Hijrah- Nowseeheart Saujana Aura Durrani & Ideal

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 29, 2022

kredit  https://soundcloud.com/almasaarphenomenon/sets


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Alhamduillah hari ini Jumaat terakhir bulan Julai dan petang ini kita akan masuk tahun baharu Hijrah 1444 Hijrah. Kita berdoa tahun naaru membawa 1001 kebaikan kepada kita semua. Insha Allah


Pada pagi ini Naim hendak share lagu nasyid dari gabungan kumpulan nasyid Nowseeheart, Saujana, Aura , Durrani dan Ideal yang bertajuk Hijrah. Lagu ini nasyid ini dari album Sirah Junjungan tahun 2004. Bila dengar nasyid ini dengan gabungan beberapa kumpulan  nasyid memang nostalgia. Kalau dulu, lagu nasyid ini kerap ke udara di radio ikim.fm. Insha Allah pada pagi ini akan share lirik berserta video klip nasyid ini.

LIRIK

Bumi Mekah seakan menghimpit
Mengancam nyawa risalah langit
Ketika itu turun perintah
Untuk berhijrah ke kota harapan

Pergi bukan beerti mundur
Tapi menyusun langkah teratur
Demi mencapai matlamat agung
Membawa rahmat ke seluruh alam

Satu Muharram detik bersejarah
di masa umat telah berhijrah
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Tinggal segala harta keluarga
sahabat handai dan yang tercinta


Tiada yang lebih berharga
selain iman yang sejahtera
Kerana-Nya sanggup berkorban
Harta dan nyawa watan tercinta

Kerana ikatan ukhwwah fillah
mengatasi ikatan saudara
Kaum Ansar mendakap Rasul
Dan Muhajirin sujud bersyukur

Di sinilah ketabahan...
Umat Islam di uji x3


VIDEO


 

Naim harap semua sahabat-sahabat suka mendengar nasyid ini. Semoga tahun 144 Hijrah membawa kebaikan kepada kita semua. Dan tidak lupa, terus berdoa semoga Allah kurniakan kesihatan baik kepada seluruh umat Islam. Insha Allah.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. terhibur bila mendengar lagu2 nasyid. mengembalikan nostalgia. salam maal hijrah

    BalasPadam
  2. Saya dulu dengar nasyid ni pada masa kecik bila tengok cerita Muhammad utusan terakhir tu, tapi tak ingat tajuk dan hanya ingat lirik sahaja, tapi saya tulis lirik dalam youtube x keluar mujur saya tulis dalam Google dan keluar blogspot ni, alhamdulillah sangat, terima kasih moga dipermudahkan urusan tuan blog ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Terima kasih kembali kerana sudi bertandang ke blog Naim ini. Insha Allah , lepas ini Naim akan share lagi nasheed klasik .

      Padam
  3. Dah lama cari nasyid ni tp x igt tajuk
    Alhamdulillah dpt jugk akhirnye cari...
    Sgt bermakna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamduillah, semoga bermanfaat kepada tuan/puan. Semoga datang lagi ke blog Naim ini. Insha Allah, akan saji lagi nasheed klasik.

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS