Persiapan Menjelang Ramadhan- Sudah Kita Bersedia

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 27, 2022

kredit https://static.republika.co.id/

 Assalamualaikum  semua , kurang seminggu kita bakal menyambut bulan Ramadhan tahun 2022 Masihi. Bagaimana persiapan menjelang Ramadhan tahun ini, sudah kita bersedia untuk menyambut bulan Ramadhan. Banyakkan berdoa kepada Allah semoga Allah izinkan kita semua berada di bulan Ramadhan.

Sahabat-sahabat semua , tanamkan perasaan semangat untuk menyambut bulan Ramadhan. Kerana bulan Ramadhan sangat istimewa kepada umat Islam yang bakal menyambut bulan Ramadhan.Di dalam  syaaban yang masih berbaki , mula kita bersedekah, berzikir dan berselawat adalah persediaan kecil untuk lakukan ibadah yang berganda untuk  bulan Ramadhan yang mulia ini.

Nabi Saw bersabda daripada Abu Hurairah RA: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu."

Oleh itu, pesanan guru yang mulia Syeikh Zainul Asri, sambutlah bulan Ramadhan seperti mana kita sambut orang kita sayang /kasihi. Sebagainya contoh apabila kita tahu ibu bapa kita berada di kampung mahu datang ke rumah kita di bandar, kita berasa seronok kedatangan ibu bapa. Begitulah dengan bulan Ramadhan yang kita nantikan ini. Insha Allah.

Kesihatan juga di titik berat di dalam menyambut bulan Ramadhan, pastilah kita semua berada keadaan yang sihat. Agar Ramadhan tahun ini tidak terlepas begitu sahaja akibat alpa dengan  kesakitan. Mencegah lebih baik daripada mengubati. 


Semoga Allah izinkan kita semua bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini. dan jangan lah lalai dengan dunia . Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk diri kita, keluarga kita hatta umat Islam  untuk menyambut bulan Ramadhan tahun ini. Berdoa semoga Allah mengangkat Covid-19 ini agar kita kembali normal di dlaam kehidupan harian kita. Insha Allah.


SHARE 4 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS