Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Naim harap kalian selamat bersama-sama keluarga tercinta. Bagaimana anda lalui hari-hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ), ternyata terasa bosan terperap di dalam rumah sahaja kan. Nak hendak keluar tak boleh dengan tanpa tujuan. Takut kena warning oleh pihak Polis dan Tentera. Jika di tanya bagaimana Naim pula? Sama keadaan macam kalian rasa sekarang. Cuma keluar waktu pagi, kerana tidak ramai orang dan boleh mencari keperluan dapur dan sarapan pagi. Kerana ia tidak semeriah sebelum COVID-19 ini.
Sebenarnya idea hendak menulis tidak cerna dengan sebaiknya. Akan tetapi kena menulis juga agar blog ini tidak kosong . Balik kepada tajuk entri kali ini, Naim menukilkan Isilah Hari Anda Dengan Berselawat. Ada satu hadis dari Nabi Muhammad, Sesiapa yang berselawat kepada Nabi akanmendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada Baginda Nabi. Insha Allah, Amin!.
Masa berselawat tidak terbatas kecuali anda masuk tandas sahaja. Tatkala sedang masak pun boleh berselawat. Kerana berselawat dapat menambah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad. Dengan berselawat juga akan menzahirkan ketenangan kepada hati kita. Dengan keadaan sekarang kita akan menjadi sabar. Insha Allah next entri Naim menulis pula berkisar COVID-19 dengan hati kita dan perasaan kita. Tunggu ada idea yang mantap.
Sebelum Naim menutup entri kali ini, kita berdoa semoga COVID-19 ini lenyap di muka bumi sebelum Ramadhan tahun ini. Berdoalah semoga Allah perkenankan doa-doa di kalangan kita. Amin!
Terima kasih atas perkongsian. Kebelakangan ni suka juga dengar nyanyian dari Raihan.
BalasPadammari kita sentiasa berselawat . bukan waktu musibah sahaja. setiap hari pun boleh. terima kasih di atas perkongsian
BalasPadamLama tak layan selawat dari Raihan, dulu waktu kecil selalu je dengar.. sebab ada beli kaset dorang.
BalasPadamSemoga Covid-19 ni lekas pergi. Tak sangka kita dapat merasa hidup dalam zaman wabak dan paling terharu bagaimana kerajaan kita menangani situasi mcm ni dari hari pertama kes di China dan kes pertama masuk Malaysia kita dah ready. Alhamdulillah. Sekarang diri kita lah kena jaga. Jarak sosial, kebersihan dan #stayathome
BalasPadamAlhamdulilah, sejak PKP ni rasa banyak masa dengan Allah...lepas solat tu dapat duduk berzikir dan muahsabah...sebabnya anak-anak semua ada, so masa tu tak terkejar-kejar...alhamdulilah..
BalasPadamInshaaAllah, terim kasih kerana mengingatkan, moga Allah terima amal ibadah kita aamiin
BalasPadamYa betul..inilah masanya kita penuhi waktu2 kita dengan perkara yg berfaedah..mana yg selama ni kita lalai kita perbetulkan. Terima kasih atas perkongsian ini
BalasPadamSemoga musibah ini cepat berlalu pergi. Ambillah peluang yang ada menambah ilmu dan amal. Aminn.
BalasPadamThanks for sharing this ya
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih kerana memgingati. Betul tu selawat tu bole je di baca sambil2 taangan tu duk buat kje lain.. Sama masak, sambil kemas rumah.. Smoga menjadi tabiat baru kita semua untuk berselawat..
BalasPadamterima kasih atas peringatan dan perkongsian :) semoga segala musibah dapat berakhir dengan segera
BalasPadam