GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 20, 2021


 

Assalamualaikum semua kepada semua rakan-rakan blogger. Semoga di dalam rahmat Ilahi. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad semoga Allah mempermudahkan segala urusan harian kita semua. Insha Allah.

Malam ini Naim join giveaway dari rakan blogger baharu Shafiqah, giveaway beliau berlangsung selama 10 hari iaitu 20 April hingga 30 April 2021. Ada waktu untuk bersama-sama join bersama. Jika sahabat-sahabat ingin join boleh klik pada banner di atas .

Apa impian raya korang tahun ini?

Dengan kalimah bismillah Naim mula apa tuan giveaway minta.hehe. Jika sebut bab Hari Raya semestinya kita akan fikir dan bermain di dalam kepala otak kita semua untuk pulang ke kampung halaman tercinta. Tak kira di timur, barat utara atau selatan. Semestinya anak-anak perantau akan merindu kampung halaman tercinta.

Dengan takdir dan kudrat Ilahi, Pendemik Covid-19 mejelma di negara China dan kian merebak di tanah air tercinta Malaysia pada tahun lepas iaitu 2020. Suasana Ramadhan tahun lepas sangat sayu dan sedih kerana semua masyarakat tidak dapat solat berjemaah di masjid dan surau kerana patuh kepada  PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan. Manakala Hari Raya Adilfitri tidak meriah dengan ahli keluarga  hanya di benarkan solat sunat hari raya hanya ahli jawatan kuasa masjid sahaja.

Alhamduillah pada tahun 2021 ada sinar yang menjelma  masyarakat awam boleh pergi ke masjid dan surau solat berjemaah hatta solat sunat berterawih sepertimana tahun sebelumnya tidak boleh. Walhal di benarkan ,  masih tertakluk kepada S.O.P yang telah di tetapakan. hatta Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri di benarkan di bawah selaan S.O.P yang ketat kerana tidak mahu berlaku Kluster Bazar Ramadhan atau Bazar Aidilfiri.

Untuk Hari Raya Aidlifitri lambat lagi nak tiba, Naim harap ada sinar dari Ilahi kepada umat-NYA. Kes baharu makin menurun dah di benarkan rentas negeri di benarkan oleh Kerajaan Pusat. Di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat bersama-sama kita berdoa kepada Allah. Semoga Hari Raya bakal tiba kelak kita dapat berkumpul ahli keluarga yang berjauhan. Insha Allah. Jika kita yakin 100% kepada Allah. Allah akan memperkenankan doa-doa hambaNYA.
SHARE 11 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS