Salam Maal Hijrah 1442 Hijrah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 21, 2020


Assalamualaikum dan selamat pagi penghulu segala hari iaitu hari Jumaat yang barokah. Dan Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta dan bersama-sama menjaga kesihatan di pasca COVID-19 sedang aktif di dalam negara kita yang tercinta ini.

Dan kesempatan ini Naim ingin mengucapkan  Salam Maal Hijrah 1442 Hijrah kepada semua sahabat-sahabat blog ini . Dan mengharap kita semua selami apa makna hijrah yang agama Islam terapkan dan mengimbau sirah dari Baginda Nabi Muhammad yang telah berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Cahaya iaitu Madinah Al Munawarrah.

Bagaimana hendak terapkan konsep Hijrah di dalam kehidupan seharian?

Banyak perkara yang boleh kita lakukan di dalam memahami konsep hijrah di dalam kehidupan seorang muslim. Ia bergantung kepada niat seseorang juga, dan iman kena selari dengan niat.  Sebgainya contohnya , kita sedia maklum aurat adalah satu kewajipan kena di tutup  tak kira lelaki dan wanita. Jika masih terdedah ia akan mendatangkan dosa kepada diri kita sendiri. Manakala kaum wanita masih membiarkan aurat terdedah yang akan tanggung dosa tersebut adalah ayah sendiri dan jika sudah berkahwin ia akan di tanggung oleh suami itu sendiri. Oleh itu berubah kepada kebaikan dan Islam memuliakan kaum wanita dengan menutup segala lubang dosa-dosa tersebut.

Ramai rasa tampak remeh sahaja, akan tetapi kesan kepada diri kita sangat besar. Jika tidak dapat azab di dunia kelak di akhirat adalah azab yang sangat dahsyat. Oleh itu segeralah berubah kepada kebaikan. Insha Allah



sumber gambar : Google Image
SHARE 10 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS