Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad. Pada waktu yang sama bersama-sama kita menjaga diri dan stay safe daripada COVID-19. Patuhi garis panduan S.O.P telah kerajaan keluarkan.
Pada pagi ini, Naim nak share satu nasyid lama telah di beri nafas yang baharu oleh kumpulan Inteam. Siapa tak kenal kumpulan Inteam yang pernah terkenal dengan lagu-lagu mereka seperti Nur Kasih, Rabiatul Adawiyah , Kekasih serta banyak lagi. Kali ini mereka menyanyikan semula lagu Wanita dari Kumpulan Dehearty. Versi baharu ini lebih menarik bagi Naim secara peribadi kerana variasi vokal daripada kumpulan Inteam. Jom kita layan lirik dahulu baru video klip ya..
LIRIK
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk…
VIDEO
Bagaimana sahabat-sahabat semua? Naim harap semua terhibur dan mengenang nostagia pabila mendengar lagu ini pernah popular satu masa dahulu. Semoga ia memberi memori indah kepada sahabat-sahabat semua. Insha Allah
waahh! in team buat come back yer. rindu juga lagu nasyid in team..
BalasPadamya
PadamLama tak dengar In Team nyanyi lagu baru diaorang sendiri. Ni lagu lama di beri nafas baru ok gak dioarang nyanyi .. best jer dgr..
BalasPadamInteam ! Terimbau balik memori zaman study . Antara kumpulan nasyid yang tak pernah tenggelam dek zaman. Jom layan !
BalasPadamwah.. terima aksih share. dah lama tak dengar lagu2 inteam. lagu baru ye ni? semoga lagu ini berjaya mendapat tempat di hati peminat :)
BalasPadamDah lama tak dengar lagu baru dr Inteam... ni kaum Wanita mesti suka. Tajuknya dah cerita apa kisahnya.
BalasPadamLamanya tak dengar lantunan lagu In Team. Masih berbisa dan ayatnya sangat menusuk jiwa bagi yang memahaminya
BalasPadamSuka jugak dengar lagu in team. Lagu lagu dia best menusuk kalbu
BalasPadamNice Lirik and the song so nice and peaceful. Thumb up to the singers.
BalasPadamKalau dengar versi penyanyi DeHearty nyanyi, memang dah mendayu, inikan plak inTeam yang menyanyikan semula..memang syahdu lee....Sis sebagai wanita seolah dia tujukan buat kita plak heheheh
BalasPadamIn Team ni my fav nashid team. Sebab mereka suka buat lirik lagu yang mengangkat kaum hawa. Buat kita rasa ingin menjaga aurat, jaga hubungan suami isteri, jaga diri ketika remaja. Lagu Rabiatul Adawiyah tu paling saya suka sebab nama saya. Hahaha.
BalasPadambaguslah inteam dah mula bernasyid balik lepas lama tinggalkan industri. Hopefully makin banyak lagu karya inteam lepas ni
BalasPadamsuka sangat dengan lagu ni. memang ada simpan dalam playlist. selalu dengar pon x cemuh.
BalasPadamKumpulan nasyid favourite masa sekolah dlu. Skrang comeback suara still maintain
BalasPadamwoww ni version baru dari inteam ye baru tauuu
BalasPadamini salah satu lagu nasyid favorite kita sejak dulu2. Tak tahu pulak ada versi baru dari dorang.
BalasPadamSaya tak selalunya dengar muzik lagu. But thank you for sharing!
BalasPadam