Rindu Membaluti Jiwa Sang Perindu Nabi

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 03, 2020



Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat semua. Naim harap semua sahabat-sahabat baik-baik belaka. Apa khabar semua , sekarang kita berada bulan November 2020. Semoga bulan ini memberi sedikit kebaikan dari sebelum-sebelum bulan yang lepas. 

Malam ini Naim rasa nak share satu puisi spontan bertema bulan Rabiuawwal.. Semoga ia memberi sedikit inspirasi kecintaan kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.

Tatkala jiwa-jiwa meronta-ronta
mencari cinta hakiki
lahir ke dunia insan
yang sangat ajaib
Nama adalah MUHAMMAD

Dunia bercahaya berseri-seri
dengan kelahiran insan yang Agung
menjadi kekasih Allah di gelarkan
Habibullah
Allah mengurniakan kebaikan kepada 
Sang Nama Agung ini
menjadi selawat kepada umatnya
di pelusuk dunia..


Sahabat-sahabat semua? Tahukan anda semua, Nabi Muhammad sangat menyayangi kita semua. Baginda mendoakan umatnya tatkala tak pernah bersua lagi, bagaimana kita? 1400 tahun sudah berlalu, jangan kita kedekut untuk berselawat sebagai tanda kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad.

Naim tak prefect, kekadang alpa jua tetapi nasihat bersama-sama agar membaiki kesilapan agar tidak berulang kembali.Bukan salah kita kembali berbuat kebaikan demi agama kita jua. Di akhir zaman , umat Islam persis bebuih di pesisir pantai, kita ramai tetapi kita tidak kekuatan. Begitulah kita? jangan kita lemah dengan masalah yang dapat. Berselawat sebagai perisai, hatta berdoa sentiasa agar Allah memelihara kita, ibu bapa kita, ahli keluarga, masyarakat hatta para pemimpin kita agar sentiasa mematuhi paturan daripada Allah. Insha Allah segala musibah dan wabak akan terhindar dari muka bumi ini.

Percayalah kepada Allah 100% , kerana yang datang wabak dari Allah dan kita serahlah balik wabak ini kepada Allah dengan banyakkan berdoa, kerana Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNYA. Kita tidak mampu berlawan wabak ini kerana kita seorang hamba yang lemah dari segala-galanya. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami....

 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Pasti ada manusia yg buat silap.. tak lari dari kesilapan..oleh itu perbetulkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Atie. kita manusia banyak lakukan kesilapan, tak salah untuk undur untuk sesal

      Padam
  2. Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda

    BalasPadam
  3. Akhir zaman ni sebaiknya banyakkan ingat pada Rasulullah

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS