The Best Of Selawat

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 24, 2022

The Best Of SELAWAT By Munif Ahmad, Nazrey Johani, Ustaz Amal & Syeikh Abdul Karim

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua , di dalam rahmat Ilahi selalu. Pada malam ini Naim hendak share selawat yang di baca oleh beberapa orang yang terkenal di Malaysia.

Sebut sahaja berselawat, Nabi Muhammad pun menyuruh kita sebagai ummatNya agar tidak meninggalkan berselawat. Kerana berselawat sekali, Allah akan membalas sebanyak 10 kali. Inilah  kelebihan berselawat kepada Nabi Muhammad. Berselawat adalah salah satu jalan menyatakan kecintaan dan kerinduan kepada Nabi Muhammad.

Berselawat ini memberi banyak kebaikan kepada yang sering berselawat kepada Nabi Muhammad. Sesiapa yang berselawat, nescaya hati dan jiwa akan menjadi tenang dan ganjaran pahala menanti  kepada mereka tidak kering berselawat kepada Nabi Muhammad. Marilah kita berselawat, semoga di akhirat kelak, Nabi Muhammad mengenal kita kerana asbab berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad. Insha Allah.

Pada malam ini, Naim hendak share satu album yang bertajuk The Best of Berselawat. Di dalam album The Best Of Berselawat ini menampilkan  beberapa tokoh terkenal yang berada dunia seni dan qari terkenal di Malaysia iaitu  Syeikh Abdul Karim , Ustaz Amal , Nazrey Johani dan Munif  Ahmad.  Kalau tak silap Naim, album ini di terbitkan pada tahun 2014. Jika silap, mohon sahabat-sahabat betulkan Naim semula.

Di dalam album ini memuatkan 24 jenis selawat kepada Nabi Muhammad. Di baca oleh 4 orang iaitu Syeikh Abdul Karim, Ustaz Amal, Nazrey Johani dan Munif Ahmad. Keempat-empat mereka mempunyai suara tersendiri dan lunak ketika membaca selawat kepada Nabi Muhammad. Secara tiba-tiba, mata Naim berkaca dan air mata mengalir di pipi. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka membaca selawat dengan alunan merdu ini.

Sebanyak 24 selawat yang berada di dalam album ini adalah 

1. Selawat Badriyah – Munif Ahmad

2. Solawatun - Nazrey Johani 

3. Assolatu Alan Nabi -Ustaz Amal 

4. Allahumma Solli Ala -Syeikh Karim 

5. Selawat Badawi - Munif Ahmad 

6. Ya Rasulallah -Nazrey Johani 

7. Ya Badrottamam - Ustaz Amal 

8. Selawat Lazim I - Syeikh Karim 

9. Selawat Dawam - Munif Ahmad

10. Selawat Murah Rezeki - Nazrey Johani 

11. Selawat Al-Amin - Ustaz Amal 

12. Marhaban Ya Rasul - Syeikh Karim 

13. Selawat Syifa' - Munif Ahmad 

14. Selawat Hasan Al-Banna - Nazrey Johani 

15. Assolatuwassalam - Ustaz Amal 

16. Ya Nabi Salam Alaika - Syeikh Karim 

17. Selawat Al-Karim - Munif Ahmad 

18. Selawat Lazim II - Nazrey Johani 

19. Solla Alaikallah - Ustaz Amal 

20. Thola Al Badru Alaina - Syeikh Karim 

21. Selawat Lazim III - Munif Ahmad 

22. Selawat Ibrahimiyah - Nazrey Johani 

23. Ya Nabi Salamun Alaik - Ustaz Amal 

24. Nurul Mustofa - Syeikh Karim 

VIDEO



Naim harap dengan selawat ini kita semua dapat berselawat kepada Nabi Muhammad. Zahirkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad. Kerana berselawat hanya di zahirkan dengan berselawat dan ia mendatangkan kecintaan dan mahabbah kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

2025 © Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS