[Drama Spontan 11 ] Parent Vs Guru

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 07, 2019


Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua. Banyak hari Naim tidak menulis entri kerana ada hal peribadi sedikit. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad SAW. Banyakkan berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad kerana kita kan mendapat syafaat di akhirat kelak. Insha Allah.  

Bagaimana dengan cuaca di tempat anda semua? Harap cuaca cerah selalu. Jerebu tak? di kawasan Naim amnya di kedah khususnya ada sedikit jerebu. kemungkinan pesawah sudah membakar jerami untuk proses penamanan padi kelak. Pada kali ini,  Naim nak share video daripada Syahmi Sazli . Macam biasa drama spontan kali ini bertajuk Parent vs Guru. Jom kita layan dahulu




Cam mana? haha. Mesej di dalam video ini adalah sebagai ibu bapa jangan terus mempercayai kata-kata anak-anak anda jika guru merotan anak anda. Guru rotan bukan saja-saja , akan tetapi sebagai mendidik mereka lebih baik.

Kita sedia maklum dengan masyarakat kita di Malaysia yang suka viral akan sesuatu perkara sehingga ADAB dengan guru sudah tiada dalam diri seorang pelajar. Nak datang mana keberkatan ilmu jika tiada adab dengan guru. Nescaya jika lepasan sekolah mereka akan menjadi tidak berguna pada bangsa, negara dan agama amnya.

Oleh itu, kena sentiasa waspada dengan kelaku anak-anak sama ada di rumah hatta di luar. Sentiasa ada hubungan dengan guru, kerap ke sekolah mengetahui keadaan anak-anak kerana anak-anak permata keluarga. Jangan abaikan.
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Mmg kena selidik apa yg anak2 kita sampaikan, kadang2 anak anak ni cerita pun sekerat sekerat ... Apapun kita yg dewasa kena bijak menilai cerita anak anak ni ..

    BalasPadam
  2. yeah need to check as everything happen for a reason. Need to check with children and teacher too at the same time, find out what actually happened etc. We need always communicate with our children.

    BalasPadam
  3. Kebetulan masa baca entry ini, sy tgh tgok filem raatchasi. Filem tamil ttg guru yg viral tu.. Hehe

    Mmg betul. Xblh percaya bulat2 kata2 anak. Kena siasat dulu 2 belah pihak. Ada kes di sekolah rendah anak kawan sy, anak2 bergaduh tapi mengadu pada parents masing2 siap pusing cerita.. Naya betul

    BalasPadam
  4. Short story yang kelakar dan pengajaran tersirat..

    BalasPadam
  5. percaya kat anak ni, bepada pada juga. kita dulu sekolah macam mana. bukanlah semua mak ayah kita percayakan kita. kalau mudah percaya kat anak, nanti tak baik juga.

    BalasPadam
  6. Haha suka tengok video2 syahmi ni, memang banyak pengajaran di sebalik content dia buat

    BalasPadam
  7. Terima kasih banyak2 naim share pasal ni. Jadi ibu bapa zaman skrg mmg agak mencabar. Setuju dgn naim bdk2 zaman skrg (tak semua ya tp majority) adab mereka makin hari makin teruk. Jadi ibu bapa mmg perlu kerja lebih keras utk pantau anak sebaiknya. Moga kita semua mampu utk didik anak kita sebaiknya :)

    BalasPadam
  8. Budak ni tgh viral sekarang kan. Byk tgk instafemes dok update pasal ni. Nak layan jugak la bile free. Hopefully adalah tayang dkt youtube lagi ni

    BalasPadam
  9. video spontan ni kalau kita tengok bernas tentang isi mmg ada..walaupun cam melawak tapi as parents tu yang kita kena tahu...tak boleh percaya bulat2 kata anak..kena selidik...dan sebagai parents kena didik anak2 untuk sentiasa bercakap benar

    BalasPadam
  10. Sebagai ibu bapa kita kena dengar dan selidik apa yang anak-anak kita cakap. Ini untuk kebaikan bersama.kita tak boleh nak terus jatih hukum sbb pemikiran anak-anak.sekarang lain. Even skrg byk kes anak-anak.bunuh diri because of stress

    BalasPadam
  11. Sini pun jerebu teruk. Betul tu Naim. Adab sangat penting. Skrg kalau kita tengok banyak budak Adab dengan ibu bapa pun dah kurang sangat. Tanda hormat dah tak ada. Semoga kita dijauhkan. 🙏

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS