Showing posts with label puisi

Makna Merdeka Pada Diri Kita

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 28, 2022


 

Makna Merdeka Pada Diri Kita| Tinggal beberapa hari lagi kita semua akan menyambut hari Kemerdekaan pada tahun 2022. Ramai bersorak merdeka berkali-kali akan tetapi tidak memahami makna tersirat di dalam erti Kemerdekaan.

Rindu Membaluti Jiwa Sang Perindu Nabi

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 03, 2020



Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat semua. Naim harap semua sahabat-sahabat baik-baik belaka. Apa khabar semua , sekarang kita berada bulan November 2020. Semoga bulan ini memberi sedikit kebaikan dari sebelum-sebelum bulan yang lepas. 

Malam ini Naim rasa nak share satu puisi spontan bertema bulan Rabiuawwal.. Semoga ia memberi sedikit inspirasi kecintaan kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.

Tatkala jiwa-jiwa meronta-ronta
mencari cinta hakiki
lahir ke dunia insan
yang sangat ajaib
Nama adalah MUHAMMAD

Dunia bercahaya berseri-seri
dengan kelahiran insan yang Agung
menjadi kekasih Allah di gelarkan
Habibullah
Allah mengurniakan kebaikan kepada 
Sang Nama Agung ini
menjadi selawat kepada umatnya
di pelusuk dunia..


Sahabat-sahabat semua? Tahukan anda semua, Nabi Muhammad sangat menyayangi kita semua. Baginda mendoakan umatnya tatkala tak pernah bersua lagi, bagaimana kita? 1400 tahun sudah berlalu, jangan kita kedekut untuk berselawat sebagai tanda kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad.

Naim tak prefect, kekadang alpa jua tetapi nasihat bersama-sama agar membaiki kesilapan agar tidak berulang kembali.Bukan salah kita kembali berbuat kebaikan demi agama kita jua. Di akhir zaman , umat Islam persis bebuih di pesisir pantai, kita ramai tetapi kita tidak kekuatan. Begitulah kita? jangan kita lemah dengan masalah yang dapat. Berselawat sebagai perisai, hatta berdoa sentiasa agar Allah memelihara kita, ibu bapa kita, ahli keluarga, masyarakat hatta para pemimpin kita agar sentiasa mematuhi paturan daripada Allah. Insha Allah segala musibah dan wabak akan terhindar dari muka bumi ini.

Percayalah kepada Allah 100% , kerana yang datang wabak dari Allah dan kita serahlah balik wabak ini kepada Allah dengan banyakkan berdoa, kerana Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNYA. Kita tidak mampu berlawan wabak ini kerana kita seorang hamba yang lemah dari segala-galanya. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami....

 

Untuk Kamu Teman

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 15, 2020

 


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Naim harap semua baik-baik bersama keluarga tersayang. Yang mana di daerah PKPB , Naim harap semua patuhi S.O.P yang telah di gariskan oleh kerajaan.

Malam sendu Naim nak karang sedikit puisi on the spot. Maaf kalau ia tidak menarik kepada sahabat-sahabat.

Di malam sendu ini 
ku menaip laju kerna ingin
menukilkan kembali secebis kenangan 
biar ia sebati dalam sanubari kita

Dingin malam menyapa lembut
kerna terdengar siulan zikir dari katak bergema
memecah sepi malam dingin

Bukan mudah untuk memadam dendam
kerna ia sudah berlubuk dalam hati
ia makin bernanah dan berbisa pada 
segumpal darah bernama Hati...

Kaki aku pernah kaku kerna
kata-kata yang menikam hatiku
persis arus deras membawa segala apa 
di pinggir sungai..

Aku pernah buang segala dusta itu
kerna bukan masalah ku
menyimpan kawan yang toksid 
di dalam memori hidup aku..

Ritma sajak di lantunkan 
persis pukulan gendang di palu
tatkala ia makin slow genre
kerana ia masih bernama Iman..

Kini aku lepas kan semua itu
kerna aku ada special kawan yang masih
menerima perjuangan aku
kerna aku memilih tak menjadi boneka
kerna boneka bisa manusia bermuka-muka


Bebas persis Rama-Rama karya Ella
atau...
merpati putih Radhi OAG,,
kini Amuk  Aku Mahu Pulang,
Pulang dari dentinasi ke jalan lurus...

[Puisi]Damai Yang Indah

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 12, 2013




Damai dan kehijauan alam
tak dapat dipisahkan 
dengan jiwa manusia
yang cintakan keindahan alam
kurniaan Ilahi

Ciptaan ini memberi satu
anjakan paradigma manusia
agar berfikir dengan waras
nikmat yang telah di beri
oleh Allah

Semoga ia terlu
terpelihara dengan selamat
demi masa hadapan
terukir padangan nan indah


Wallahualam.

Seorang Pejuang

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 23, 2013



Pabila langit tak  secerah semalam
hati seorang pejuang gundah gulana
memikirkan apa yang sedang berlaku 
tetapi seorang pejuang tak pernah merasai jemu
untuk terus perjuangan

Tapak langkah seorang pejuang
tatkala perlahan 
tatkala laju
untuk menuju medan perjuangan
tetapi onak duri hadapan 
sangat menguji semangat kental

air mata pejuang  adalah pengubat duka
mengalir di malam hari merintih kepada Yang Esa
pengadu yang paling utama

Oh pejuang ku
di bumi sham!
di bumi syria!
di bumi palestina
di atas bumi Allah
teruskan perjuangan kalian
semoga Allah merahmati kalian
dan menemui syahid ~
Insha Allah syurga  tempat abadi.

[Puisi]Ramadhan Frasa Kedua Di Penghujung

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 25, 2013
Bulan Ramadhan, adalah bulan yang penuh dengan berkat dan keampunan daripada Allah SWT. Berapa ramai yang merasai perasaan itu. Kali ini aku masih di persimpangan untuk melihat apa yang sedang berlaku. Sama ada sinar harapan.

Bulan masih menyinar di malam hari
kerna taat kepada Allah
kini Ramadhan dah semakin jauh ke belakang
untuk meninggalkan kita

Air yang mengalir tak bisa berhenti 
andai tak ada halangan yang bisa menggangu
begitu jua dengan Ramadhan


Pastilah Ramadhan masih bersua 
agar dapat kita hargai Ramadhan
demi untuk melepaskan perasaan sia-sia 
yang selalu menjenguk kita di kala senang dan duka

Pabila masih mengganggu 
ku mengharap bantuan Ilahi
untuk menepis segala musibah
yang bisa mencacatkan perjuangan ku
di dalam Ramadhan ini

Ku patut teguh berdiri
di samping tak kering
mengulang janji kepada Rabbi
demi meraihkan kemenangan 
dunia hingga akhirat kelak


Perjuangan masih tak henti.......



Wallahualam.

Hujan Petang

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 28, 2013


*Play muzik di atas sambil baca entri di bawah

Suasana menjadi suram di petang hari 
tatkala awan sudah berkabung 
untuk menerima arahan Ilahi
untuk menurun air ke bumi
tanda turut perintah daripada Ilahi


Tumbuhan menjadi segar menerima air
sekian hari tak menerima air hujan
Allhamdullah kepada Allah

 

Aku Kena Kuat Kembali

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 08, 2013

Sila play lagu di atas untuk membaca entri di bawah.. Nak feel sedih. hehe

---------------------------------------------
Tatkala aku melangkah kehadapan
aku melihat apa sudah berlaku
bendera-bendera sudah mula berkibar
demi menguatkan semangat kita





Tangan ku menjulang ke langit
melaungkan reformasi
melaungkan inikalilah
melaungkan allahu akbar!!

Ia kian sepi kerana 
Ia makin sepi kerana...........

Hantu?

Wallahualam





Ulama Pewaris Nabi

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 15, 2012
Kuatlah hadis berkata

" Sesungguhnya ulama pewaris Nabi"

namun masih meragu ketaqwaan mereka
namun masih membenci mereka
namun masih menghina mereka
dengan pelbagai alasan dan taktik

bukan mereka tak mengerti 
siapakah ulama
dan
siapkah pendusta itu
kerna mereka berani kerana kuasa semata-mata
namun mereka tiris keimanan kepada tuhan mereka

sedar atau tak
mereka masih hanyut dengan buaian dunia yang masih membara
akibat wang dan pangkat semata-mata

oh Ulama!!
kami anak-anak muda bersinar kembali
menyokong kepimpinan mu
walapun kami di tindas sekali pun.. 

kami tetap berjuang demi Islam
di tambah pula
ulama di sisi.....



baca puisi sambil pasang lagu ini :-Mohram OST Syurga Cinta (http://www.youtube.com/watch?v=eA_uwaAajug)

Ayahku Seorang Pejuang

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 03, 2012
Fajar pagi bersinar indah
tatkala manusia segera mencari sesuatu 
yang tak bisa di gambarkan dengan
kata-kata

Oh Ayah
Senyuman mu sungguh indah
sesungguhnya engkau seorang ayah
yang sangat baik sekali

Oh Ayah
Semalam engkau pulang lewat
sama ada engkau penat atau tak makan
masih mengawasi keselamatan kami
ancaman daripada musuh

Oh Ayah
Kuatkan iltizam mu
Insya Allah Islam akan menang jua
peganglah dengan janji-janji Tuhan MU



Bumi Gaza, Bumi Syria akan di bebaskan oleh tentera-tentera islam. Musuh-musuh islam akan berlari bertempiaran , kalau ia bersenbunyi di belakang pokok sekali pun, pokok akan berkata, di belakangku ada yahudi...


Kita Adalah Hamba

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 05, 2012
Siapakah kita di dalam dunia ini yang perlu berliku yang sering membinasakan jiwa raga seorang insan bernama manusia aka hamba Allah. Sering kita di buai dengan mimpi-mimpi indah yang tidak berlagu.

Sedar tak , kekadang kita terlalu mencari sesuatu yang masih sangsi untuk kita capai dengan redha hati atau keikhlasan diri .Banyak kita lebih menjaga hak manusia leabihi hak Allah SWT.Bagaimana kecintaan kepada Allah meresapi ke dalam jiwa kita semua.

Oh Insan
Oh Hamba Allah
kembalilah ke jalan yang lurus
jalan penuh cahaya keimanan
semoga ia membaluti noda-noda hitam
bisa mengubati luka kealpaan diri
kepada Allah dan Rasul-Nya

Ya Allah
Maha Pengasihi
Maha Penyayang
Maha Pengampun
rahmati kehidupan ku 
sebagai hamba Mu
yang pernah di himpit buaian dunia 
merosakkan keikhlasan dan ketaatan 
ku kepada Mu Ya Allah

Oh Allah.....



Wallahualam

Kita Hamba

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 27, 2012
Lama tak berblogging,dek kesibukan diri yang sangat. Malam ini naim nak bagi satu puisi kepada anda semua. Semoga manfaat

Siapa kita di atas muka bumi ini
selain kehidupan lain 
terpancar seribu satu nikmat 
yang di kurnia oleh Allah kepada
bergelar hamba kepada Allah

limpahan  kekayaan bumi
membuat hamba  terlupa kepada
sang pencipta yang telah membangkit
manusia ke atas muka bumi ini

adakah mereka lupa atau tak sedar 
yang telah Allah aturkan kepada bergelar 
hamba kepada Allah?

merintih di tengah malam 
agar menzahir keinsafan kepada diri ini
memohon keampuanan kepada Allah

Dia Kekasih Allah

in , , by Muhammad Naim Abdullah, September 21, 2012
Engkau sebaik-baik manusia
mempunyai ciri-ciri terpuji
sedangkan kami insan biasa

malu nak berhadapan dengan Mu
apabila diri masih bergelumang dengan noda
tetapi hati mahu di beri syafaat mu Ya Rasullullah

Akhlak dan peribadi membuat
orang jatuh cinta kepada baginda.

oh Rasullullah!
aku rindu padamu!

Hadirlah Cinta

in , , by Muhammad Naim Abdullah, Februari 24, 2012
Hadirlah cinta
demi mencintai kepada yang berhak untuk di cintai
Hadirlah cinta
demi mengharap kasih sayang yang mutlak
Hadirlah cinta
kerana sayang untuk diri demi Allah dan Rasul-NYA


Hadirlah di dalam diriku
demi merasai kehangatan cinta kepada
yang berhak untuk di cintai



kepada semua. 

jom cari cinta hok halal..

wallahualam

Dimana Engkau Kawan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 15, 2012
Siapakah kita
tanpa kawan-kawan yang seiring
yang bersama kita 
di kala senang
di kala susah


Bagaimana kita menghargai nilai persahabatan dengan sahabat kita. Adakah dengan belanja air teh ois dan roti canai satu?Tetapi banyak kita lebih merujuk kepada kawan daripada Allah Sang Pencipta dunia ini. Kerana kita lebih percaya kawan daripada tuhan


Kekadang kita lebih
memerlukan kawan 
daripada
Tuhan hok cipta kita
guane kita nak jumpe 
tuhan dengan perilaku kita
macam gini?


Akan tetapi , manusia yang dhaif macam kita ini lebih memilih kawan . Kerana banyak jenis kawan perlu kita pilih daripada musuh yang menjadi kawan. Maksudnya? kekadang kita memilih musuh sebagai kawan dan kawan sebagai musuh.Semampu kita dan selayak kita menjadi kawan kepada sahabat kita.




Aku menjadi serba salah 
tatkala dilanda masalah
dengan kawan 
ku sayangi
di sana menjadi kawan
di sini bertukar musuh
di mana kesilapan aku


Kekadang kita sebagai manusia sudah di takdir memilih kawan yang salah landasan daripada memilih kawan yang sebaik landasan. Oleh itu perbaiki landasan yang buruk kepada landasan yang terbaik kepada diri kita. Insha Allah.


Memang itu kesalahan kita
di dalam memilih kawan
tak salah 
memilih kawan
tak berdosa
memilih kawan
tetapkan di dalam memilih kawan


sebelum berakhir, maghi layan lagu ini.



UnFriend

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 22, 2011


Kekadang manusia kita pabila senang
Kekadang manusia ingat kita pabila memerlukan kita
Kekadang manusia di dalam kesusahan dia akan mencari teman
agar jiwa mereka akan lebih dimanjakan.

Pabila mereka senang
kita akan dilupakan
jasa kita akan ditumpahkan di dalam kotak penipuan
yang terus di jampi keramat dendam
lebih memilik musuh daripada teman sejati
sisa pergorbanan akan terkubur di tanah yang masih panas
mentari hari dunia.

 Aku akur di atas di lema
yang akan aku lalui duri-duri ini
bukan sekali aku alami
sudah lama aku alaminya , ia masih berbekas di dalam jiwa ini
tatkala di peredaran masa dan waktu ia akan terlepas jua.

Biarkan mereka tinggal aku bersendirian
bersama-sama nota cinta dan amanat
aku tetap di sini walaupun engkau akan mempesong diri engkau 
daripada aku

Aku yakin 
engkau akan kembali bertaut kepada diriku
pada waktu ini
cukuplah Allah dan Rasul-NYA
Menjadi peneman aku
dikala senang mahupun susah.

itu suratan hamba kepada Tuhan
yang masih mencari identiti diri.

Kita Adalah Hamba

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 21, 2011
Kita adalah hamba kepada Allah
mengharap kurniaan daripada-Nya
segala nikmat 
akan di syukuri oleh kita

sering kali alpa dengan nikmat
sehingga lupa sang pencipta
pabila dikaburi dengan nikmat sementara
 
Pangkat, harta dan wang ringgit
di sekeling  mereka
suka lupa kiblat yang satu itu


Fitrah manusia rasa tak mencukupi
pemberian daripada Allah kepada diri mereka
mereka akan terus mencari harta
sudah lupa halal dan haram
asal mereka akan kaya


tatkala qada dan qadar
menentukan segala yang ada 
akan hilang sekelip mata
mereka kembali seperti dahulu
yang kosong dengan harta


Di waktu itu
baru mereka tercari-cari sejadah
untuk sujud kepada-NYA
adakah itu satu lakonan kali kedua
untuk meraih kekenyangan harta


sungguh mereka lupa....


semoga pintu pengampun
akan terbuka lagi kepada mereka..





Wallahualam..


semoga mengambil pengajaran.

Ingatlah Manusia-Jalan Kebaikan Ada Hadapan Mu

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 20, 2011
Aku manusia yang masih di perjalanan
yang tidak ada arah tuju
sama ada cahaya atau masih terpalit
dengan kegelapan yang terguris di dalam hati 





Selangkah demi Selangkah
kesan di langkah itu masih
ada di pepasir yang gersang
pabila angin taubat datang
terus menghilangkan kesan itu



 masih ada manusia tak berfikir
dengan petanda-petanda sebegini
adakah manusia lupa
adakah manusia masih alpa
adakah manusia sia-sia dengan nikmat hidup
perlukah nilai adakah di dalam kehidupan kita

Ingatlah !!
Hidup cuma satu kali.







Semoga puisi ini memberi ketenangan kepada kawan-kawan dan terhibur lagu wali band.

Wallahualam

Aku Masih Menanti

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 16, 2011
Manusia memerlukan sesuatu
yang masih kurang jelas
untuk mereka dengarkan.

Sama ada mereka ada di sekelilingi
kita yang sering menganggu mereka
dengan helah kita sendiri

Tetapi mereka terus bersama-sama 
kita tatkala kita merungkai satu
dakyah jahat kepada mereka
demi memperjuangkan agenda

adakah kita
termenung di zaman duka lagi?



p/s: petang ini tak ada idea. jom layan :P

Awan Yang Kelabu Part 2

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 15, 2011
Pada kali ini
aku bermonolog lagi
memikirkan kejadian Alam
ciptaan tuhan


Awan masih kelabu
adakah akan menerima
suruhan daripada Ilahi
untuk menurunkan
hujan?

Sama ada langit yang masih kelabu
atau
diri ku terus kelabu dengan perasaan duka ini.
semua itu fitrah setiap manusia.

ayuh insan!
berbaiki diri kita semula
agar sentiasa istiqamah di jalan Allah swt.

15 Nov 2011 12.51pm
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS