Google Analytics Drop Statik-Bagaimana Cara Selesaikan?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 08, 2020



Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta dan yang bekerja terus bekerja semoga beroleh sukses dengan jayanya. Insha ALlah. Pada waktu ini, jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad semoga hari kita mulai dengan berkat Ilahi.

Sebenarnya baru-baru ini Naim  klik pada Google Analytics untuk melihat statik blog Naim untuk blog Oktober kan. Tiba-tiba semua drop menjadi zero visit . Boleh lihat pada gambar di atas . Ini menyebabkan Naim berapa hairan, kerana selama 4 hari tiada statik yang baik bermula 1 Oktober hingga 4 Oktober 2020.

Kemudian Naim mula bergoogle dengan pelbagai cara dan Naim menemui satu solusi daripada otai blogger iaitu Abang Hasrul Hassan di dalam satu entri beliau
Google Analytics Mudahkan Analisis Perkembangan Blog. Setelah membaca beberapa cara yang Abang Hasrul Hassan terangkan Naim mula mencuba agar Statik Google Analytic kembali normal. Kerana Analytic sangat berguna kepada blogger untuk melihat perjalanan blog kita di waktu biasa dan waktu puncak visit ( pageviews).

Ok, Naim tunjukkan beberapa cara selesaikan masalah zero visit di dalam Google Anaytics.




1) Pergi dekat dahbord  blog dan klik pada Settings dan cari  Google Analytic Proprety ID. Dan klik pada Google Analytic Proprety ID dan ia akan pop-up untuk masukkan ID Google Analytic kita.




2) Ia masih tidak selesai lagi , kita kena pergi Google Analytic ( https://analytics.google.com/ ).Setelah masuk Google Analytic dan pergi sebelah kiri dan scroll ke bawah cari Admin. Setelah jumpa klik pada Admin ya...




3) Setelah masuk admin, kena cari (<> Tracking Info ), setelah jumpa klik pada tracking info seperti gambar di atas. Selepas itu klik pada Tracking Code. Selepas itu cari Tracking ID. Copy ID di bawah itu dan pastekan di Google Analytic Proprety ID ( rujuk no 1) dan klik save.


4)Selepas itu, di dashboard blog pergi ke Theme untuk paste code di bawah <head>.



Setelah pergi Theme- Customise- edit html. Anda kena guna key (CTRL+F) untuk seach < head> di dalam html.

5) Pergi cara no 2 untuk copy code untuk paste di bawah <head>. boleh lihat pada gambar di bawah ini.



6) Setelah copy code tu, pergi edit html paste code di bawah <head> seperti gambar di bawah ini dan . Setelah paste code pastikan save html ya.. takut tak menjadi.



Begitulah cara-cara untuk selesaikan masalah zero visit di dalam Google Analytic. Google akan mengambil masa dalam 24 jam kalau tidak silap Naim. Kerana pada 5 Oktober 2020 statik blog Naim kembali normal. Alhamduillah  boleh ushar yang mana kekurangan blog Naim ini.

Akhir sekali, Naim harap sedikit tutorial ini membantu sahabt-sahabat blog yang mungkin ada masalah yang sama. dan tidak lupa kepada Abang Hasrul Hassan kerana artikel beliau juga membantu Naim jua.. 

sumber rujukan :
https://www.hasrulhassan.com/2012/06/google-analytics-mudahkan-analisis.html
SHARE 46 comments

Add your comment

  1. Perkongsian yang bagus ni. terima kasih bro. Nanti boleh la rujuk kalau ada masalah yang sama .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-smaa bro, semoga ia memberi manfaat kelak. hehe :)

      Padam
  2. Wahh bagus artikel tutorial camni sebab dpt membantu semua blogger yg mungkin ada masalah yg sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Naim berkongsi daripada pengalaman sendiri dan bantuan blogger otai ( Hasrul Hassan)

      Padam
  3. biasanya tracking tu start serta-merta, tak sampai lah 24 jam.
    as long as code/script yang masukkan tu betul

    BalasPadam
  4. Moga terus berjaya blog Naim. :)

    BalasPadam
  5. Rajin Naim tengok analisis.

    BalasPadam
  6. bagus tips ni tapi terpakai untuk bs jer ...akak pulak guna wp so kena fikir cara jugak nih ....memamg perasan lately nih uv drop ....

    BalasPadam
  7. ooo macam tu ya, dia boleh jadi 0 ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybe kesan Naim tukar template baru dan code dia hilang hehe

      Padam
  8. Yaa memang kena buat setiap kali juga kalau kita tukar layout.. sebab dia takkan automatik masuk, so kena le rajin masukkannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes.. Naim lupa sebenar jika ada perubahan template code analytic akan berubah sekali hehe

      Padam
  9. Nice tips for us to use Google Analytics. I also find it pelik some time. The numbers seems wrong la

    BalasPadam
  10. Boleh cuba nanti. Terima kasih Naim atas ilmunya 😊

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas perkongsian. Saya masih baru, banyak lagi kena belajar ni.

    BalasPadam
  12. Ok nnt nak cuba juga kat GA blog sy, mmg teruk bacaannya, tq diatas perkongsian ini

    BalasPadam
  13. Tq naim..br tahu kalau tukar layout mmg kena set blik..👍 mmg info yg sgt berguna

    BalasPadam
  14. setakat ni abe kie x de masalah lagi ttg hal ni. Jika berlaku boleh rujuk dgn tutorial ini. Thanks for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik Abam Kie. betul sangat KENA SENTIASA UPDATE Google Anaytic ini hehe

      Padam
  15. Thanks for sharing this great information bro.. Buka2 my Google Analytics Property tue kosong... Nak explore steps yang bro share ni la... Baru lagi dengan Blogger ni hehe.. Byk yang kena belajar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes bro. Semoga di permudahkan urusan edit balik tu hehe

      Padam
  16. wahhh thank you for sharing this info. statik mmg kena maintain in order utk kekal relevan. banyak benda nak kena belajar pasal statistik nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. kena sentiasa update kerana ia memberi kesan pv blog kita. hehe

      Padam
  17. Nice tutorial. Nanti kalau ada masalah macam ni boleh refer sini. Keep sharing dik

    BalasPadam
  18. first time guna google analytic dulu pening juga nak setting dan link ke blog. nice sharing :)

    BalasPadam
  19. Ok thanks for the tips and info, will check out my stats and see how can i improve it.

    BalasPadam
  20. Terima kasih atas perkongsian ini. Nanti boleh rujuk sini bila ada masalah yg sama

    BalasPadam
  21. Naim kak shida nya GA kena reject huhuh dah 3 kali apply.

    BalasPadam
  22. terima kasih atas tunjuk ajar. risau jugak kalau jadi masalah yang sama. bolehlah nanti rujuk dekat sini. :)

    BalasPadam
  23. Dah lama saya tak pantau GA saya sebenarnya... Baca ni teringat pula... terima kasih atas tips yang berguna ni...

    BalasPadam
  24. aida br je aktif blogging.
    so lama juga tak klik GA aduhai.
    mesti merudum :(
    anyway, tq for highlighting this, Naim.

    BalasPadam
  25. sila buat lagi tuto..hehehe da edit da..harap pasni dah tak statik

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS