![]() |
kredit https://soundcloud.com/almasaarphenomenon/sets |
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Alhamduillah hari ini Jumaat terakhir bulan Julai dan petang ini kita akan masuk tahun baharu Hijrah 1444 Hijrah. Kita berdoa tahun naaru membawa 1001 kebaikan kepada kita semua. Insha Allah
Pada pagi ini Naim hendak share lagu nasyid dari gabungan kumpulan nasyid Nowseeheart, Saujana, Aura , Durrani dan Ideal yang bertajuk Hijrah. Lagu ini nasyid ini dari album Sirah Junjungan tahun 2004. Bila dengar nasyid ini dengan gabungan beberapa kumpulan nasyid memang nostalgia. Kalau dulu, lagu nasyid ini kerap ke udara di radio ikim.fm. Insha Allah pada pagi ini akan share lirik berserta video klip nasyid ini.
LIRIK
Bumi Mekah seakan menghimpit
Mengancam nyawa risalah langit
Ketika itu turun perintah
Untuk berhijrah ke kota harapan
Pergi bukan beerti mundur
Tapi menyusun langkah teratur
Demi mencapai matlamat agung
Membawa rahmat ke seluruh alam
Satu Muharram detik bersejarah
di masa umat telah berhijrah
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Tinggal segala harta keluarga
sahabat handai dan yang tercinta
Tiada yang lebih berharga
selain iman yang sejahtera
Kerana-Nya sanggup berkorban
Harta dan nyawa watan tercinta
Kerana ikatan ukhwwah fillah
mengatasi ikatan saudara
Kaum Ansar mendakap Rasul
Dan Muhajirin sujud bersyukur
Di sinilah ketabahan...
Umat Islam di uji x3
VIDEO
Naim harap semua sahabat-sahabat suka mendengar nasyid ini. Semoga tahun 144 Hijrah membawa kebaikan kepada kita semua. Dan tidak lupa, terus berdoa semoga Allah kurniakan kesihatan baik kepada seluruh umat Islam. Insha Allah.
terhibur bila mendengar lagu2 nasyid. mengembalikan nostalgia. salam maal hijrah
BalasPadamSaya dulu dengar nasyid ni pada masa kecik bila tengok cerita Muhammad utusan terakhir tu, tapi tak ingat tajuk dan hanya ingat lirik sahaja, tapi saya tulis lirik dalam youtube x keluar mujur saya tulis dalam Google dan keluar blogspot ni, alhamdulillah sangat, terima kasih moga dipermudahkan urusan tuan blog ini
BalasPadamSama-sama. Terima kasih kembali kerana sudi bertandang ke blog Naim ini. Insha Allah , lepas ini Naim akan share lagi nasheed klasik .
PadamDah lama cari nasyid ni tp x igt tajuk
BalasPadamAlhamdulillah dpt jugk akhirnye cari...
Sgt bermakna.
Alhamduillah, semoga bermanfaat kepada tuan/puan. Semoga datang lagi ke blog Naim ini. Insha Allah, akan saji lagi nasheed klasik.
Padam