Sunnah Berjuang - Nasyid Klasik 2

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 30, 2019


Sunnah Berjuang nasyid klasik yang sangat popular pada zaman 80-an lagi. Kerana setiap lirik-lirik sangat mendidik jiwa kita sendiri. Sunnah Berjuang ini pernah di popularkan oleh kumpulan Nadamurni.  Kalian tahu tak kumpulan Nadamurni? Nadamurni adalah kumpulan asal bagi kumpulan Rabbani dan Hijjaz. Jom lihat gambar di bawah



sumber google image.

Setelah ada krisis di dalam Malaysia, Nadamurni telah berpecah kepada dua kumpulan yang baru iaitu Rabbani dan Hijjaz. Rabbani di ketuai oleh Almarhum Ustaz Asri Ibrahim manakala aHijjaz di ketuai oleh Ustaz Munif. Siapa yang peminat nasyid pasti menyukai dua kumpulan ini kerana suara gemersik dua vokalis ini iaitu Ustaz Asri Ibrahim dan Ustaz Munif.


sumber google image

Balik pada tajuk asal, iaitu Sunnah Berjuang ia berkaitan dengan para pendakwah yang berjuang menyebarkan ajaran agama Islam di seluruh pelusuk negara. Kekadang pendakwah tiada masa bersama-sama anak-anak dan isteri. Terpaksa menempuh onak duri yang berliku demi  Agama Islam tercinta. Oleh itu, kita sebagai masyarakat awam, patut bersyukur, kerana celik mata sahaja kita sudah bersyahadah. Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah. Mulia bangsa Melayu kerana ada kalimah syahadah awal kejadian..Sebelum Naim tutup entri ini jom kita hayati lagu dan lirik Sunnah Berjuang. 


LIRIK

sudah sunnah orang berjuang
mengembara dan berkelana
miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
rezkinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu

orang lain membuat harta
tapi dia membuangnya
orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata
orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang

tidak kurang yang sayang padanya
orang lain mati dilupa
para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
makamnya sentiasa diziarahi
perjuangan tetap diingati

++++-------Tamat-----++++


SHARE 12 comments

Add your comment

  1. Slm ramadhan! Oh xpnh tahu psl rabbani n hijjaz used to be 1 team Nadamurni ni but seriously dua2 grup nasyid ni lah yg Mula2 menaikkan nasyid n perjuangkan islam kat Malaysia then baru ada inteam UNiC and etc. Semoga nasyid terus mekar di hati kita semua. Sy rs skg kt ada heliza n wany yg buat jg lagu2 ketuhanan n concept dakwah ni

    BalasPadam
  2. @Sizzling Suzai Ya. tidak kurang hebat yang tampil buat lagu single, yang penting kita menyokong mereka.

    Salam Ramadhan dari Naim

    BalasPadam
  3. My first time heard about Rabbani. Such a big group of singer. Informative write up about them.

    BalasPadam
  4. Wow.
    Tak sangka bahawa Rabbani dan Hijjaz asalnya adalah Nadamurni.
    Tapi apapun, memang menyukai kedua kumpulan ini - saya membesar dengan keduanya.

    BalasPadam
  5. I will ask my Muslim friends to support them. I will personally support them coz' we are 1 Malaysia.

    BalasPadam
  6. uwh baru tahu sejarah kumpulan ni. Tapi memang ena minat. Dulu memang famous lagu nasyid. Siap masa sekolah masuk ptandingan nasyid lagu2 rabbani Alhamdulillah kami menang.hehe. skolah berlumba2 masuk lawan peringkat sekolah.

    BalasPadam
  7. saya terbayangkan Nadamurni ni kumpulan yang sama dengan Qatrunnada.. hee~ rupanya tak.. tapi lagu2 dorang memang menjentik hati ya.. saya suka..

    BalasPadam
  8. Serious tak pernah dengar nama kumpulan Nadamurni tu. Lagipun tahun 80-an kita belum lahir lagi hehe. Tau kumpulan Rabbani dengan Hijjaz tu je, sejarah lampau diorg memang taktau. Nostalgic betul eh lasgu nasyid ni..

    BalasPadam
  9. Lagu2 nasyid diorang memang best. Dengar selalu pun tak akan pernah jemu

    BalasPadam
  10. Wah bila 2 kumpulan nasyid beegabung memang meletop. Mesti lagu yang dihasilkan best dan terbaik. Tak sabar nak dengar di corong radio

    BalasPadam
  11. lagu peberet nih , saya ada cd kompilasi nada murni ..memang best dengar ..musik dia beza sangat dengan yang dulu..tapi siyes suara arwah tiada gantinya....

    BalasPadam
  12. Tak tahu pulak 2 group ni pernah berada dalam 1 nama. Dalam satu group.
    Tak pernah dengar nama tu pun.
    Fuh.. Penuh nostagia ni..
    Lagu tu pun sedap didengar..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

2025 © Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS