulis juga agar blog ini tidak kosong . Balik kepada tajuk entri kali ini, Naim menukilkan Isilah Hari Anda Dengan Berselawat. Ada satu hadis dari Nabi Muhammad, Sesiapa yang berselawat kepada Nabi akanmendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada Baginda Nabi. Insha Allah, Amin!.
Masa berselawat tidak terbatas kecuali anda masuk tandas sahaja. Tatkala sedang masak pun boleh berselawat. Kerana berselawat dapat menambah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad. Dengan berselawat juga akan menzahirkan ketenangan kepada hati kita. Dengan keadaan sekarang kita akan menjadi sabar. Insha Allah next entri Naim menulis pula berkisar COVID-19 dengan hati kita dan perasaan kita. Tunggu ada idea yang mantap.
Sebelum Naim menutup entri kali ini, kita berdoa semoga COVID-19 ini lenyap di muka bumi sebelum Ramadhan tahun ini. Berdoalah semoga Allah perkenankan doa-doa di kalangan kita. Amin!
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama-sama keluarga tercinta di dalam keadaan Malaysia #StayHome ini. Jangan lupa berselawat kepada Nabi Muhammad, semoga berkat berselawat Allah turunkan rahmat dan COVIND-19 terhapus. Amin.
Bersama-sama kita menjaga kesihatan dan duduk di rumah demi mengekang penularan virus corona ini daripada merebak kepada keluarga kita. Semoga Allah memelihara kita semua. Insha Allah.
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Jangan kita lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Dengan selawat ini dapat menambah kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.
Oleh itu, jangan kita lepaskan peluang ini untuk terus berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.
Jom kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan berselawat akan menambah kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad yang kita cintai selami ini. Insha Allah. Asbab tinggal beberap hari lagi, kita akan menyambut Maulid NABI Muhammad. Oleh itu, jangan kita sia-sia masa dengan perkara tidak manfaat.
Ajak bersama-sama rakan-rakan , sanak keluarga untuk berselawat bersama-sama.
Assalamualaikum semua, bersempena menyambut Hari Maulid Nabi Muhammad SAW. Insha Allah Naim akan share selawat-selawat kepada Baginda Nabi Muhammad. Semoga dengan berselawat kepada Baginda kita akan menjadi zikir yang basah di dalam mengingati Nabi Muhammad.
Jom berselawat sahabat-sahabat semua!
Jom banyakkan berselawat kepada Baginda Rasullullah.






