Google Search Console- Membantu Blogger Membaiki Blog Anda

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 13, 2021

kredit https://prameres.com

 
Assalamualaikum dan selamat pagi semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua baik-baik di dalam rahmat Allah dan peliharaan daripada Allah. Cepat sahaja kita akan merayakan Hari Raya AidilAdha pada minggu hadapan kan.  Pada pagi ini Naim ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan  Google Search Console.


Google Search Console adalah satu platform dari Google adalah membantu para blogger memantau traffik dan pageviews dan error setiap entri yang ada di dalam blog kita sendiri. Jika sahabat-sahaba tak biasa lagi, boleh mencuba-cuba Google Search Console demi optimakan blog kesayangan kita. Sebelum kita masuk , kena 'log in' acc blog juga. Ada website yang telah memberi langkah-langkah verify blog kita di dalam Google Search Console. Jika sahabat-sahabat ingin mengetahui lebih lanjut cara verfiy , boleh klik ini (Verify your Blogger Blog in Google Search Console)



Ini interface hadapan pabila kita masuk Google Search Console di panggil 'Overview'. Jika sahabat-sahabat yang mempunyai domain sendiri kena kerap lihat Google Search Console kerana masalah yang akan hadapi kelak seperti robot txt , server error (5xx)  dan banyak lagi. Yang menumpang blogspot kena lihat juga di mana kelemahan yang ada di blog kita dan ia membuat user kurang lawati blog kita sendiri.

Naim mula lihat Google Search Console kira tahun 2019 sehingga kini kerana banyak kelebihan sebagai blogger memastikan traffik dan entri-entri yang ada di dalam blog kita sentiasa keadaan baik. Tahukah semua? Tulisan kecil dan tidak jelas boleh mejejaskan  blog kita. Sebentar lagi Naim tunjukkan. Di dalam Google Search Console kita boleh Performance blog kita di dalam satu bulan, minggu , hari dan 24 jam. Mudah kan. Jom  lihat di bawah ini.


Ini graf kira 3 bulan blog Naim dari bulan  April hingga hari ini 11 Julai 2021. Yang warna biru adalah berapa kali user yang masuk kita klik pada entri/artikel di dalam blog kita. Manakala warna ungu adalah berapa lama user melihat entri/ artikel di dalam blog kita. Maaf ya, Naim hendak terang lebiha lanjut tak pandai, Harap semua faham ya. hehe.



Ini pula sambungan dari gambar di atas, di mana Queries kita boleh lihat apa carian di google akan di bawah ke blog kita. Seperti gambar di atas ramai type 'kelebihan selawat nuril mubin'. Di samping itu di pages,countries dan device.


UPDATE 13/7/2021 4.30 PM

Alhamduillah semua, Naim sambung kembali tentang Google Search Console. Hendak membuat entri baharu macam tak padan sahaja, lebih baik Naim menyambung entri ini. Insha Allah.


Baik di dalam Experience adalah keputusan yang menunjukan status blog kita sama ada baik atau kurang baik. Seperti gambar di atas , blog Naim ada beberapa masalah di Mobile Usability.Mobile Usability akan memaparkan gambar yang mana hari ada error terhadap entri di dalam blog kita. Contoh macam blog Naim seperti gambar di bawah ini :-




Lihat banyak error dari text too small to read, Clickable elements too close together, Content wider than screen, Viewport not set,  Uses incompatible plug-ins. Naim dah start validation supaya google segera fix error di dalam blog Naim ini.

Rasa setakat ini sahaja perkongsian Naim di dalam Google Search Console . Sahabat-sahabat boleh belajar dari youtube atau search sahaja di dalam google di dalam membaiki kelemahan di dalam blog kita. Blog adalah rumah peribadi di dalam alam maya amat rugi jika kerosakan tidak di baiki dengan segera. Semoga bermanfaat kepada anda semua. Terima kasih!

SHARE 22 comments

Add your comment

  1. Setuju google search console membantu para blogger untuk tahu analysis.

    BalasPadam
  2. Nice sharing naim.
    GSC ni memang bagusss sebab boleh tolong blogger pantauuuuu blog sendiri kannn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Atiqah, Semoga bermanfaat. dah ada domain sendiri kena kerap pantau ye hehe

      Padam
  3. Bagus Naim. Nanti nak cuba. Tq for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah kak, hehe. Sama-sama kak. Semoga bermanfaat :)

      Padam
  4. saya punye ada problem kat verify. kena godek lagi nanti senang nak check performance blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dipermudahkan segala urusan. Ia rumit sedikit pada awal hehe

      Padam
  5. google search console banyak membantu untuk improve prestasi blog :)

    BalasPadam
  6. wah perkongsian yang sangat berguna!

    BalasPadam
  7. Saya jarang tengok benda ni.. Sekali sekala saja.

    BalasPadam
  8. Thanks for the sharing ya naim!

    BalasPadam
  9. sangat membantu GSC ni untuk blog kita.

    BalasPadam
  10. Pernah juga jengah tapi ada beberapa tak dapat nak fixed..lepas tu tak explore sangat. Thanks share.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS