Assalamualaikum dan selamat pagi penghulu segala hari iaitu hari Jumaat yang barokah. Dan Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta dan bersama-sama menjaga kesihatan di pasca COVID-19 sedang aktif di dalam negara kita yang tercinta ini.
Dan kesempatan ini Naim ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1442 Hijrah kepada semua sahabat-sahabat blog ini . Dan mengharap kita semua selami apa makna hijrah yang agama Islam terapkan dan mengimbau sirah dari Baginda Nabi Muhammad yang telah berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Cahaya iaitu Madinah Al Munawarrah.
Bagaimana hendak terapkan konsep Hijrah di dalam kehidupan seharian?
Banyak perkara yang boleh kita lakukan di dalam memahami konsep hijrah di dalam kehidupan seorang muslim. Ia bergantung kepada niat seseorang juga, dan iman kena selari dengan niat. Sebgainya contohnya , kita sedia maklum aurat adalah satu kewajipan kena di tutup tak kira lelaki dan wanita. Jika masih terdedah ia akan mendatangkan dosa kepada diri kita sendiri. Manakala kaum wanita masih membiarkan aurat terdedah yang akan tanggung dosa tersebut adalah ayah sendiri dan jika sudah berkahwin ia akan di tanggung oleh suami itu sendiri. Oleh itu berubah kepada kebaikan dan Islam memuliakan kaum wanita dengan menutup segala lubang dosa-dosa tersebut.
Ramai rasa tampak remeh sahaja, akan tetapi kesan kepada diri kita sangat besar. Jika tidak dapat azab di dunia kelak di akhirat adalah azab yang sangat dahsyat. Oleh itu segeralah berubah kepada kebaikan. Insha Allah
sumber gambar : Google Image

Salam Maal Hijrah untuk Naim juga.
BalasPadamSelamat Tahun Baru
BalasPadamSalam Maal Hijrah
BalasPadamSelamat Menyambut Awal Muharram
Salam maal hijrah
BalasPadamsalam maal hijrah !
BalasPadam@NA selamat maaf hijrah jugak
BalasPadam@Cuya Salam Maaf Hijrah ya
BalasPadam@Shida Radzuan ya akak, selamat tahun baru juga
BalasPadam@Warisan Petani selamat maaf hijrah jugak hehe
BalasPadam@Nur Asyiqin Ya. terima kasih. Selamat Maal Hijrah
BalasPadam