UNIC-Doa Rabitah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 30, 2013
Sebelum tidur kita amalkan doa ini semoga manfaat kepada semua. Insya Allah





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَت عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ.

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ.

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر،ِ اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.

Terjemahan:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya."


Wallahualam

Mr Bie - Separuh Aku "Noah Band" | Dedikasi SYRIA & GAZA

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 30, 2013


Petang ini kita dengar satu lagu, semoga lagu ini memberi satu kesedaran kita pada saudara kita Syria , palestin dan negara Islam yang tertindas, Ada satu hadis, yang mengatakan tak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mengasihi diri sendiri,

Jom layan ,

Assalamualaikum dan selamat pagi , jom hiasi kita mendengar kisah sahabat Nabi Muhammad SAW tentang Saidina Muadz Bin Jabal RA..



Semoga kita mencintai para sahabat Nabi Muhammad SAW, jangan jadi syiah terang-terang membenci para sahabat Nabi Muhammad SAW..

Semoga manfaat kepada semua, Insya Allah

[Syria]Inilah Bekalan Senjata FSA

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 29, 2013

Perlu untuk kota ketahui bahawa mujahidin membahagikan kepada beberapa briged yang memainkan peranan mereka masing-masing. Ada briged yang diamanahkan untuk turun ke medan, dan ada yang diamanahkan untuk mencipta bom dan roket sendiri.

Walaupun masih ada yang menuduh mujahidin ditaja oleh Barat, biarkan video ini menceritakan segala-galanya. Mujahidin mencipta bom dan roket mereka sendiri dengan kepakaran yang dimiliki oleh mereka.



lihat video ini bawah ini :-



10 Kelebihan Orang Bersolat

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 28, 2013


1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas & otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa.
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah, warahmah)
5. Diberi kesihatan yg baik & cergas anggota badan.
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7. Terbuka pintu langit & doa dimakbulkan Allah s.w.t.
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak.
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Akan bertemu ALLAH SWT dengan redhaNya.

(Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)



Jangan tinggal solat ya ..jom layan lagu nasyid Raihan

Mr Bie-Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 28, 2013
Assalamualaikum, petang ini kita santai sahaja jer..





Semoga anda terhibur

Pelita Hidup-Manusia Memerlukan Cahaya Di Hati

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 27, 2013
Setiap manusia memerlukan cahaya iaitu 'pelita hidup' untuk menyuluh hidup seorang hamba kepada Allah.Jika kita tak ada 'cahaya' di dalam hati ini,nescaya gelap gelita hati kita seperti warna hitam.

Cahaya di dalam diri kita adalah ilmu dan amal. Jika Ilmu dan amal bergabung akan terbit satu cahaya. Cahaya itulah akan menyuluh hidup seorang hamba kepada Allah. 




Sebelum itu, mari kita 'check' sama ada diri kita cukup ilmu dan amal. Mari kita bermuahasabah diri ,sebelum tidur.Sebelum itu, jom dengar lagu dari Kumpulan Hijjaz bertajuk Pelita Hidup..



Wallahualam, 

**Assalamualaikum dan selamat malam.

Tips Ke Arah Solehah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 27, 2013
Untuk menjadi solehah senang sahaja, bukan membayar berjuta-juta ringgit. Kerana kebaikkan ada satu perkara baik. Wadah untuk mencapai kebaikan ada pelbagai cara, contohnya di bawah ini :-



Semoga anda mampu berubah kepada kebaikan.

kredit gambar :-Rusydee Art

Maidany-Jiwa Syurga

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 26, 2013
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini kita dengar lagu nasyid,Semoga kita bersemangat untuk bekerja di pagi hari 




Jangan malas, kerana malas Syaitan cukup suka dengan sifat MALAS.

Wallahualam.

[Syria] Sumayyah Syria- Kekuatan Di Belakang Lelaki

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 25, 2013
Bait-Bait lirik  Lagu Hijjaz Sumayyah 

Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

 Siapa sangka mujahidah tak ketinggalan untuk bersama-sama  berjuang demi negara mereka iaitu Syria 

  


Manakala di Malaysia, ada wanita Islam sanggup 'pegang tangan seorang Ustaz Korea' tanpa rasa sengan silu dan beliau bukan mahram . Inilah Malaysia.. Nak gambar? Tak baik buka aib dia. Kesihan sama . Jahil agama merangkap diri.Jom dengar lagu Hijjaz Sumayyah untuk gambar di atas



Teruskan berdoa demi Syria. Insya Allah, kemenangan milik Islam jua.

Wallahualam 

Jerebu-Kelalaian Manusia Atau Peringatan Daripada Allah?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 24, 2013
Jerebu di negara kita semakin reda di beberapa kawasan di Malaysia.. Adakah  kita terlupa apakah  jerebu ini peringatan daripada Allah kepada kita?




Jom kita kembali kepada Allah , Apakah firman Allah  kepada kita semua



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah 2:156)


Jom kita kesihatan semasa jerebu, naim ambil daripada sumber google.. heheh

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan?
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Tips Cegah Penyakit Ketika Jerebu
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Semoga ini memberi manfaat kepada semua, Insya Allah..

Wallahualam. 
 

Tentatif Program Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 23, 2013
Tentatif Program Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW sepanjang 2 hari 3 malam bermula pada 4 Julai sehingga 6 Julai 2013



Semoga kita dapat hadir ke Majlis ini
Malam ini kita tentang Syiah. Syiah adalah masalah akidah kita. Jom kita dengar bersama-sama semoga kita terhindar daripada terpengaruh dengan syiah ini




Semoga manfaat kepada semua.

[Syria] Rehat Sementara Bersama Kucing

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 22, 2013
Biar gambar berbicara, apakah komen anda terhadap pejuang FSA ini



Subbna Allah. Mari kita berdoa kepada Allah, Semoga Bashar Assad  kalah .. Amin!!

Ustaz Haslin Bahrim- Perihal Tentang Haji

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 21, 2013
Assalamualaikum, malam ini kita dengar  kuliah tentang Haji. Semoga kita yang kosong tentang Haji, Malam kita boleh dengar bersama-sama dengan harapan boleh mendapat syafaat.



Sebarkan kepada semua. Insya Allah.


Wallahualam.

[Syria] Pemuda-Pemudi Malaysia vs Pemuda-Pemudi Syria

in , , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 20, 2013
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, apa khabar semua sahabat-sahabat blog pemuda ttbc. Naim harap semua sihat-sihat belaka. Isu syria tak akan di padam di dalam kehidupan masyarakat dunia amnya dan Malaysia juga melaporkan berita-berita di sana. Namun agar kecewa dengan berita yang tidak telus daripada media Malaysia.

Berbalik kepada tajuk di atas, naim nak ulas sedikit situasi pemuda-pemudi Malaysia dan pemuda -pemudi Syria. Adalah berbeza dengan kehidupan di sana dan di Malaysia. Jika di sana pemuda sudah berjuang  demi tanah air mereka tak kurang dengan pemudi. Jika mereka tak bernasib baik mereka di seksa oleh tentera Bashar Assad dengan pelbagai  seksaan yang teruk sekali. Pemudi tak kurang menjadi hamba seks, di rogol beramai-ramai. Sedih  membaca berita begitu. 

Manakala  di Malaysia terbalik 180 darjah. Pemuda sebaya naim masih berfoya-foya  dengan apa sahaja kerana Malaysia sudah aman tak perlu ambik tahu tentang saudara kita di sana. Manakala pemudi baru-baru di landa penyakit histeria apabila  melihat artis korea datang ke Malaysia sanggup tunggu berjam-jam menanti artis korea,sejurus jumpa mereka histeria menjerit-jerit nama artis korea itu dan lagi tak malu sanggup berebut-berebut untuk bersalam dengan artis korea itu.

Sekejap ....Apakah hukum bersalam dengan bukan mukrim? jawab sendiri ye.. 

Itulah Femeomena di negara Malaysia.. saksilah gambar di bawah ini



Fikirlah wahai pemuda pemudi Islam Malaysia.. Apakah jawapan anda di akhirat kelak, pabila saudara kita di syria tanya

di mana hampa di kala kami memerlukan sokongan anda??

Wallahualam.

[Syria] Utusan Menyokong Bashar Assad

in , , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 19, 2013
Jom tengok di bawah ini :-


Akhbar ini sering melaporkan kehebatan tentera Bashar dan tidak pernah berhenti melontarkan gelaran-gelaran buruk pada pejuang islam di Syria. Mana-mana muslim yang bekerja disana, ingatlah rezeki ada dimana-mana. Tidak perlulah kita bersekongkol dengan akhbar yang antikan perjuangan islam dan sering mengangkat golongan yang jahat.

[Syria] Ustaz Nazmi Karim-Nukilan Ustaz Nazmi Karim

in , , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 17, 2013


Nurkilan dari Ustaz Muhammad Nazmi Karim tentang isu Syria ( WAJIB BACA ) :

Saya menyambung pengajian di syria pada tahun 1992 sehingga 1998. Syria ini bumi yang amat rapat dengan saya oleh kerana saya belajar dekat sana hampir 7 tahun. Saya tahu apa yang berlaku kat sana. Jadi sekiranya tuan-tuan membaca surat khabar dari metro, utusan, sinar harian, berita harian, berita tv1, tv2, tv3 dan lain2 berita yang memberitahu tentang PEMBERONTAK-PEMBERONTAK di syria, itu semua pembohong belake, itu semua mengarut dan itu semua fitnah. Mereka ini tidak tahu apa sebenar yang berlaku di syiria, betapa zalim dan jahatnya pemerintah syria yang membunuh puluhan ribu umat Islam di syria. Yang pertama sekali diorang bunuh pada tahun 1982, seramai 40 ribu orang Islam ASWJ dibunuh dalam tempoh 1 bulan sahaja. Pada zaman hafez al-asad yang memerintah syria suatu ketika dahulu.

Jadi saya nak ingatkan pada tuan-tuan, jangan kita bersubahat dengan surat khabar / media tv yang mengambik berita dari entah mana-mana. Lepas tu, dengan kita-kita pun kata orang syria itu PEMBERONTAK. Berdosa kita.

Kita tidak tahu umat islam di syria pada hari ini teruk dibunuh pada golongan-golongan yang berfahaman ''SYIAH ALAWIAH ANNUSORIAH'' yang memang sesat.Yang disokong oleh Iran yang berfahaman ''SYIAH IMAMMIAH'' dan disokong oleh tentera hizbullat di lubnan juga berfahaman ''SYIAH''. Ini yang berlaku di Syria.

Via : Ustaz Muhammad Nazmi Karim. 

Via 2 :Kami sayang ulama

[Syria] Kami Prihatin

in , , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 17, 2013
Assalamualaikum dan selamat petang semua, hari ini naim nak bagi tahu sesuatu. Kerana sikap tanggungjawab kepada suadara kita,Akhir-akhir ini naim ada share berkisar tentang syria. Untuk entri seterusnya jika berkisar tentang Syria naim akan letak tag di tajuk entri seperti ini 

[Syria] Kami Prihatin dan labels juga di letak syria. Untuk memudahkan kita mengetahui apa yang berlaku di sana.



Kenapa Naim bersungguh-sungguh memberi satu sudut khas di dalam blog ini. Kerana naim kasihan kepada saudara kita di sana di bunuh dengan kejam oleh rejim bashar Assad.  Sebelum naim lupa.Kalau anda facebook boleh like page berkisar syria iaitu :-
(klik pada gambar di bawah)



Semoga kita lebih mengetahui perihal negara Syria. Adakah media Malaysia tak boleh di percayai? Bukan 100% tetapi media Malaysia kekadang spin isu yang sebenar..

Do'akan saudara kita yang berjuang di sana mencapai kejayaan yang di idamkan oleh mereka. Insya Allah.

Wallahualam.

Doakan Mereka

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 16, 2013

1) Muktamar Ulama Se-Indonesia telah bersetuju membentuk satu pasukan 'Sejuta Sukarelawan' yang akan pergi berjihad di Syria.

2) Manakala Mesir pula tidak akan mengenakan apa-apa tindakan bagi rakyatnya yang telah pergi berjihad di Syria.

3) Seorang jutawan muda di Qatar telah bersedia untuk menjadi sponsor kepada 50 orang mujahidin dari negara tersebut untuk pergi berjihad di Syria.

4) Sementara di Algeria pula, ribuan pemuda Islam telah mendaftarkan nama mereka untuk berangkat ke Syria berjihad di sana.


sumber:-Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Tambang Bas Dinaikkan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 15, 2013
Selepas PRU13 , Kerajaan Malaysia  menaikkan tambang tiket Bas . Kenapa perkara ini berlaku selepas PRU13 adakah 'balasan' kepada rakyat Malaysia. Fikirlah wahai rakyat Malaysia masih kalian tak nampak kerajaan sedia ada sudah menipu anda?

Tak kasihan kepada pelajar-pelajar ipta dan ipts yang kurang berada, Bukan semua rakyat malaysia ada duit poket? Nak balik kg tambah-tambah nak raya. Tak fikirkah? 

Nak bukti?



Kalau tak nampak klik ini :_
GAMBAR KENAIKKAN HARGA TIKET BAS  


Wallahualam,

[Hebahan] Kuliah Maghrib Perdana

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 15, 2013

Kuliah Maghrib Perdana bersama-sama panel cukup terkenal iaitu

1) Ustaz Zamri 
     -Mari Mengaji -
 pada 22 Jun 2013 Sabtu

2) Ustaz Haslin Baharin(Bolloywood)
    pada 23 Jun 2013 Ahad 

Semoga dapat hadir .. insya Allah. Sebarkan kepada sahabat-sahabat kita yng berada di Utara tanah air 

 

Lantunan Mahabbah Rasuluillah-Sempena Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 14, 2013
Alhamduillah,Lantunan Mahabbah Rasulluillah kembali lagi pada tahun ini. Insya Allah

Insya Allah akan hadir iaitu :-

1)Habib Jindan Bin Novel Bin Salim
2)Tuan Guru Haji Salleh Musa 
3) Syeikh Zainul Asri Hj Ramli.

Kepada muslimin dan muslimat di jemput hadir meriahkan masjlis ini.Kerana ia menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. 

Sebarkan kepada sahabat-sahabat anda semua,

Secerah Pawana

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 12, 2013
Kekadang kita selalu mengimpikan sesuatu luar daripada pemikiran kita sendiri. Contohnya kita mahu kereta yang mewah sedangkan kita tak upaya memiliki  kereta mewah. Jika kita berharap kepada Allah. Contohnya di waktu senang kita tak pernah lupa kepada Allah, nescaya di waktu susah bersama kita. Kekadang kita tak pernah terfikir apabila bantuan Allah datang tanpa di duga.

Akhir sekali, jom dengar lagu ini :-



Ingatlah sahabat-sahabat ku sejauh mana kita lari daripada Allah . Semakin dekat lah Allah bersama kita. Walaupun kita terbang duduk di Planet Marikh sekali pun, Ia juga ciptaan Allah SWT.

Bagaimana dengan Rasullullah? Kita suka cakap ingin syafaat daripada Rasullullah sedangkan mulut kita tak pernah mengucap selawat kepada Baginda Rasullullah.Layakkan kita mendapat syafaat daripada Rasullullah? 

Wallahualam.

Ustaz Fawwaz -Zubair Bin Awam

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 11, 2013
Malam ini kita  dengar kuliah daripada Ustaz Fawwaz berkisar Zubair Bin Awam..



Point-Point Kuliah :-
1- Layan Anak Macam Hamba, Macam Kawan.
2- Adab dalam Islam. Cara nak layan orang datang rumah.
3- Tiga benda wajib bagitau kepada tetamu.
4- Goreng Telinga Keling.
5- Pemimpin perabih duit rakyat.
6- Cara bagi nama anak. Cantum reka nama. (Baik ka tidak?)
7- Dapat 40 Ribu. Bab Nafkah.
8- Rumah untuk Isteri.
9- Lawan 6 Khalifah. Pancung kepala hantar ke Damsyik.
10- Orang yang Allah pilih.
11- Jenis Munafik ke Neraka.
12- Sedikit Ulasan Bab Fara'id

Semoga manfaat kepada semua. Semoga selepas ini kita lebih tahu kisah Sahabat Rasullullah SAW

Mereka Mahu Kita Lupa

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 10, 2013
Sistem pendidikan Malaysia  sangat kurang Islam kerana mereka memadamkan sejarah-sejarah  Tamadun Islam menguasai 2/3 dunia. Adakah anda belajar di sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Mereka hanya mengajar  beberapa perkara penting sahaja. Supaya kita kita lupa sejarah Islam , lupa perjuangan Islam dan lupa  jasa Islam kepada ummat.

Jika nak maju jangan kuat Islam? Ia sudah berlaku di Negara Malaysia.  Adakah masih nak bersekongkong dengan mereka. Mereka yang menentang bukan orang kafir tetapi orang bernama Muslim beragama Islam..



Tiada keadilan kepada Islam jika umat Islam yang takut bayang sendiri yang memusnahkan empayar Islam.

Muasahabah diri.. 

Wallahualam.

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Peristiwa Isra' Wal Mikraj

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 09, 2013
Salam alaik. Pagi ini mari kita dengar kuliah daripada Ustaz Nazmi Karim berkisar Peristiwa Isra Wal Mikraj.. 



Jom kita dengar perjalanan dakwah Baginda Rasullullah menyebarkan risalah Islam . Semoga kita tersentuh dan menyambung Risalah Islam yang di tinggalkan oleh Baginda Rasullullah kepada kita . Insya Allah

Semoga kuliah ini dapat memberi satu ilmu baru kepada kalian semua. insya Allah.


Wallahualam,

Youth Of The Nation

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 08, 2013
Idea kering nak tulis entri ini, mai layan intrumental lagu di bawah




Apakah aktiviti di kala anda kering idea nak taip entri di blog, kalau boleh share la.. 

Wallahualam

Qusair : Mengapa Mujahidin Berundur Selangkah?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 06, 2013


Komander FSA, Abdul Hamid Zakaria telah menjelaskan bagaimana isu sebenarnya bermula bila mujahidin cuba berundur dari satu bahagian di Selatan Qusair hanya bertujuan membuka laluan untuk petugas-petugas penyelamat membawa mangsa-mangsa tercedera keluar mendapatkan bantuan.

Bukan kerana mereka sudah dikalahkan oleh serangan-serangan gila Hizbu Syaitan tersebut. Namun ketika itu media rejim pula cuba mengambil kesempatan dengan menayangkan kawasan yang sengaja ditinggalkan oleh mujahidin kononnya sebagai bukti kejayaaan mereka mengusai bandar ini.

Walhal 60% dari kota ini masih dikuasai mujahidin meskipun hampir seluruh jenis bom dan mortar telah dilepaskan oleh Hizbu Syaitan ke bandar tersebut.

Meskipun mujahidin mengakui bahawa pihak musuh telah mengerahkan satu kekuatan yang begitu hebat dan besar termasuk serangan-serangan udara berterusan yang hampir meranapkan kota ini.

Namun kesemua itu sedikit pun tidak menyebabkan mujahidin merasa 'dikalahkan'. Bagi mujahidin, peperangan ini adalah ibarat operasi serbu dan lari.


**Teruskan berdoa kepada saudara kita di sana.. Takbir! Allahu akbar!


sumber:

Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

 

AL-QUSAIR MEMERLUKAN DOA ANDA

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 05, 2013



Situasi terkini di Al-Qusair sangat getir. Pertempuran antara Mujahidin dan Hizbusyaiton sangat sengit. Sehingga ada laporan yang diterima sebentar tadi mengatakan bahawa kemenangan telah berpihak kepada Hizbusyaiton.

Keadaan yang sebenarnya adalah Mujahidin masih terus-terusan berjuang dan dilaporkan bahawa kedudukan adalah 50-50. Hizbusyaiton menghujani serangan bertubi-tubi dari udara dan darat. Dianggarkan 40 butir peluru seminit yang digugurkan dari jet-jet pejuang milik mereka. Dilaporkan bahawa sebahagian daripada Mujahidin di Al-Qusair tekpaksa berundur kerana serangan bertubi-tubi, manakala Hizbusyaiton pula terus menerima bantuan dari darat dan udara yang masuk untuk menggempur Mujahidin yang serba kekurangan.

Kita juga boleh menggempur tentera regim dan Hizbusyaiton laknatullah dengan berpelurukan doa-doa kita yang tidak putus-putus. Ya Allah Ya Tuhan kami. Engkau berikanlah kemenangan kepada Mujahidin dan Engkau lindungilah seluruh penduduk Al-Qusair. Amiin Ya Rabbal A'lamin.
 
sumber:
Green Project

Palestin Sentiasa Di Dalam Ingatanku

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 05, 2013
Lama kita tak mendengar berita daripada Bumi Palestin kerana media-media massa negara Islam kurang memberi berita daripada semenjung Gaza amnya. Kekadang berita itu tak manfaat kepada saudara  kita. Mereka ingat semasa Palestin kena serang . Barulah kita ingat. Adakah kita seperti kacang lupakan kulit?

Bukan mereka saudara kita, adakah anak kecil bukan adik kita? Ingatlah wahai anak-anak muda Malaysia jangan kalian lalai dengan dunia yang fana ini. Kerena ada negara terluka? Di masa terluka itu adalah negara Palestin

Entri ini memberi kesedaran moral dan rohani kepada semua. Jangan kita lupa saudara kita di Palestin. Nanti di akhirat kelak mereka akan bertanya kepada kita di mana kalian semasa kami berperang? Kita nak jawab apa? fikirlah .. Jangan jadi manusia dah kena ketuk baru nak sedar....
 \

Ya Allah berilah kemenangan kepada pejuang-pejuang yang berjuang membebaskan palestin daripada ancaman israel.. Ya Allah Engkau pecah belah kesatuan-kesatuan mereka. Kuatkan semangat mereka ya Allah.

Jangan lupa mereka walaupun satu saat pun.. Palestin Will Be Free Soon.

Insya Allah



Wallahualam

Kami Akan Pertahankan 2

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 04, 2013
Beginilah keadaan peperangan di Syria. Mari kita doakan kemenangan kepada para muhahidin dan mujahidah yang berjuang membebaskan Syria daripada cengkaman Bashar Assad dan sekutunya.



Doakan kemenangan ! Insya Allah

Wallahualam
Malam ini Naim nak share kuliah dhuha yang manfaat kepada kita. Semoga kuliah ini memberi sedkit ilmu dan mengamal ilmu itu. 




Semoga manfaat kepada semua. Jangan biarkan masa kita sia-sia dengan perkara yang tidak memberi manfaat kepada kita.


Kami Akan Pertahankan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 02, 2013


Liwa Al Tawhid telah pun tiba dari Halab di Al Qusair, Ketua General Mujahid Abdul Jabbar berkata, "Pertama sekali, ini adalah kewajipan kita, jadi muslim tidak perlu berterima kasih kepada kami. Saya berharap lebih ramai mujahidin untuk menyertai kami. Benar, ia bukan mudah untuk mencari jalan untuk memasuki Qusair, tetapi apabila anda punyai kemahuan, pasti anda temui jalan. Tanah Syria adalah hampir 70% bebas dan kami datang dari Halab untuk Qusair tanpa gangguan banyak, jadi yang lain-lain boleh mengikuti kami. Hampir seluruh bandar Qusair menjadi target pengeboman. Kami tiba sedikit lewat tetapi kami tidak akan meninggalkan Qusair dan kami tidak akan membenarkan tentera HisbuSyitan untuk memasuki Qusair. Mereka perlu melangkah mayat-mayat kami untuk memasuki Qusair."

Hadi: "Bolehkah anda menahan serangan yang berterusan dari hisbullah dan menghalang mereka daripada memasuki bandar"?

General Abdul Jabbar: "Ia bukan hanyalah sebab berdiri di sini, kami sudahpun berdiri di sini! Mulai dari sekarang, kami akan memulakan operasi membalas dendam dan kami akan mengikuti mereka sehinggalah ke gua mereka di Lubnan".

Hadi: Terima kasih General, terimalah bendera ini. Kali terakhir bendera ini bersama seorang syahid (biiznillah) dan anda layak untuk memilikinya.








**Teruskan berdoakan saudara kta.
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS