Bounce Rate Tinggi Melepasi 90 Peratus - Satu Masalah?

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 23, 2021


 

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Agar lama Naim tidak menulis di dalam blog ini. Rasa last entri pada 18 November yang lalu. Asbab kekeringan idea dan mood malas melanda diri ini. Alhamduillah , pagi ini terdetik untuk buka Analytic dan terkejut Bounce Rate melambung tinggi.

Agar terkejut kerana ia melepasi 90 % jika di katakan kurang stamina untuk blog kita ini . Dan juga bahasa lebih mudah bahaya untuk prestasi untuk blog kita sendiri.  Tapi kesalahan pada diri Naim juga kurang update entri terbaharu kan. Mutahir ini kekeringan idea dan malas menyebabkan  BR ( Bounce Rate ) mencanak naik di dalam blog ini.

Jika sahabat-sahabat perasaan dalam dua minggu lepas hanya satu entri sahaja yang Naim upload dalam tempoh seminggu. Ini juga menyebabkan pengunjung blog hanya buka blog kita dan lihat tiada paparan baharu dan kemudian mereka exit dari blog kita . Ia menyebab Bounce Rate mencanak naik. 

Bounce Rate Satu Masalah Kepada Blogger?

Naim katakan ia, satu masalah besar kerana kita tidak ada user baharu yang datang berkunjung ke blog kita dan user lama masih ketemu kembali ke blog kita dan beberapa masalah yang lain kenapa hal ini kerap terjadi kerana 

1) Loading Blog terlalu lama.

2) Konten Kurang Menarik

3) User Interface

Bagi Naim sendiri, no 2 adalah cabaran yang terbesar bagi diri Naim ingin mencari konten yang bagus untuk blog ini. Kekadang hendak menulis satu-satu cerita , lihat ada sahabat dahulu menulis cerita sama , takut menjadi plagiat Naim membatal sahaja menulis di dalam blog ini.

Bagaimana Menurunkan Bounce Rate Yang Tinggi

Banyak cara dia untuk menurunkan bounce rate blog kita yang selalu mencanak tinggi iaitu

1) Tingkatkan Kualiti konten 

2) Buat Jalan Cerita yang menarik

3) Pilih Topik yang bersesuaian

4) Buat Konten Mudah di cari

5) Cepatkan Website kita (loading)

Naim harap , agar sahabat-sahabat sentiasa melihat Analytic tentang Bounce Rate kerana terlampau rendah pun masalah , jika tinggi jua masalah yang besar. Bersama-sama kita membaiki kelemahan-kelemahan yang ada di dalam blog kita ini. Dengan pengkongsian kecil ini dapat membantu serba sedikit kepada rakan-rakan blogger di luar sana. Insha Allah


Sumber Rujukan 

1) Tips Merendahkan Bounce Rate
     https://ariffshah.com/tips-merendahkan-bounce-rate/

2) Bounce Rate Situsmu Tinggi? Mungkin Saja 4 Alasan Ini Penyebabnya
      https://glints.com/id/lowongan/kesalahan-bounce-rate/

3) 9 Cara Menurunkan Bounce Rate pada Website dan Blog
       https://www.niagahoster.co.id/blog/apa-itu-bounce-rate/
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. Tak pernah check bounce rate ni. Mungkin jugaklah kalau tak ada entry baru, bounce rate tinggi. Thanks kongsi tips

    BalasPadam
  2. Sekadar cadangan: Naim letaklah button previous post. Barulah reader boleh 'selongkar'lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas cadangan, takut masalah loading tu asbab Naim tangguh button tu hee

      Padam
  3. kadang2 tinggi juga bounce rate blog kak ana ni,thanks for sharing naim :)

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang menarik Naim. Malangnya, akak tak reti nak cek bounce rate blog akak macam mana 😂. Nak guna Analytic pun tak reti.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS