Showing posts with label tutorial

Ping URL Blog Anda Di Facebook

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 08, 2022


 

Assalamualaikum semua, Naim ingin berkongsi pengalaman tentang blog Naim di media sosial Facebook.  Facebook merupakan salah satu alternatif orang ramai mengenali secara dekat tentang blog kita.  Kiranya wajib setiap blogger mempunyai  laman fan page blog kita sendiri. Jika sahabat-sahabat blogger belum like fan page blog boleh klik di sini.

Adsense Drop Earning- Episod Baru Rajinkan Diri

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 02, 2022

 




Assalamualaikum semua, Alhamduillah kita sudah masuk ke bulan September 2022. Semoga bulan September memberi kebaikan kepada kita semua.Sebut sahaja Adsense para blogger sangat berharap kepada adsense kerana pendapatan. Akan tetapi pada Naim adsense is drop earning.

Analisis Kelajuan Blog Mengguna GTMetrix

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 31, 2022


 

Assalamualaikum semua, sebut sahaja kelajuan blog kekadang ramai blogger tak mengambil kisah sangat dan memberi kesan kepada Page views dan rakan-rakan yang datang blog kita memgambil masa loading yang sangat lama.

Pageviews Mencanak Naik

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 03, 2022

Pageviews Mencanak Naik

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabatblogger. Naim doakan semua di dalam rahmat Ilahi dan perlindungan daripada Allah. Alhamduillah pada malam ini ada perasaan 'terkejut' dengan pageviews pada 3 Julai 2022.

Organic Search- Aliran Trafik Ke Blog

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 23, 2022

Organic Search- Aliran Trafik Ke Blog

 
Assalamualaikum semua, sebut sahaja Organic Search Naim pasti para blogger di luar sana lebih mengetahui berbanding blogger kecil seperti Naim ini. Pada kali ini hanya berkongsi sedikit rasa yang berlaku di blog Naim ini. Iaitu Aliran Traffik blog kita melalui Organic Search ini.

Bounce Rate Tinggi Melepasi 90 Peratus - Satu Masalah?

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 23, 2021


 

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Agar lama Naim tidak menulis di dalam blog ini. Rasa last entri pada 18 November yang lalu. Asbab kekeringan idea dan mood malas melanda diri ini. Alhamduillah , pagi ini terdetik untuk buka Analytic dan terkejut Bounce Rate melambung tinggi.

Tukar Format JPEG Ke PNG Dalam Blog

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 31, 2021

Tukar Format JPEG Ke PNG Dalam Blog

 Assalamualaikum dan selamat petang semua. Pada petang ini Naim ingin berkongsi sedikit pengalaman berkisar format  gambar selalu kita guna di dalam blog. Perasaan tak jika kita guna format gambar JPEG selalunya loading mengambil masa. Termasuk lah dengan Naim la, kekadang terlepas guna format JPEG ini. Insha Allah lepas ini kita guna format PNG di dalam blog kita.

Block Iklan Adsense Yang Sepatutnya

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 10, 2021

kredit memberpress.com

 
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Baru-baru ini rakan blogger Bola Katok di dalam artikel beliau CARA HALANG ATAU BLOCK IKLAN GOOGLE ADSENSE YANG TAK SESUAI.Dah hal ini terjadi kepada Naim sendiri apabila  iklan kasino terpapar di blog ini.

Comment Captcha Untuk Blog- Perlu Atau Tidak?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 14, 2021


 

Assalamualaikum semua. Malam ini Naim sekali lagi ingin berkongsi pengalaman di dalam entri/artikel ini berkisar Comment Captcha. Yang pasti di luar sana ramai rakan-rakan blogger akan merasai rimas apabila menulis komen dan untuk post perlu kena pengesahan dari Comment Captcha ini.

Google Search Console- Membantu Blogger Membaiki Blog Anda

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 13, 2021

kredit https://prameres.com

 
Assalamualaikum dan selamat pagi semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua baik-baik di dalam rahmat Allah dan peliharaan daripada Allah. Cepat sahaja kita akan merayakan Hari Raya AidilAdha pada minggu hadapan kan.  Pada pagi ini Naim ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan  Google Search Console.

Google Analytic Rujukan Blogger Maksima Blog Anda

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 30, 2021


 
Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua sihat-sihat sentiasa. Bersama keluarga tercinta di rumah masing-masing. Sebenarnya kekeringan idea punca utama agar malas menulis tetapi malas kena singkirkan. Pada petang ini Naim nak share pengalaman tentang Google Analytic.

Google Analytics Drop Statik-Bagaimana Cara Selesaikan?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 08, 2020



Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta dan yang bekerja terus bekerja semoga beroleh sukses dengan jayanya. Insha ALlah. Pada waktu ini, jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad semoga hari kita mulai dengan berkat Ilahi.

Sebenarnya baru-baru ini Naim  klik pada Google Analytics untuk melihat statik blog Naim untuk blog Oktober kan. Tiba-tiba semua drop menjadi zero visit . Boleh lihat pada gambar di atas . Ini menyebabkan Naim berapa hairan, kerana selama 4 hari tiada statik yang baik bermula 1 Oktober hingga 4 Oktober 2020.

Kemudian Naim mula bergoogle dengan pelbagai cara dan Naim menemui satu solusi daripada otai blogger iaitu Abang Hasrul Hassan di dalam satu entri beliau
Google Analytics Mudahkan Analisis Perkembangan Blog. Setelah membaca beberapa cara yang Abang Hasrul Hassan terangkan Naim mula mencuba agar Statik Google Analytic kembali normal. Kerana Analytic sangat berguna kepada blogger untuk melihat perjalanan blog kita di waktu biasa dan waktu puncak visit ( pageviews).

Ok, Naim tunjukkan beberapa cara selesaikan masalah zero visit di dalam Google Anaytics.




1) Pergi dekat dahbord  blog dan klik pada Settings dan cari  Google Analytic Proprety ID. Dan klik pada Google Analytic Proprety ID dan ia akan pop-up untuk masukkan ID Google Analytic kita.




2) Ia masih tidak selesai lagi , kita kena pergi Google Analytic ( https://analytics.google.com/ ).Setelah masuk Google Analytic dan pergi sebelah kiri dan scroll ke bawah cari Admin. Setelah jumpa klik pada Admin ya...




3) Setelah masuk admin, kena cari (<> Tracking Info ), setelah jumpa klik pada tracking info seperti gambar di atas. Selepas itu klik pada Tracking Code. Selepas itu cari Tracking ID. Copy ID di bawah itu dan pastekan di Google Analytic Proprety ID ( rujuk no 1) dan klik save.


4)Selepas itu, di dashboard blog pergi ke Theme untuk paste code di bawah <head>.



Setelah pergi Theme- Customise- edit html. Anda kena guna key (CTRL+F) untuk seach < head> di dalam html.

5) Pergi cara no 2 untuk copy code untuk paste di bawah <head>. boleh lihat pada gambar di bawah ini.



6) Setelah copy code tu, pergi edit html paste code di bawah <head> seperti gambar di bawah ini dan . Setelah paste code pastikan save html ya.. takut tak menjadi.



Begitulah cara-cara untuk selesaikan masalah zero visit di dalam Google Analytic. Google akan mengambil masa dalam 24 jam kalau tidak silap Naim. Kerana pada 5 Oktober 2020 statik blog Naim kembali normal. Alhamduillah  boleh ushar yang mana kekurangan blog Naim ini.

Akhir sekali, Naim harap sedikit tutorial ini membantu sahabt-sahabat blog yang mungkin ada masalah yang sama. dan tidak lupa kepada Abang Hasrul Hassan kerana artikel beliau juga membantu Naim jua.. 

sumber rujukan :
https://www.hasrulhassan.com/2012/06/google-analytics-mudahkan-analisis.html
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS