Assalamualaikum semua, Naim harap semua dalam keadaan baik dari segi kesihatan dan mental. Sebut sahaja pasal urusan JPJ berkaitan renew lesen dan renew roadtax. Ini adalah berita baik untuk anda semua semoga ia melegakan resah di jiwa apabila nampak ada roadblock di hadapan.
Baru-baru ini pada 4 September 2021, Pos Malaysia melalui akaun facebok mereka telah mengeluarkan satu kenyataan yang mana orang ramai boleh walk-in untuk memperbaharui roadtax dan lesen. Ini adalah satu berita yang sangat baik kepada semua masyarakat di Malaysia yang mana pabila lesen tamat tempoh akan rasa gelisah takut ada roadblock di hadapan. Alhamduillah ini salah satu alternatif memudahkan segala urusan harian orang ramai.
Bagaimana Mencari Pejabat Pos Terdekat Dengan Saya?
Ia mudah sahaja pertama sekali anda kena masuk dalam website Pos Malaysia iaitu https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder.
![]() |
kredit https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/09/03/1190936.jpg |
Dalam berita Sinar Harian Tempoh moratorium lanjutan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dilanjutkan hingga 31 Disember ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.
Naim harap semua dapat mematuhi undang-undang dan kerajaan Malaysia telah memberi sedikit kelonggaran dan memahami keadaan sekarang yang mana kita perlu dahulu keperluan dan kehendak. Yang pasti pastikan kenderaan kita ada roadtax yang masih hidup dan lesen memandu . Kerana ia dapat mengelakkan kita dikena saman oleh pihak berkuasa. Semoga ALlah memelihara kita semua.
Sumber rujukan
1) Facebook Pos Malaysia Berhad
https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad/posts/4256774971096482?
2) Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/159272/BERITA/Nasional/Tempoh-pembaharuan-lesen-cukai-jalan-dilanjut-hingga-31-Disember
Alhamdulillah lega rasanya.
BalasPadamAlhamduillah, lepas ini boleh selesaikan urusan JPJ di Pejabat pos :)
PadamWkmsalam
BalasPadamAlhamdulillah bertambah mudah urusan
Ya Wak, senang sedikit dan tak sakit kepala hehe
PadamNasib laaa diorg dh buka bole walk in kan... Terus k ret g buat semlm haha.. Penat dok cari booking date
BalasPadamhehe. Naim buat masa kena booking slot hari tu hehe
PadamAlhamdulillah mudahhh urusan bila dah walk in kannn
BalasPadamYa.. Alhamduillah.. :)
PadamBagus lah dah ada kemudahan macam ni. Senang sikit urusan mereka nanti.
BalasPadamnice sharing. anak2 yg buat urusan ni sekarang. ibu dia dah pencen bawak kereta.
BalasPadambagus lah dah boleh walkin renew!
BalasPadam