Makna Merdeka Pada Diri Kita

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 28, 2022


 

Makna Merdeka Pada Diri Kita| Tinggal beberapa hari lagi kita semua akan menyambut hari Kemerdekaan pada tahun 2022. Ramai bersorak merdeka berkali-kali akan tetapi tidak memahami makna tersirat di dalam erti Kemerdekaan.


Tanggal 31 Ogos 1957
memberi makna kepada rakyat Malaysia
berbilang bangsa dan agama
bersatu memelihara negara Malaysia

Laungan Merdeka bergema
di angkasa raya
bermakna kita bebas daripada cengkaman
penjajah dari seluruh pelusuk negara
dari utara membawa ke selatan
melangkau ke Timur dan Barat 

Kini 2022 suara yang sama
akan tetapi roh berbeda
generasi Z  masih membisu
dengan angkara gajet
Merdeka mereka sekadar laungan sahaja..
lesu dan pilu
membekas di jiwa.


Lirik:

VERSE 1
Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

CHORUS
Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

VERSE 2
Selamat datang semua
Ini masa kita
Tunduk berhemah
Bukannya lemah

Selamat datang semua
Ini masa kita
Di mata dunia
luar biasa

BRIDGE
Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia 
Tetap di hati selamanya
Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia 
Tetap di hati selamanya

POSTCHORUS
Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

2025 © Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS