pengikut pemudattbc

Selasa, 18 Jun 2019

Makna Kedamaian Di Dalam Ilusi



Di dalam kehidupan bernama Manusia, kita akan mencari makna damai. Di dalam mencari makna damai . Kekadang membawa kepada asbab yang berbeza. Ada manusia mencari damai dengan memancing, mendengar muzik, ada duduk di persisiran pantai hatta mencari makna sebagai Hamba kepadaNYA. Kehidupan sekarang jika tidak di perbaiki ia akan membawa kepada kemudhratan yang sangat besar.

Mencari damai yang abadi kena kembali kepada asal kejadian kita. Sebagai makhluk Tuhan kena beradab dan beribadah kepada Nya. Hendak mentafsir makna Damai secara menyeluruh tidak upaya. Kerana damai ini datang dengan sendiri, dengan kata lain nikmat semula jadi kurnia daripada Sang Pencipta kita. Kekadang manusia lebih mencipta janji-janji manis sehingga membawa kepada kemudhratan pada diri sendiri, keluarga, masyarakat hatta kedaulatan negara kita sendiri.

Oleh itu, berpada-pada di dalam berjanji kepada makhluk termasuk kepada Sanga Pencipta (nazar) kerana takut ia akan memakan diri kita balik kerana menabur janji kedamaian hatta dunia sekali pun. Mencari makna damai kena ada keikhlasan dari hati yang tulus. Jika 'fake' ikhlas ia akan bertahan sekejap sahaja. Sebab itu ramai tenggelam di dalam kedamaian yang sementara. Terkapai-kapai mencari jalan pulang.


Ramai mengatakan realiti adalah kejam dan zalim. Akan tetapi, mereka terlupa kerana mereka membawa kepada realiti kepada ke arah kejam dan zalim angkara buah-buah janji manis. ( Ramai yang terkena pada PRU 14).  Oleh itu, kita kena muasabah diri kembali adakah kita sebaik-baik untuk memberi damai yang abadi. Kerana damai ini anugerah terbaik daripada Sang Pencipta. Jangan sampai tangan-tangan kotor memusnahkan maksud Damai ini.




Maksud damai ada dalam lagu ini.

24 comments:

Sunshine Kelly berkata... [Reply to comment]

Its true when think of it on a deeeper level, we have to find peace within. Is us that control our mind and emotion.

el berkata... [Reply to comment]

kdg2 kita juga alpha dengan duniawi ni..arwah abah sis mengubah sis dr pelbagai aspek..dia tgglkan sis dengan penuh tanda tya..perginya cukup indah..jdinya pengakhiran kita mcm mana kelak..subhanallah..semoga kita dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat

Cik Lily Putih berkata... [Reply to comment]

bukan senang nak cari damai di hati tapi bila kita dah dapat memang sangat- sangat menenangkan..
apa-apa pun berbaliklah kepada yang esa

Aerill Hassan berkata... [Reply to comment]

perkongsian yg menarik. makna damai bagi saya adalah apabila mencapai satu tahap ketenangan yang tinggi,juga apabila tiada perbalahan, permusuhan dan sebagainya. mungkin saya perlu mencari lagi erti kedamaian. apa2pun terima kasih share

Ernie Tomo berkata... [Reply to comment]

Susah nak kata. Manusia sekarang ramai suka menabur janji saja tapi tak ditepati. Hanya pada Pencipta kita serahkan. Yg penting kita usaha untuk kekalkan kedamaian

Ruby berkata... [Reply to comment]

Damai bagi saya adalah tidur. Saya rasa dunia ni jem melekat dengan pelbagai perkara. nak berilusi pun tak bleh. Realiti kehidupan sangat jelas sekarang. mungkin kerana kita semua sudah matang.

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Sunshine Kelly kita kena mengawalnya hehe

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@el Insha Allah. Doa kesejahteraan bapak ya. kerana anak yang solehah tak lupa pada ibubapa. :)

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Cik Lily Putih Sangat betul itu. APa2 kena kembali kepada Sang Esa

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Aerill Hassan Sama-sama. Kerana balik kepada Yang Esa jua

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Ernie Tomo :) sabar dan tawakkal adalah ubat kita pada waktu sekarang

Bella Jamal berkata... [Reply to comment]

Yang penting ikhlas dan istiqomah. Jangan terjebak pula menjadi penunggang..manusia sekarang macam-macam. Luaran aja tak dapat nak tafsir bagaimana keadaan hati tu kan. Btw, apapun kena ingat Tuhan. Tq berkongsi dan mengingatkan.

Ana Suhana berkata... [Reply to comment]

Setuju. Damai dan tenang tu juga salah satu nikmat Allah. Tak terbeli hatta dengan wang ringgit.

xulhlmi berkata... [Reply to comment]

Hidup ini mudah, kita perlu cipta kedamaian dalam diri dan sentiasa menuju kearah positif. Baru hidup kita lebih bahagia dan indah.

Mimie berkata... [Reply to comment]

Sebagai manusia memnag kita akan alpa dan lupa. Nak mencari damai bukan mudah. Kena istiqomah. Nak cari damai catilah Al Quran. Insya Allah tenang dan rasa damai. Yang alpa kita sama sama nasihatkan

AzlindaAlin Bicara Mummy berkata... [Reply to comment]

inspired !

Farhana Jafri berkata... [Reply to comment]

rasanya tak perlu letak tentang ramai yang terkena pru14 tu sebab ada contoh lebih bagus dari dunia politik. Umum tahu manifesto bukan sesuatu yang pernah dicapai dari mana2 parti pun. Yang mengundi pun kebanyakannya nak jatuhkan najib dan rosmah. PH je pembangkang yang ada dengan pemimpin berpengalaman selain PAS dan PSM

huda berkata... [Reply to comment]

terima kasih kongsi buah fikiran yang bernas ni buatkan kita semua fikir sejenak tentang kedamaian yang kita idamkan sering kali hancur berkecai dek janji palsu dari mereka yang hanya mementingkan diri sendiri

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Farhana Jafri Hari tu pangkah P,H ka? haha. chill la. sekarang Islam jadi msuh tahu x.

saidila berkata... [Reply to comment]

damai tu perlu dicari dan paling penting kena sebarkan...sentiasa positif yang berpada , yakin dan juga redha ..setiap musibah yang datang pasti ada hikmahnya

AyuArjuna BiGoshh berkata... [Reply to comment]

Ramai yg hidupnya fake lately ni. Berpura-pura baik depan dan belakang sebaliknya. Tapi sy sgt optimism just jadi diri sendiri. Sebab kita percaya kita baik akan memberi aura pd sekeliling

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

selalu je nak cari kedamaian dan ketenangan..kadang nak jauhkan diri dari orang semua..malas nak fikri duniawi ni, tapi sebenranya kita tak boleh lari dari semua tu..semua ni yang ajar kita bersabar

cre8tone berkata... [Reply to comment]

kalau lah kedamaian dan ketenangan bukanlah hanya ilusi, kan bagus? hmm... lagu yang best dari m nasir..

Nadratul Syazwana berkata... [Reply to comment]

Yang penting hati kita mesti kena bersih. In shaa Allah akan selalu rasa tenang dan damai je. Penting juga untuk tidak menipu diri sendiri. Btw, Nad follow Naim ya #614



Entry Paling Best

--------------