Urusan JPJ Boleh Walk-In Di Pejabat Pos Malaysia

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 08, 2021


Assalamualaikum semua, Naim harap semua dalam keadaan baik dari segi kesihatan dan mental. Sebut sahaja pasal urusan JPJ berkaitan renew lesen dan renew roadtax. Ini adalah berita baik untuk anda semua semoga ia melegakan resah di jiwa apabila nampak ada roadblock di hadapan.



Baru-baru ini pada 4 September 2021, Pos Malaysia melalui akaun facebok mereka telah  mengeluarkan satu kenyataan yang mana orang ramai boleh walk-in untuk memperbaharui  roadtax dan lesen. Ini adalah satu berita yang sangat baik kepada semua masyarakat di Malaysia yang mana pabila lesen tamat tempoh akan rasa gelisah takut ada roadblock di hadapan. Alhamduillah ini salah satu alternatif memudahkan segala urusan harian orang ramai.

Bagaimana Mencari Pejabat Pos Terdekat Dengan Saya?

Ia mudah sahaja pertama sekali anda kena masuk dalam website Pos Malaysia iaitu https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder



 Akan keluar paparan seperti gambar di atas ini. Untuk mencari pejabat pos terdekat dengan kediaman kita. Anda boleh klik pada Location Nearby. Jika anda boleh buka menggunakan smartphone sila enable location. Jika  tidak dapat jua, gunakan kotak carian di  atas tersebut. Pelanggan yang hadir mesti tidak bergegala Covid-19 dan mesti memakai face mask dan penjarakkan sosial 1 meter dan pasti tulis nama atau lebih mudah mengguna aplikasi MySejahtera.


kredit https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/09/03/1190936.jpg

Dalam berita Sinar Harian Tempoh moratorium lanjutan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dilanjutkan hingga 31 Disember ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.

Naim harap semua dapat mematuhi undang-undang dan kerajaan Malaysia telah memberi sedikit kelonggaran dan memahami keadaan sekarang yang mana kita perlu dahulu keperluan dan kehendak. Yang pasti pastikan kenderaan kita ada roadtax yang masih hidup dan lesen memandu . Kerana ia dapat mengelakkan kita dikena saman oleh pihak berkuasa. Semoga ALlah memelihara kita semua.

Sumber rujukan

1) Facebook Pos Malaysia Berhad
https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad/posts/4256774971096482?

2) Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/159272/BERITA/Nasional/Tempoh-pembaharuan-lesen-cukai-jalan-dilanjut-hingga-31-Disember
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah lega rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamduillah, lepas ini boleh selesaikan urusan JPJ di Pejabat pos :)

      Padam
  2. Wkmsalam
    Alhamdulillah bertambah mudah urusan

    BalasPadam
  3. Nasib laaa diorg dh buka bole walk in kan... Terus k ret g buat semlm haha.. Penat dok cari booking date

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah mudahhh urusan bila dah walk in kannn

    BalasPadam
  5. Bagus lah dah ada kemudahan macam ni. Senang sikit urusan mereka nanti.

    BalasPadam
  6. nice sharing. anak2 yg buat urusan ni sekarang. ibu dia dah pencen bawak kereta.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS