Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua di dalam rahmat Ilahi. Sebut Qasidah semua rasanya mengetahuinya. Qasidah adalah pujian-pujian kepada Nabi Muhammad di sertakan bersama-sama dengan selawat kepada Nabi Muhammad.
Qasidah mula masuk di Malaysia rasanya pada tahun 2014 waktu itu datang Syech bin Abdul Qodir Assegaf di dalam program Malam Cinta Rasul. Syech bin Abdul Qodir Assegaf terkenal dengan Qasidah Ya Hanana. Memang menjadi ikon tanah air dengan Qasidah beliau. Jika utara tanah air iaitu Kedah Darul Aman memang ada program iaitu Lantunan Mahabbah di dalam program tersebut ada qasidah dan majlis ilmu di jemput para ustaz-ustaz untuk cerita tentang perihal baginda Nabi Muhammad.
Gambar tak berapa kelia kerana shoot pakai phone murah waktu itu. Majlis di Kedah pada waktu itu sangat meriah dengan Qasidah di selang seli berselawat kepada Nabi Muhammad. Pada malam ini, Naim akan share satu Qasidah 'feveret' Naim dari kumpulan Darul Hadis . Semoga bermanfaat kepada semua sahabat-sahabat blogger.
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: