Bank Islam Buka Hari Sabtu Khusus Pembaharuan Kad Debit

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 18, 2021


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat semua. Sebut sahaja kad debit memang ia satu keperluan jika kita kekurangan duit tambahan waktu terdesak memang akan cari ATM untuk mengeluarkan wang tunai. Akan tetapi jika  kad expired transaksi pengeluaran duit tak boleh dilakukan.  Pada malam ini Naim berkongsi berita gembira kepada semua.


Pihak Bank Islam telah membuka Bank pada Hari Sabtu khusus untuk pembaharuan kad debit bank di cawangan-cawangan terpilih . Ini memberi kesenangan kepada orang ramai untuk renew kad debit bank yang bakal dan sudah tambah tempoh di cawangan-cawanag terpilih ini.  Jom kita check bersama-sama

Wilayah Utara

- Alor Setar, Kedah

- Jitra, Kedah

- Kangar, Perlis

- Kulim, Kedah

- Sungai Petani , Kedah


Wilayah Tengah

- Kajang , Selangor


Wilayah Timur

- Jalan Sultan Ismail, Terengganu

- Kubang Kerian, Kelantan

- Putra Square, Pahang, 

- Tanah Merah, Kelantan


Inilah  senarai cawangan-cawangan bank Islam yang terpilih di buka pada hari Sabtu untuk pembaharuan kad debit sahaja. Waktu Operasi iaitu pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Rancangkan waktu untuk anda pergi bank untuk pembaharuan kad debit anda. Setiap pembaharuan kad debit tidak dikenakan sebarang bayaran. Hanya perlu bawa Kad Pengenalan dan Kad debit yang telah tamat tempoh untuk di beri jika di minta oleh pihak bank.



Bagi rakyat utara seperti Kedah dan Perlis inilah masa untuk tukar kad debit anda yang baharu jika telah tamat tempoh . Boleh rujuk untuk cawangan dan alamat  ( https://www.bankislam.com/need-assistance/branch-locator/). Baru-baru ini kaK Naim pergi pada hari sabtu  lepas  untuk renew kad tidak mengambil masa yang lama dan kaunter di buka 3 untuk urusan renew kad debit sahaja. 

Semoga pengkongsian ini dapat membatu sahabat-sahabat yang ada masalah untuk renew kad debit anda. Hanya perlu bawa Kad Pengenalan dan Kad debit Anda dan tidak dikena sebarang bayaran. Ikuti S.O.P yang telah di tetapkan seperti pakai mask, scan MySejahtera dan jaga jarak. Semoga bermafaat kepada anda semua. Terima kasih!. 
SHARE 15 comments

Add your comment

  1. Senang kalau dapat buat hari Sabtu. Tapi malangnya area perak tak hado. Tq sharing yer Naim 😊.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kak, senang cikit kalau hari sabtu bagi negeri2 utara ini. Moga Perak akan ada cawangan yang buka pada hari sabtu. Sama-sama kak. :)

      Padam
  2. terus check tarikh expired kad debit. hehe

    BalasPadam
  3. elok la bank bukak sabtu, weekdays memang tak sempat dengan covid ni, limitation customer lagi. terbaik bank islam

    BalasPadam
  4. Patutnya kena macam tu, ada jadual khas atau hari2 khas camnie. Senang sikit nak susun jadual kan

    BalasPadam
  5. Johor macam mana pulak ya? Btw, tq ya naim share pasal bank islam buka hari sabtu ni. Boleh laa share dgn kwn2

    BalasPadam
  6. Perkongsian informasi yang menarik.. senang bila dah tau n ada schedule..

    BalasPadam
  7. Oh kena check la kad debit yang ada untuk pastikan tarikh expired. Rupanya kena baharui kad kalau dah sampai expiry date. kalau tak tak boleh buat transaksi wang.

    BalasPadam
  8. what a great improvement. this will definitely allow more people to do banking conveniently on their off days!

    BalasPadam
  9. saya risau juga terlupa tarikh tamat pada kad..

    banyak kad debit tapi isi jer yang kurang

    BalasPadam
  10. Sy ada buat on line rm150 bnk islam ke maybnk tapi sy cek duit itu tk msuk lgi tapi dlm hp sy cek dah potong jdi bila sy bleh dpat duit itu dlm maybnk sy

    BalasPadam
  11. area kl kat mana ya bank islam yg buka ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya semua cawangan di Kuala Lumpur buka kecuali hari cuti umum dan public holiday. Puan /Tuan boleh check https://www.bankislam.com/need-assistance/branch-locator/

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS