[SIRI 2] Jom Kenali NABI MUHAMMAD - Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 29, 2019


Assalamaulaikum dan selamat pagi semua. Pada artikel yang lepas Naim dah share SIRI 1, Inilah sambungan Jom kenali Nabi Muhammad, Semoga dengan pelajari peribadi Nabi Muhammad SAW akan menambah kasih sayang kepada Nabi Muhammad .. Insha Allah.



Pakat-pakat share , semoga mengalir saham pahala pelajari peribadi Nabi Muhammad. Dan ingatlah idola sebaik-baik manusia ialah Nabi Muhammad. Semoga kita beroleh manfaat.

kredit video Abu Khatijah Studio

Giveaway Akhir Tahun - Wang Tunai dan Template Blogger Premium

by Muhammad Naim Abdullah, November 29, 2019


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Hari Jumaat yang penuh barokah, kita mula dengan berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad. Semoga berselawat dapat menambah rasa mahabbah dan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad. Dan tidak lupa semoga kita dapat syafaat daripada Nabi Muhammad di akhirat kelak. Insha ALLAH. Pada pagi yang mulia ini, Naim join segmen dari seorang otai di dalam dunia blog ini iaitu bro Hasrul Hassan.Beliau menganjurkan satu segmen yang menarik yang bertajuk  Giveaway Akhir Tahun - Wang Tunai dan Template Blogger Premium .

Syarat nak sertai giveaway ini adalah seperti berikut: 

1) Wajib menjadi followers blog ini. Jika belum atau tidak pasti, anda boleh klik pautan ini - FOLLOW untuk follow/ikuti blog ini dengan menggunakan id Google. 

2) Dah menjadi sebahagian fans di FB fanpage hasrulhassan.com
Letakkan banner giveaway disediakan di atas dalam satu post baharu di blog anda, dan link kepada blog atau blog post ini.

3) ATAU jika anda tidak mempunyai blog, boleh share post ini di Facebook anda kemudian TAG FB HasrulHassan.com.

4) Anda dikehendaki membuat komen mengenai blog ini, atau berkongsi pendapat mengenai diri saya sebagai seorang penulis blog aktif sepenuh masa sejak 2010. Contohnya, sejak bila kenal, macamana boleh kenal, kenal sebab apa atau kenapa anda suka baca blog ini, atau apa keistimewaan blog ini pada pandangan anda dalam post anda tersebut.

5) Bila dah siap, tinggalkan url post blog atau facebook tersebut sebagai bukti penyertaan di FB HasrulHassan.com di sini - Senarai Penyertaan


6) Kongsikan url blog atau status FB anda di media sosial supaya lebih ramai rakan blogger mahupun pembaca blog Malaysia menyertai giveaway ini

Tak lupa tarikh akhir iaitu 30 hb November 2019 sebelum jam 11:59 malam.

--
Jawapan Naim untuk no 4 :-

Sejujurnya sudah lama Naim follow blog bro Hasrul Hassan ini akan tetapi tak ingat tahun bila. Sememang naim nak bagitau semua , bro Hasrul Hassan adalah otai di dalam dunia blogger , Otai bagaimana dari segi kosten setiap artikel beliau. Lihat pageviews beliau sangat menarik dan tergoda nak mendapat pageviews yang tinggi seperti itu, Learn and capture apa bro Hasrul Hassan curahkan di dalam blog beliau. 

Naim harap semoga bro Hasrul Hassan terus sukses di dalam dunia blogger ini. Dan halalkan ilmu yang Naim ambil secara langsung dan tidak langsung dari blog bro. haha


Planner 2020 Giveaway by Messarah

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 27, 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua..  Sebenarnya Naim baru saja follow blog sebab ada segmen yang menarik Planner 2020 Giveaway by Messarah.. haha. Segmen ini dapat tahu dari rakan-rakan blogger naim sendiri masa blogwalking pada blog mereka. Nampak cam menarik, apa lagi join lah.. Tarikh tamat segmen adalah 20 Disember 2019.. Oleh itu marilah kita support segmen beliau ini, semoga ia mendapat ramai rakan-rakan blogger yang masih aktif di dalam dunia blog ini.

Jom lihat2 syarat2 nya :-

Syarat-syarat giveaway :
1) Beralamat di Malaysia
2) Merupakan follower blog Messarah
3) Ada blog

How to join? : 
1) Like page Princess Serra di sidebar blog

2) Create satu blog post bertajuk "Planner 2020 Giveaway by Messarah"

3) Masukkan banner giveaway seperti yang tertera di atas

4) Backlink gambar tersebut ke link blog post ini (paling PENTING!)

5) Dalam blog post tu ikut korang lah nak share quotes ke, puisi favourite korang ke, ucapan untuk upcoming birthday (27 december) aku ke hahaha, nak share goals 2020 ke, ikut korang lah. Nanti aku baca tau <3 i="">


6) Comment link blog entri korang kat bawah

-----
Naim ucapkan selamat hari lahir kepada Messarah semoga sukses di dalam kehidupan seharian. Semoga tahun 2020 akan memberi satu anjakan paradigma yang lebih baik ya. happy selalu! :_)

Contest Isi Dialog Di Blog At-tarmizi.Com

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 26, 2019


Syaratnya simple sahaja:

1) follow blog saya kalau belum follow.
2) buat satu entri "contest isi dialog di blog at-tarmizi.com" di blog anda.
3) share link entri di ruangan komen di post ini
4) dilarang guna dialog lucah,sensitif,menyalahi undang-undang,atau apa-apa yang dirasakan tak sesuai.
5)keputusan pemenang adalah muktamad.

Hadiah:

Tempat pertama : Top-up bernilai RM 30
Tempat kedua : Top-up bernilai RM 20
Tempat ketiga: Top-up bernilai RM10

Tempoh contest berlangsung: 26/11/2019-26/12/2019

Jawapan Naim


Jom Kenali NABI MUHAMMAD SAW | Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 26, 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Bagaimana cuti sekolah anda, dah rancang plan jalan-jalan ka? Jangan lupa untuk berselawat kepada baginda Nabi Muhammad . Semoga kita akan mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat kelak. Berselawat akan menyelesaikan masalah dengan izin Allah. Insha Allah.

Kuliah bersama Ustaz Nazrul Nasir berbicara di dalam Kitab As Syamil Fi Khalasatis Syamail berkisar peribadi-peribadi Nabi Muhammad. Dengan belajar peribadi Nabi Muhammad akan mezahirkan rasa cinta dan sayang kepada Nabi Muhammad. Pada mutahir ini, ramai yang tidak mengambil berat dengan Nabi Muhammad. Ramai yang ambil ringan dan memperlekehkan Nabi Muhammad dengan kata-kata nista. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan semoga Allah kurniakan hidayah kepada mereka. Amin.. 

Jom kita kita mendengar kuliah berkisar peribadi Nabi di dalam Kitab As Syamil Fi Khalasatis Syamail.

Sumayyah 2019- Hijjaz Feat Tomok

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 25, 2019

Sebut sahaja Sumayyah sememang kita sedia maklum lagu di popularkan oleh kumpulan Hijjaz. Siapa tidak kenal, kumpulan yang masih bertahan sehingga kini. Suara lunak dari vokalis Munif. Untuk makluman semua, Sumayyah merupakan srikandi Islam yang pertama Syahid demi mempertahankan akidah Islam. Ramai daripada kita alpa dan tidak mengambil tahu perihal sirah para sahabat Nabi Muhammad. 

Oleh itu, marilah kita selami lirik-lirik lagu Sumayyah bagaimana pergorbanan Sumayyah mempertahankan iman di dada daripada robek oleh para jahiliah Mekkah pada zaman dahulu. Semoga kita terus menjaga akidah dan iman di dalam meniti kehidupan yang penuh pancaroba sekarang.

LIRIK

Dalam diri selembut sutera 
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama 
Dirimu bak lentera

Dibelenggu jahiliah 
Kau tempuh dgn berani
Walaupun jasadmu milik tuan 
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi 
Ketabahn keluarga itu
Tika suami dan anak 
Dibaring menghadap mentari

Disuruh memilih iman 
Atau kekufuran
Samar jahiliah atau 
Sinar akidah…..

Sabarlah keluarga yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa mengoban nyawa

Lalu tombak ! yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak 
Berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah….

Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia

Namamu tetap menjadi sejarah…


VIDEO

Seminar Kebangsaan Politik Sejahtera -Presiden PAS

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 24, 2019

Saya gembira dapat memenuhi jemputan menyampaikan ucapan dan berdialog bersama para ilmuwan dan mahasiswa dalam Seminar Kebangsaan Politik Sejahtera di Universiti Malaya semalam.

Allah menjadikan agenda ilmu dan pendidikan sebagai agenda pertama dalam penciptaan manusia. Ini dapat dilihat melalui contoh Nabi Adam A.S. yang dididik dalam syurga sehinggalah diturunkan ke bumi.



Nabi Muhammad S.A.W. juga diwahyukan dengan Al-Quran sebagai mukjizat ilmu menandakan kepentingan ilmu pada akhir zaman dengan kemajuan sains dan teknokogi menjadikan dunia tanpa sempadan.


Betapa Kerdilnya MANUSIA | Ustaz Wadi Anuar

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 22, 2019


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Jom muasabah diri kembali apa kita lakukan di atas dunia ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Semoga kita dapat merasai nikmat Syurga kelak. Jangan lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua, mendapat syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad. Insha ALlah.

Doakan Ustaz Fawwaz Md Jan

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 20, 2019


MOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN USTAZ FAWWAZ MAT JAN YANG DI UJI DGN KEMALANGAN.

Alhamdulillah guru kita ustaz fawwaz mat jan tidak mengalami kecederaan krn terlibat dgn kemalangan petang tadi..

Hidup mereka byk diatas jalan raya kerana menginfakkan diri diatas jalan dakwah.

Pernah beberapa forum dgn UFMJ, selesai forum saya tanya pd beliau bagaimana dgn jadual kuliah bulanan?
Ketika tu UFMJ masih bekerja dgn zakat penang. Tahu apa jawapan beliau?

Sebulan hampir dalam 70 kuliah..terus terbayang bagaimana beliau menguruskn jadual sepadat itu sedangkan 24jam beliau sama seperti kita. Malah katanya selalu lepas habis bekerja terus shoot ke tmpat kuliah.

Tahu apa jawapan guru yg mulia kita ketika ditanya tentang tips menguruskan masa?

JAWAPANNYA mudah. Solat diawal waktu. Maka Allah akan lapangkan waktu seluasnya lebih dr keterbatasan waktu yg kita fikirkan.

Jom sama2 amalkan nasihat guru kita ni ya..semoga Allah memelihara guru kita Ustaz Fawwaz Mad Jan.❤❤❤

semoga Allah memelihara guru kita ini..❤❤❤

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 20, 2019

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com bermula pada hari ini, 20 November 2019, iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 November 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

5 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan akan dimasukkan ke bloglist Mia selama setahun pada tahun 2020. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2019.

** jom support Mia Liana....


Giveaway-03 by Ematunz

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 19, 2019
Awakk, ohh awak. Ye awak si manis yang sedang skodengg blog saya ni. Jom join giveaway ke-3 oleh Ematunz . Cara nak join pun so simple. Senang mudah terr amatt, just kopipes dah settle. Nak join, klik gambar di bawah ye:


Hadiah:
Topup bernilai RM20
RM5 x 4 pemenang cabutan bertuah.

Memburu Dunia Membuat Alpa Pada Akhirat

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 19, 2019
 


Berjalan di atas dunia akan memberi satu kesan pada hati jangka masa dekat dan jangka masa yang panjang. Cuba kita bayangkan berapa ramai manusia yang sentiasa memikirkan dunia sehingga membuat alpa pada akhirat. Para alim atau cerdik pandai berkata, Dunia ibarat Fatamorgana, persis melihat di hadapan mata seperti air, walhal ia hanya  terik panas yang membahang sahaja. Ramai daripada kita sudah tergoda dengan nikmat yang ada di dunia ini. Beberapa ramai terus alpa sehingga tidak sedar melupakan sang Pecipta.


Duhai sahabat-sahabat semua. Jangan terus lupa dengan pada Akhirat, kerana akhirat akan membimbing kita sehingga masuk syurga di janjikan oleh Allah. Tatkala kita tersesat di dunia boleh kembali kepada jalan yang benar, jika sesat menjumpai Allah nescaya syaitan menjadi tuhan kepada kita. Secangkir air di dalam gelas pabila di tuang air putih ia tetap  di kata air kotor walhal pada zahirnya gelas itu sudah kotor sebelum air putih di tuang. Begitulah jua dengan kehidupan kita sebagai manusia di atas dunia ini. Jangan lupa permulaan kita dan jangan jua kita lupa pengakhiran kita. Sama ada baik kejadian atau sebaliknya.

Dunia sahabat-sahabat semua. Sudah tiba masa kita mengisi masa dengan amalan ibadah kepada Allah. Kerana kehidupan di atas dunia tidak menentu pengakhiran yang baik. Hanya amalan kita yang dapat menyelamat kita daripada seksa api neraka. Ingatlah api neraka lebih 700  kali ganda daripada api dunia. Api pemetik api di nyala di hala pada ibu jari pada beberapa saat sahaja kita terus membuang ia ke lantai. 

Jom pulang mencari Redha Allah!

Badan Melayu, Hati Komunis - Ustaz Sidek Nor

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 19, 2019

Bagaimana MUSUH ISLAM mengepung segenap penjuru memisahkan kekuatan negara-negara Islam. Mereka pecah-pecah menjadi negara-negara yang kecil untuk memberi keutuhan kekuatan MUSUH ISLAM. Jom kita dengar apa tausiah dari Tuan Guru Sidek Noor. Pada akhir zaman, kita kena berpegang teguh dengan suruhan Agama Islam. Allah akan satukan hati-hati kita Umat Islam.




kredit youtube : Abu Khatijah Studio



Ke Arah Penyatuan Umat Islam Sedunia.

Alhamdulillah saya dan rombongan selamat pulang ke tanah air setelah bermusafir ke Tehran.

Saya memenuhi undangan bagi menghadiri Persidangan Kesatuan Islam Sedunia Kali Ke-33 dan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Majma' Taqrib Mazahib yang berlangsung pada 14-16 November di Tehran, Iran.

Saya dan beberapa tetamu diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama dalam persidangan yang bertemakan 'Kesatuan Ummah Bagi Mempertahankan Al-Aqsa', di samping memberikan pandangan dalam mesyuarat dan bengkel yang dijalankan sepanjang persidangan ini.



Saya turut mengambil peluang untuk merapatkan hubungan dengan pemimpin gerakan Islam dan ulama' yang mewakili kelompok Sunni dan Syiah dari seluruh dunia, serta berkongsi pandangan ke arah mengukuhkan perpaduan ummah yang merentasi perbezaan mazhab, demi menjaga kepentingan dunia Islam yang berdepan dengan pelbagai cabaran.

Semoga usaha penyatuan ini akan menatijahkan kejayaan yang lebih besar kepada dunia Islam, berpaksikan kepada tonggak keadilan, keamanan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai jalan penyelesaian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Tahniah Tanjung Piai - Luaskan Muafakat

in , , by Muhammad Naim Abdullah, November 17, 2019

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
16 November 2019 | 19 Rabiulawal 1441

"TAHNIAH TANJUNG PIAI, LUASKAN MUAFAKAT"

1. Gelombang Muafakat Nasional terbukti amat positif diterima oleh rakyat Malaysia yang majmuk atas hasrat inginkan hidup penuh harmoni dan aman damai. Tanjung Piai sekali gus bererti rakyat juga menolak politik ekstrem yang membangkitkan sumbu kebencian dan api sentimen perkauman dibawa PH.

2. Baik pada parti yang bertanding, mahupun penduduk tempatan, PRK P.165 Tanjung Piai telah memberi pengajaran berguna betapa terhadap isi hati kaum Melayu, Cina dan India mahu hidup bersama dan bukannya berpecah. Ianya amaran paling tegas buat PH yang tentunya bakal menempuh ambang bahaya PRU15.

3. Rakyat juga sedang memberi satu mesej jelas menolak pendekatan politik fitnah, haru-biru, menipu dan memungkiri janji, serta politik dendam lagi tidak matang tajaan PH. Pun begitu, ia bukan keselesaan buat BN dan GS yang perlu terus meyakinkan rakyat dengan formula telah digagaskan.

4. Kerjasama dan setiakawan serta memastikan berlakunya satu lawan satu pada PRU15 nanti adalah strategi termudah untuk menempa kejayaan, seterusnya memastikan pembinaan kembali Malaysia yang lebih sejahtera kelak. Martabat rakyat mesti diletakkan sewajarnya dengan kepentingan negara dijamin sebaiknya.

5. Kemenangan diraih ini perlu dijadikan sebagai titik untuk kita melangkah lebih gagah dan terancang tanpa membawa sikap-sikap yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat. Kami berbangga membuktikan kepada PH betapa PAS tidak menggadai prinsip sebagaimana dituduh, tetapi memimpin setiakawan.

6. Tahniah MCA-BN dan juga calon Dato' Seri Dr Wee Jeck Seng serta seluruh petugas Muafakat Nasional atas penyatuan yang telah dizahirkan hingga rempuhan besar PH berjaya dihadapi. Kami menyeru semua pihak untuk berubah dan akur untuk berpolitik dalam ruang lingkup matang dan sejahtera sebagaimana pengajaran diberikan pengundi Tanjung Piai.

"Islam Memimpin Perpaduan"
"Demi Islam"

IR HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

kredit :- Tahniah Tanjung Piai - Luaskan Muafakat

Barisan Nasional Menang PRK Tanjung Piai

in , , by Muhammad Naim Abdullah, November 16, 2019

Keputusan adalah seperti berikut:

BN - 25,466

PH - 10,380

Gerakan - 1,707

Berjasa - 850

Ang Chuan Lock - 380

Faridah Aryani Abd Ghaffar - 32

Terdapat 565 undi rosak dan peratusan keluar mengundi sebanyak 74.5 peratus.

BN menang dengan majoriti besar 15,086 undi.

Mencintai Dunia Tak Akan Kenyang Selamanya

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 16, 2019


Dewasa ini kita sering melihat perwatakan manusia di dalam mencari dunia sehingga mengabaikan akhirat. Sampai akhirat lari mengejar manusia itu. Ini akibatnya manusia itu akan menjadi lalai daripada mengingati Allah dan Rasul iaitu Nabi Muhammad. Oleh itu, jangan kita mengambil dunia sehingga mengabaikan akhirat . Pesanan para ulamak, ambil dunia biar di telapak tangan dan akhirat di junjung di kepala. Jika dunia terlepas, akhirat masih di atas kita sentiasa bawah.

Betapa ulamak sentiasa memberi nasihat dan pedoman kepada orang awam sentiasa waspada dengan dunia. Kerana dunia ini sangat cantik untuk mengaburi padangan kita. Lihat syaitan memainkan peranan yang sangat hebat sehingga menghasut kita terus mencari dunia sehingga kita lupa siapa yang memberi rezeki kepada kita. Bila kita dapat rezeki yang sangat banyak, kita lupa untuk berkongsi kepada orang lain, dengan kata lain iaitu Sedekah. Sedekah ini satu bahagian yang di kongsi dengan orang lain, sama ada nilai yang besar atau nilai yang kecil pada sisi manusia, akan tetapi di sisi Allah adalah nilai paling besar.

Syeikh Zainul Asri berkata :-

Orang yang mencintai dunia itu tidak pernah merasa cukup. Seperti orang yang minum air laut, semakin diminum makin dahaga. Seperti orang yang dibelit ular sawa, semakin cuba melepaskan diri, makin dibelit dan dicengkam erat. | Syeikh Muhd Zainul Asri. "

Oleh itu, berpada-pada dengan dunia kerana ada masa dunia akan mencengkam kita sehingga tiada ruang untiuk bernafas akhirat yang di cari.  Kalam ini harus di pegang dengan kemas supaya kita tidak terjatuh pada lubang yang sama buat kali kedua. Dunia ini tidak pernah mengenyangkan , akan tetapi akan sentiasa memberi perasaan lapar. Ramai manusia akan bertuhankan dunia, akan tetapi ramai menlupakan Allah pemberi rezeki. Justeru, marilah kita muasabah kembali di mana waktu yang sebaik-baik yang memberi nikmat dan kesihatan yang baik ini. Ia tidak melainkan Allah Yang ESA.  Bersujud kerana bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang di beri. Menadah doa sebagai terima kasih kita di atas pemberian rezeki dan nikmat. ALhamduillah mensyukuri apa yang di kurniaan yang Allah beri kan. Nescaya HATI akan menjadi tenang. Hati yang tenang akan memberi satu anjakan paradigma  atau aura positif di dalam diri kita sebagai hamba Allah..





" Jika tidak.. kembali kepada Allah.... Iman Mutiara!

Kapal Selam Malaysia - KD Tunku Abdul Rahman

in , , by Muhammad Naim Abdullah, November 15, 2019


Sebut sahaja KD Tunku Abdul Rahman, semua akan sedia maklum iaitu Kapal Selam Malaysia. Kalau dahulu heboh dan kontroversi dengan pelbagai berita panas dari politikus di Malaysia. Kini ia sudah menyelam ke dasar laut. Kalau dulu mereka yang fitnah sudah menjadi menteri kerajaan sekarang. Boleh jilat balik tak? hehe

Jom layan video ini

https://www.facebook.com/informasitempur/videos/422925908348091/

Metode Mendidik Anak-Anak

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 14, 2019
Kami wasiatkan kepadamu untuk terus menerus menasehati anak-anakmu tanpa putus asa.

Hendaknya menggunakan metode-metode yang bermanfaat untuk mendidik dan mengarahkan mereka, gunakan metode :

1- TARGHIB (memberi motivasi), dan kadang-kadang gunakan metode :
2- TARHIB (memberi ancaman)
3- Tumbuhkan di hatinya cinta kepada Allah dan Rasul-Nya
4- Jauhkan dari teman-teman yang jelek
5- Arahkan untuk berteman dengan orang-orang shalih
6- Peringatkan dari bahaya dan jeleknya masmedia (Game,android, tv, internet, koran, majalah, dll)

Akan tetapi sebelum dan sesudah semua hal di atas,
hendaklah memperbanyak meminta tolong kepada Allah ta'ala dengan do'a agar memperbaiki keadaan mereka dan memberi istiqamah kepada mereka.

Inilah pujian Allah kepada hamba-hamba-Nya yang shalih, Allah Jala wa 'Ala berfirman tentang mereka :

والذين يقولون ربنا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

"Dan orang-orang yang berkata, Rabb kami berikanlah kepada kami pasangan-pasangan kami dan anak-anak keturunan kami yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami imam/panutan bagi orang-orang yang bertaqwa."

Silahkan baca dan amalkan doa dari Al-Qur'an ini, supaya anak-anaknya dijadikan anak yang sholeh dan sholehah.

ربنا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
------------------------------------ ♻Perduli perjuangan dakwah Sayyidina Muhammad SAW (Share)
Untuk membumikan cinta kepada Allah swt dan Rasulnya,,
🖤Mengubah hati yang keras menjadi lembut
💗Yang belum kenal dengan Nabi, Ketika mengenal Tumbuhlah cinta di Qolbunya
💓Yang Benci terhadap Nabi Ketika kenal Jatuh cinta dengan Nabi
Yang Sayang dan Cinta dengan Nabi semoga Di pertemukan...

*Berkah Nabi Shallallahu`alaihi wa sallam*

Seorang Badui bertanya kepada Nabi Shallallahu`alaihi wa sallam
°Duhai Rasul, Kapan kiamat tiba ? °
“ apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapi kiamat ? ” Rasul berbalik bertanya kepadanya.
°Sesungguhnya aku tida memiliki persiaapan apa pun, hanya saja aku mencintai Allah dan RasulNya°
“Kamu akan bersama dengan yang kamu cintai”Jawab beliau Shallallahu`alaihi wa sallam


Assalamaulaikum dan selamat pagi kepada anda semua. ALhamduillah, bersyukur kepada Allah kerna dapat menghirup nikmat kesihatan yang baik dan dapat hidup lagi. Tak lupa, berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Kerna selawat pada baginda akan beroleh ganjaran pahala yang besar di sisi ALlah kelak. 

Di dalam kuliah ini, Ustaz Nazrul Nasir syarah di dalam bab Capal Nabi Muhammad, Cop Mohor , Pedang Rasullullah dan Akhlak Baginda Nabi Muhammad bersama apara Isteri Baginda Nabi Muhammad. Marilah kita mendengar semoga kita akan menambah kecintaan pada Baginda Nabi Muhammad SAW.




Dengan kita pelajari sirah dan Syamail Baginda Nabi Muhammad akan menambah mahabbah kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.

Surga Dan Neraka Lebih Dekat Dari Tali Sandal

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 13, 2019

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
.
الْجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ وَالنَّارُ مِثْلُ ذَلِكَ
.
"Surga itu lebih dekat kepada salah seorang kalian daripada tali sandalnya, dan neraka juga demikian." (HR. Bukhari, no. 6007)
.
Saudaraku, hadits diatas menerangkan bahwa surga dan neraka lebih dekat daripada tali sendal maksudnya adalah ketaatan yang sangat kecil dapat mendekatkan kita kepada surga seperti tersenyum, menyingkirkan krikil kecil yang dijalan dan berbagi hadiah dengan tetangga. Begitu juga maksiat sekecil apapun ia maka dapat mendekatkan kita kepada neraka.
.
Saudaraku, jika ingin masuk surga dan dijauhkan dari neraka maka hendaknya kita bersungguh-sungguh mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dan terkadang perintah-perintah tersebut bukan sesuatu yang besar menurut kita. Tapi kalau itu perintah, maka kita tak boleh meremehkannya, karena ia menjadi bagian dari sarana menuju surga.
.
Semoga bermanfaat, Barakallah fiikum

Pertolongan Allah- Tiada Lagi Yang Mampu Mengalahkannya.

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 13, 2019
Allah berfirman,

إِن یَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡۖ وَإِن یَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِی یَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡیَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal."[Ali 'Imran: 160]

Berkata Ahli Tafsir,
Maksudnya apabila Allah membantu kalian dengan pembelaan dan pertolonganya, ”maka tidak ada orang yang dapat mengalahkanmu, ” walaupun orang yang ada di setiap penjuru berkumpul untuk mengalahkan kalian dengan segala sesuatu yang mereka miliki berupa jumlah pasukan dan perlengkapan, karena tidak ada orang yang dapat mengalahkannya. Allah telah menguasai hamba-hambaNya dan telah mengandalikan hidup mereka, dan tidaklah ada seekor hewan melatapun yang bergerak melainkan atas izin-Nya dan tidak pula diam melainkan dengan izin-Nya.

“jika Allah membiarkanmu tidak memberi pertolongan, ” maksudnya membuat diri kalian bersandar pada diri kalian sendiri, ”maka siapakah gerangan yang dapat menolongmu dalam keadan itu, ” Maka pastilah kalian akan terlantar walaupun seluruh makhluk menolong kalian. Dalam ayat ini terkandung perintah untuk meminta pertolongan dan bergantung hanya kepada Allah, dan berlepas diri dari segala daya upaya dan kekuatan diri. Kerenanya Allah berfirman "dan kepada Allahlah bertawakkal orang-orang yang beriman", didahulukan ma'mulnya sebagai Batasan bahwa hanya kepada Allah saja bertawakkal, tidak kepada selain-Nya. Karena sudah pada tahu bahwa hanya Dialah satu-satunya sang penolong, maka bergantung kepadanya adalah bukti tauhid yang dituju, dan bergantung kepada selain-Nya adalah perbuatan syirik yang tidak mendatangkan manfaat bagi pelakunya bahkan mendatang madhorot baginya.

Ayat ini mengandung perintah untuk bertawakal kepada Allah semata, dan bahwasanya sebesar kadar keimanan seoranb hamba, maka sebesar itulah kadar tawakalnya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَوا عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفِ

“Ketahuilah sesungguhnya jika seluruh umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu, niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”(HR Ahmad dan At-Tirmidzi, 2516 ).

Sehingga yang wajib diupayakan oleh seorang hamba adalah bagaimana mendapatkan pertolongan Allah itu...?

Allah telah memberikan syarat datangnya pertongan-Nya, dalam firmannya,

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."[Muhammad : 7]

Demikian dalam ayat lain Allah menjamin akan mengokohkan hambanya jika dia beriman dan beramal sholih.

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَیَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَیُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِینَهُمُ ٱلَّذِی ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَیُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنࣰاۚ یَعۡبُدُونَنِی لَا یُشۡرِكُونَ بِی شَیۡـࣰٔاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَ ٰ⁠لِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal-amal saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah meiyadikan berkuasa orang-orang sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan (memberikan kemapanan) agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka.” [An-Nur: 55]

Wallahu a'lam

sumber :- https://www.facebook.com/CahayakeindahanTarim/photos/a.263506367759762/551577982285931/?type=3&theater

Nazrey Johani - Iman Mutiara 2019

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 11, 2019


Otai masih lagi berbisa, siapa tak kenal Ustaz Nazrey Johani atau lebih dikenali sebagai Nazrey Raihan. Iman Mutiara sangat sinonim dengan kumpulan Raihan. Kali ini macam cover solo dari Ustaz Nazrey Johani . Ini mengembali kenangan kita di zaman kanak-kanak ia sering menjadi halwa telinga. Jom kita layan video klip serta lirik

VIDEO




LIRIK 

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah

...

--
Semoga ia mengembalikan kenangan yang berharga pada diri kita.

Adab Bagi Penuntut Ilmu

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 11, 2019


Al-Imam Abdul Wahhab As-Sya'rani rahimahullah telah menyebut di dalam kitabnya [[ Irsyadul Tholibin Ila Maratib al-Ulama al-Amilin ]] :

Di antara Adab bagi Penuntut Ilmu adalah :

9) Bersungguh-sungguh untuk beramal dengan hadis-hadis Fadhoil keseluruhannya , walaupun dikatakan bahawa hadis tersebut Dhoif pada Sanadnya.

Sesungguhnya hadis-hadis tersebut tidak keluar daripada Agama hatta Hadis-Hadis yang Maudhu' sekalipun.

Ini kerana , jika tidak kerana cahaya Syariah ( Agama ) yang menunjukkan perkara tersebut , maka orang yang mereka-reka hadis tersebut tidak akan diberi petunjuk untuk mengetahui nama Hukum bagi hadis yang dia reka lebih-lebih lagi dalilnya.

Cuba kamu perhatikan Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam :

(( لا سبق إلا في نصل أو خف أو حافر ))

Maksudnya : [Hadiah bagi] Pertandingan atau perlumbaan yang dianjurkan hanyalah sepatutnya diberikan kepada pertandingan memanah, lumba Kuda atau lumba unta .

Sebahagian orang yang mereka-reka hadis menambahkan perlumbaan keempat iaitu جناح yang bermaksud lumba burung ketika melihat sebahagian Khalifah pada zaman tersebut gemar berlumba burung.

Jika tidak ada riwayat tentang kelebihan sebahagian pertandingan dan perlumbaan maka sudah tentu pereka hadis tersebut tidak akan mampu melafazkan perkataan perkataan yang keempat tersebut.

Jika tidak kerana adanya riwayat tentang kelebihan surah di dalam Al-Quran dan doa-doa maka golongan pereka Hadis tidak akan mampu untuk mencipta hadis baru kerana ianya tidak boleh untuk diqiaskan kelebihannya dengan sesuatu.

@ Saya berkata : Cuba lihat Wahai para penuntut Ilmu yang benar bagaimana cara pandang al-Imam Abdul Wahhab As-Sya'rani rahimahullah tentang hadis-hadis Dhoif termasuk hadis Maudhu' sekalipun.

Beliau berpandangan bahawa kesemuanya itu terdapat padanya pancaran Syariah.

Ini kerana mereka yang mereka cipta hadis tidak akan mampu untuk mengeluarkan perkataan sedemikian melainkan terdapat padanya sandaran daripada Syara'.

Namun yang menjadi celaan kepada mereka adalah kerana mereka menyandarkan ucapan tersebut kepada Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Disebabkan itulah kata beliau kita sering mendengar para ulama Muhaddisin dan Fuqaha' mengatakan :

" Lafaz ini tidak disebutkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam namun maknanya Sahih bertepatan dengan Syariah"

Ini adalah pandangan seorang ulama yang menggabungkan Ilmu Syariah dan Haqiqah.

Berbeza dengan orang Awam sekarang yang tidak melalui disiplin ilmu yang benar, hanya sekadar dengar-dengar dan copy paste. Kemudian mereka menyebut :

" Buat apa ingin beramal dengan yang Dhoif, sedang Hadis Sohih masih berlambak"

Perkataan ini memberi maksud:

1) Hadis Dhoif kesemuanya tidak boleh beramal dengannya. Maka ini sudah bercanggah dengan pandangan Jumhur Muhaddisin yang menyebutkan bahawa hadis Dhoif yang menepati syarat tertentu maka tiada masalah untuk diamalkan.

2) Mereka seolah-olah memahami perkataan Dhoif itu dengan maksud lemah pada Sanad hadis dan Matannya sekaligus. Sedangkan Dhoif itu boleh jadi hanya Dhoif pada Sanadnya tetapi Sohih pada Matannya dan begitulah sebaliknya.

Orang Awam bukan tugasnya untuk menilai hadis. Orang Awam tugasnya adalah menuntut Ilmu dan Adab. Agar keluar daripada Jahil dan Biadap.

Orang yang mengajar orang Awam pula , bukanlah seronok menyuruh orang awam memeriksa hadis sendiri menggunakan perisian Telefon dan Maktabah Syamilah. Namun perlu mendidik mereka Adab sebelum sibuk memeriksa hadis. Hadas kecil dan Hadas besar mereka sendiri pun masih keliru sudah sibuk nak periksa Hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Semoga Allah taala memuliakan para Ulama Ummah keseluruhannya, semisal al-Imam Abdul Wahhab As-Sya'rani rahimahullah . Kesemua ini adalah barakahnya Baginda sallallahu alaihi wasallam. Maka saya akan sebutkan :

جزى الله عنا سيدنا محمدا صلى الله عليه وسلم ما هو أهله ♥️♥️
جزى الله عنا سيدنا محمدا صلى الله عليه وسلم ما هو أهله ⁦♥️⁩⁦♥️⁩
جزى الله عنا سيدنا محمدا صلى الله عليه وسلم ما هو أهله ♥️⁩⁦♥️⁩

kredit- Ustaz Nazrul Nasir

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2795631337116622&set=a.156300901049692&type=3 )

[Qasidah] Nabi Salam Alaika & Qamarun - Adik Comel

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 11, 2019



Comel melihat adik ini mendendangkan qasidah. Qasidah satu medium menyatakan kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita tidak terlupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad. Bayangkan kita berselawat, Nabi terus mengenali kita. Masya Allah.

Oleh itu, jangan kita tinggal berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad. Dengan berselawat kita akan menjadi tenang , segala permasalahan akan di selesai dengan izin Allah. Yang utama tanamkan keyakinan kepada ALLAH.

Qasidah Ku Ingin Menatap Wajah Mu Di Syurga - Ustaz Neezam

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 08, 2019


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Jom dengar Qasidah tanda kasih sayang pada Nabi Muhammad SAW. iNSHA Allah kelak kita semua akan bersama-sama dengan Baginda Nabi Muhammad SAW. Banyakkan berselawat dengan kehadiran MAULID Nabi esok..




LIRIK

Ya Nabi Diri MU Kekasih Allah
pemberi syafaaat di hari kiamat
Ya Rabbi Bangkitkan kami bersama
Kurniakan Syafaatul U'zma

Di padang Mahsyar nanti
Kan dihimpunkan Makhluk Ilahi
Tersangatlah panas, dekatnya matahari
lautan peluh membanjiri

saudar larikan diri
anak kandungmu akan bersembuyi
suami abaikan isteri, teman saling jauhi
Siapakah pembela kami

Di saat para Nabi , menyebut Nafsi-Nafsi
Hanya diri MU , yang terus memanggil Ummati

Ya Nabi Diri MU Kekasih Allah
pemberi syafaaat di hari kiamat
Ya Rabbi Bangkitkan kami bersama
Kurniakan Syafaatul U'zma

Bertemu Nabi Adam
Ibrohim dan Nuh Alaihimussalam
Nabi Musa dan Isa Semua mengelak
Larilah kepada Nabi Muhammad

Tuan tidak menolak
Lama bersujud, bertasbih dan memuji
Hingga Tuhanmu reda, angkatlah kepala
pintamu ditunai segera

Di saat para Nabi , menyebut Nafsi-Nafsi
Hanya diri MU , yang terus memanggil Ummati

Ya Nabi Diri MU Kekasih Allah
pemberi syafaaat di hari kiamat
Ya Rabbi Bangkitkan kami bersama
Kurniakan Syafaatul U'zma

**

Ya Nabi Diri MU Kekasih Allah
pemberi syafaaat di hari kiamat
Ya Rabbi Bangkitkan kami bersama
Kurniakan Syafaatul U'zma

Beratkanlah  timbangan amalan ku
syafaat daripada ridak mu


**

Ya Nabi Diri MU Kekasih Allah
pemberi syafaaat di hari kiamat
Ya Rabbi Bangkitkan kami bersama
Kurniakan Syafaatul U'zma

Minumkanku  dari telapak tangan mu
ku ingin menatap mu di syurga
ku ingin menatap mu di syurga

ku ingin menatap mu di syurga.........
selamatkanlah dari Murka


Allah~ di padang Mahsyar sana..

Medley Selawat- Mohamed Tarek & Mohamed Youssef

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 08, 2019


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Jangan kita lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Dengan selawat ini dapat menambah kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.




Oleh itu, jangan kita lepaskan peluang ini untuk terus berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Selawat Nuril Anwar

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 07, 2019

Jom kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan berselawat akan menambah kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad yang kita cintai selami ini. Insha Allah. Asbab tinggal beberap hari lagi, kita akan menyambut Maulid NABI Muhammad. Oleh itu, jangan kita sia-sia masa dengan perkara tidak manfaat. 

Ajak bersama-sama rakan-rakan , sanak keluarga untuk berselawat bersama-sama.

Diciptakanku Untuk MencintaiMu -Sodeeq

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 07, 2019


Cintaku sebelum saksi,
 jadikan iman meninggi, 
Yaqinku sebelum mimpi, 
Adanya Dikau Nabi, 

Cinta sesudah menyaksi, 
Jadikan rindu meninggi, 
Dahagakan kasih Nabi, 
Bekalku selepas mati, 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي، 
 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، 
ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، 
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام،

Hanya Allah yang Menyaksi,
Nama terpahat di hati, 
Alhamdulillah ku memuji,
Dikurnia namaMu Nabi, 

NamaMu terus menyinar,
Hatiku menggeletar, 
Saat namaMu didengar, 
Air mata terus memancar,


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي، 
 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، 
ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، 
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام،

Malaikat jadilah saksi, 
Ku bercinta dengan Nabi,
Jangan diseksa tubuh ini,
Diciptakan demi Nabi, 

Jangan Ruhku dikasari, 
Ia pernah mimpikan Nabi, 
Buat pertama kali, 
Seperempatnya ku menyaksi, 


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي، 
 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، 
ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، 
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام،


 صَلُّوا عَلىٰ خَيْرِ الْأَنَام، 
المُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَام، 
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا، 
اِشْفَعْ لَنَا يَوْمِ الزِّحَام، 

يَا لَيْتَ شَعْرِي أَنْ أَرَى ، 
ذَاكَ الضَّرِيحُ الأَنْوَارَا ، 
رَوْضًا حَوَى خَيْرُ الْوَرَى ، 
مِنْ قَبْلِ مَوْتِي وَسَلَام ، 

إِذْلَمْ أَرَ رُبْعَ الحَبِيْب ، 
 فَلَيْسَ لِي عَيْشٌ يَطِيْب ، 
وَالدَّمْعُ مِنْ عَيْنِي صَبِيْب ، 
 إِذْ لَمْ أَرَ ذَاكَ الْمَقَام ، 

إِذْلَمْ أَرَ رُبْعَ الحَبِيْب ، 
 فَلَيْسَ لِي عَيْشٌ يَطِيْب  ، 
فَاجْعَلْ لِقَاكَ لِي نَصِيْب ، 
يَا خَاتَمَ الرُّسْلِ الْكِرَام ، 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي، 
 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، 
ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، 
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام،

Jangan belakangku dirotan, 
Ia pernah dapat usapan, 
Dari semulia tapak tangan, 
Milik Nabi akhir zaman, 

Jangan tangan ku diikat,  dengannya ku mengesat, 
Airmata seorang ummat, 
Yang rindukan Nabi Muhammad, 


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي، 
 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، 
ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، 
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام، 

Jangan kakiku di rantai, 
Langkahnya semakin longlai, 
Mendekati, dan pernah sampai, 
RumahNya sambil dilambai, 

Kedua mataku ini, 
Menangis rindukan Nabi, 
Ia pernah melihat Nabi, 
Berdiri di MasjidNabawi, 


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي، 
 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، 
ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، 
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام،

 صَلُّوا عَلىٰ خَيْرِ الْأَنَام، 
المُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَام، 
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا، 
اِشْفَعْ لَنَا يَوْمِ الزِّحَام،    3x 


HANYA ALLAH, MAHA MENYAKSI, 
NAMAMU YANG , BERADA DI HATI, 
KAN KU BAWA, WALAU SELEPAS MATI, 
MOGA BERTEMU MU NABI~~
MUHAMMAD...
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS