Assalamualaikum semua, Alhamduillah kita sudah masuk ke bulan September 2022. Semoga bulan September memberi kebaikan kepada kita semua.Sebut sahaja Adsense para blogger sangat berharap kepada adsense kerana pendapatan. Akan tetapi pada Naim adsense is drop earning.
Naim perasaan beberapa bulan kebelakangan ini earing blog Naim makin menjunam , tidak tahu apa masalah sedang di hadapi waktu ini. Maybe entri kurang mantap dan ia tidak kena dengan SEO Keyword dari pihak Google sendiri. Untuk memilih satu-satu tajuk entri kena ulang kaji dan tidak plagiat dari blogger yang lain. Takut kita seronok di atas kesusahan rakan blogger yang penat lelah menulis entri tersebut.
Barang kali, sifat malas ini membuat earning blog Naim makin drop dan slow untuk beberapa bulan yang lalu. Dan untuk bulan ini hanya mendapat sekadar 3 sen. Dan pemerhatian Naim, kurang mendapat komen dari rakan blogger membuat pv per cklik makin drop.Dan bergantung pada entri lama-lama mendapat carian di google dan ia masih tidak membantu. Tapi jangan kecewa walhal orang tidak komen dan mereka menjadi silent reader blog kita.
Semoga sifat malas akan terkubur dan bulan September ini menjadi anjakan paradigma kepada diri Naim untuk rajin menaip di dalam blog ini. Bukan apa sahabat-sahabat semua. Untuk menulis di dalam blog ini memerlukan idea yang sangat kreatif dan ideal agar para pembaca tidak berasa bosan dan jemu ketika menatap entri di dalam blog kita ini.
Naim perasaan jua beberapa blogger mula meninggalkan dunia blogging dan beralih kepada dunia video seperti tiktok dan viewer dari tiktok sangat merangsangkan jika satu-satu content yang menarik untuk di tonton. Dan kurang promosi blog di media sosial adalah satu punca kenapa blog kita kurang mendapat sambutan dari orang luar dan rakan blogger itu sendiri.
Akhir sekali, semoga sifat malas ini tidak lagi bersarang di dalam diri Naim sendiri. Malas ini punca segala kerja tidak dapat di selesai dengan baik dan efisen sekali. Semoga Allah memelihara kita semua daripada segala penyakit dan wabak yang ada di bumi. Insha Allah!.

Ya betul asalkan halal. Pastikan hasil kerja bukan plagiat atau beri kredit kalau petik mana-mana.
BalasPadamBetul, sekurang kita ambil dari rakan blogger, letak kredit semoga ia menjadi satu kehormatan di dalam dunia blogging
PadamTeruskan usaha ya
BalasPadamsama lah kita hahaha tapi nak buat macam mana kerja hakiki pun tak terkejar. Perasan jugak bab tiktok tu tapi tak sempat la nak update satu video pun makan masa berjam
BalasPadamYq, TikTok lebih meriah. Tapi isi untuk dibaca dari blog dan website masih menjadi pilihan mereka yang google sesuatu. Ramai lebih suka 'baca' dari 'tonton' bila cari info.
BalasPadamBetul kak. 😊😊
PadamSkrg dah ramai beralih ke content creator.. sy lebih suka menulis dr buat video..
BalasPadam