Analisis Kelajuan Blog Mengguna GTMetrix

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 31, 2022


 

Assalamualaikum semua, sebut sahaja kelajuan blog kekadang ramai blogger tak mengambil kisah sangat dan memberi kesan kepada Page views dan rakan-rakan yang datang blog kita memgambil masa loading yang sangat lama.


Dan kesempatan ini, Naim ingin berkongsi tentang GTmetrix. Rasanya ramai rakan blogger sudah mengetahuinya tentang GTmetrix ini. GTmetrix adalah website menguji kelajuan blog kita berdasarkan beberapa perkara .Sahabat boleh membaca di Apa itu GTMetrix? Cara Menggunakan GTMetrix di Website Anda.


Blog Naim iaitu pemudattbc.blogspot.com mendapat grade A di dalam prestasi blog semasa loading .Kecepatan loading bergantung beberapa aspek iaitu gambar yang besar , javascript yang banyak seperti chatbox yang sering rakan blogger letak di blog mereka. Tulisan bergerak dan mouse bergerak ia memberi kesan kepada loading blog kita sendiri. Dan jua memberi kesan kepada loading blog menjadi berat. 




Ini yang Naim sebutkan pada perenggan di atas. Gambar di dalam blog memberi kesan kepada blog kita.Sebab itu kita kena mengetahui apa format gambar yang yang kita letak di dalam blog kita ini. Sama ada format JPEG atau PNG.Sebaiknya format PNG kerana ia bersaiz kecil dari format JPEG. Sebelum ini Naim pernah berkongsi bagaimana hendak menukar format gambar .

        Anda boleh baca di sini TUKAR FORMAT JPEG KE PNG DALAM BLOG
.


Akhir sekali, kita sahabat-sahabat yang ingin memeriksa kelajuan blog boleh mencuba di sini https://gtmetrix.com/ .Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat semua. Jika sudah mencuba, jangan lupa komen di bawah ya.Terima kasih.

SHARE 9 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS