Hukum Menyambut Tahun Baru Masihi - Ustadz Abdul Somad

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 31, 2019


Jom kita semua bersama-sama dengar apa kata Ustaz Abdul Somad berkisar dengan sambutan tahun baharu. Semoga kita menjaga akhlak dan tataterbit sesama tetanga kita. Jangan kita meniru seperti yahudi dan nasroni kerana ia membinasakan kehidupan kita akan mendapat mudharat kepada kita semua.

Sebaik-baiknya kita panjatkan doa kepada Allah supaya di pelihara daripada segala musibah dan bala ke atas negara kita Malaysia. Acap kali di Malaysia walhal bertukar pemerintahan acara sebegini  terus berjalan seperti ini. Akan tetapi, ada acara keagamaan yang sudah di terap di bawah kerajaan negeri seperti Terengganu di bawah Parti Islam Semalaysia akan menganjurkan satu acara Talk-Show bersama -sama terkenal di Malaysia. Jika ada live malam ini, Insha Allah Naim share di dalam entri seterusnya.

Gadget Perosak Anak-Anak - Ustaz Jafri Abu Bakar

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 31, 2019




Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua, Naim harap semua baik-baik belaka. Semoga anda semua berada keadaan baik yang sentiasa di bawah jagaan Allah. Merujuk artikel yang baru-baru Naim update Aplikasi dan Smartphone Memusnahkan Kehidupan Kanak-Kanak.  Di dalam video kali ini Ustaz Jafri sudah memberi satu fakta kepada kita semua akan bahana Gadget ini kepada kanak-kanak pada usia yang sangat muda.



Ya, peranan ibu bapa jua tidak kurang PENTING di dalam pembesaran anak-anak kita. Semoga Allah menjaga kita semua.

Aplikasi dan SmartPhone Memusnahkan Kehidupan Kanak-Kanak

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 29, 2019


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua, Naim harap semua berada keadaan baik-baik belaka dan kesihatan yang baik kan. Sekarang musim cuti persekolahan akan berakhir tidak lama lagi. Sekarang para ibu bapa sibuk membeli persiapan untuk sesi persekolahan pada tahun 2020. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda semua . Sebenarnya hendak menulis entri kali ini memikirkan kena satu entri yang 'agar panjang' daripada kebiasaan Naim menulis di dalam ruang entri blog ini. Kerana kita akan melangkah pada tahun 2020 satu tahun yang dahulu Naim di bangku sekolah sentiasa mendengar dengan Wawasan 2020. Pada waktu itu, berfikir pada tahun 2020 macam-macam yang baharu akan kita kecapi seperti Kereta Terbang kan? hehe.


Berbalik kepada tajuk entri kali ini yang Naim ingin nukilan ini , setelah terpandang satu iklan pemilik syarikat siaran berbayar di tanah air Malaysia. Begini ceritanya, sebenarnya mereka memberitahu satu kaedah yang baru untuk layari perkhidmatan mereka bukan sekadar picit remote control dan sandar di kerusi di rumah anda. Akan tetapi ia boleh stream melalui perkakasan eletronik sekarang seperti smartphone, ipad hatta laptop melalui aplikasi .

Pada iklan tersebut memaparkan beberapa orang kanak-kanak di dalam linkungan umur  dari 8 tahun hingga 12 tahun . Jelas kanak-kanak dalam iklan tersebut memberitahu cara mengguna aplikasi tersebut dari step by step. Ini adalah racun membunuh secara senyap perkembangan kanak-kanak di usia yang muda. Nak jadi seperti ini?





Secara peribadi ia akan  membunuh kehidupan anak-anak tersebut dan membuat diri mereka terasing di dunia realiti kerana angkara satu smartphone sahaja. Jiwa mereka seperti ketagih kepada smartphone sahaja. Ini membuat mereka akan cepat marah jika tidak di beri smartphone oleh ibu bapa mereka. Kepada syarikat siaran berbayar itu kena lebih peka dan kesan kepada kanak-kanak. Jangan berfikir kepada keuntungan sahaja ini melibat kepada kesan jangka panjang pembesaran kanak-kanak tersebut. Kekadang pada usia yang muda sudah berkaca mata dengan power yang sangat tinggi. Bila soal selidik , sudah terdedah kepada gadget pada usia yang muda.

Berbeza di zaman kanak-kanak  yang lahir pada 90-an seperti Naim ini. Jika usia seperti ini tambah pula musim persekolahan macam-macam aktiviti yang boleh di lakukan. Bermula pada pagi akan pergi bermain aci ligan, aci sembunyi ,galah panjang dan melihat rakan-rakan ngail di longkang, lihat mesin padi  ambil padi (biasalah rumah dekat sawah padi). Manakala di  sebelah petang pula macam pagi tadi juga kekadang main bola sepak. Acara tersebut bersambung pada hari keesokannya sehingga masuk sesi persekolahan jua.

Oleh itu, Iklan sebegini banyak memberi kesan negatif sangat jelas. bersama-sama kita bantah dan lawan kepada kesedaran moral di kalangan anak-anak kita bahayanya gadget pada usia muda.

Kmy Kmo & Luca Sickta ft M.Nasir - Zuhud

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 27, 2019


LIRIK

Intro : ( Kmy Kmo ),

Saat serunai menjerit suatu hari nanti,
segala yang dilangit dan segala yang dibumi,
yang hidup,
yang mati,
yang menyamun,
yang bijak,
semuanya kan dibangunkan dipadang tuk berarak.

Chorus : ( Dato M.Nasir )

Baik dan cekal bagus,
ikut penunjuk arah,
kolang kaling bertungkus lurus mengikut arah,
bengkak bengkil dihati surut dimakan hari,
lumrah lalang buana rempuh tembok langkah kiri,

Chorus : ( Kmy Kmo & Luca Sickta ),

Jadi baik cekal bagus,
terus "Zuhud" ke bawah,
elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah,
jadi baik kekal rakus,
terus menanam ubi,
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi,


Verse 1 ( Rap Kmy Kmo ),

Orang dagang dah berlabuh sauh,
sedia siaga dibumi Tuhan,
tenang ku terbang walaupun jauh,
bawa pikulan tugas suruhan,
nafsu digendang diri ku jatuh,
mungkin kah kerna ku "Budak Hutan",
emosi senang berang dan patuh telunjuk "Lakhus" pun diturutkan,
yang diturunkan engkau lupuskan "Sahabat Kudus" tak dikhususkan,
kau pupuskan,
kau putuskan,
yang ditumpukan bukan keperluan,
kekal tumpuan buang kemahuan,
tujuan hidup bagaikan ramuan,
dituang iman jadikan acuan dalam perjalanan bersama panduan,
eh,
bukan hanya cukup "5",
bukan sekadar cukup "6",
mahu rasakan delima di syurga iman jangan benam,
kerap 5, 6, kali,
sehari kita diganggu,
teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu,
jadi baik ( baik ),
zuhud ( zuhud ),
kebawah tanam budi bunuh semua ego yang memagar hati budi mu,
baik ( baik ),
sujud ( sujud ),
walau harta ratus beribu,
berjuta kesan robak rabik hilang kerna budimu,


Chorus : ( Dato M.Nasir )

Baik dan cekal bagus,
ikut penunjuk arah,
kolang kaling bertungkus lurus mengikut arah,
bengkak bengkil dihati surut dimakan hari,
lumrah lalang buana rempuh tembok langkah kiri,


Chorus : ( Kmy Kmo & Luca Sickta ),

Jadi baik cekal bagus,
terus "Zuhud" ke bawah,
elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah,
jadi baik kekal rakus,
terus menanam ubi,
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi,

Verse 2 ( Rap Luca Sickta ),

Andam karam waktu dalam salam,
Awan gelap karung kunci dada,
Ragam malam kenal suara tidak, 
Dijatuhnya hukum hamba tanpa sua,
Rata-rata jadi patah siku kerna risau hunus pisau bocor saku,
Mata-Mata jadi lali bisu tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku,
Kemudi hasrat biar sampai dapat,
Berbudi niat gapai yang tersirat,
Yang bersekutu mula menggerutu bila timbang mutu, masih rujuk buku,
Jadi baik, cekal bagus,
Dari riak, bebal terus,
Jadi bijak kerna ilmu dari menyalak nafsu cemburu,
Jadi baik.. 

Bridge ( Dato' M.Nasir ),

Larikan nyawa dari,
lancar mulut celupar,
lara wirang sendiri,
lepas mulut celupar,
ringan menanam budi,
hasilnya usah takut,
dari Maha Pemberi,
pasti nasi di lutut,


Chorus : ( Kmy Kmo & Luca Sickta ),

Jadi baik cekal bagus,
terus "Zuhud" ke bawah,
elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah,
jadi baik kekal rakus,
terus menanam ubi,
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi,

outro :

Jadi baik,
cekal,
bagus,
terus jadi baik,
kekal,
rakus,
terus jadi baik,
"Zuhud" kebawah tanam ubi,
jadi baik,
berbudi,
kan untung bukan rugi,
Jadi ?

VIDEO

Tanda Kiamat ZAMAN INI | Ustaz Wadi Annuar

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 25, 2019


Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua. Bagaimana hari-hari cuti anda dan bagaimana persiapan anda untuk anak-anak untuk persekolahan untuk sesi 2020. Jangan lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad semoga di kelak kita semua di himpunkan bersama-sama Nabi Muhammad. 

Pada malam ini jom kita dengar kuliah Ustaz Wadi Annuar berkisar tanda Kiamat pada zaman ini.



Video kredit :- Abu Khatijah Studio



SEKTOR PENDIDIKAN: DARI TASTI, PASTI, SRITI, SMITI, KOLEJ UNIVERSITI DAN MENUJU UNIVERSITI

Oleh: Muhtar Suhaili As-Sarawaki

Alhamdulillah. Hari ini 23 Disember 2019 genaplah 6 bulan saya ditaklifkan memegang amanah sebagai Ketua Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). 6 bulan yang penuh makna untuk merangka strategi, belajar memahami aspirasi, mendengar pandangan pakar dan berkolaborasi dengan sahabat-sahabat berpengalaman dalam bidang pendidikan.

Saya telah dilantik ke jawatan ini pada 23 Jun 2019 pasca Muktamar DPPM Kali Ke-60 2019 setelah sebelumnya 4 tahun diamanahkan sebagai Bendahari DPPM. Antara Jabatan di bawah Sektor Pendidikan termasuklah Jabatan PASTI Malaysia, Jabatan SRITI Malaysia dan Jabatan SMITI Malaysia. Jabatan PASTI memulakan operasi pada tahun 1984, Jabatan SRITI ditubuhkan pada tahun 2015 manakala Jabatan SMITI pula mula merangka pelan pelaksanaan pada tahun 2018.



PENDIDIKAN DARI TASTI KE UNIVERSITI

Tahukah anda? Pada tahun 2020 in shaa Allah akan ada 2,529 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) denga 150 PASTI baharu, 170 cawangan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) termasuk 21 SRITI baharu dan 20 SRITI petang dan 6 buah Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) yang merupakan SMITI rintis iaitu buat julung-julung kalinya mula beroperasi tahun hadapan!

Lebih menarik, bermula tahun 2017 Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) pula telah memulakan langkah dengan melancarkan penubuhan Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) iaitu nursery bagi kanak-kanak 3 tahun dan ke bawah. TASTI adalah sistem pendidikan sebelum PASTI iaitu Tadika Islam bagi kanak-kanak berusia 4-6 tahun. Kini terdapat 30 buah TASTI di seluruh negara.

Seterusnya terdapat juga Institusi Pengajian Tinggi PAS (IPTIP) antaranya Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Kuala Lumpur di bawah kelolaan Dewan Ulama’ PAS Pusat (DUPP), Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) di Terengganu di bawah kelolaan PAS Terengganu dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) di Kedah di bawah kelolaan PAS Kedah.

Mudah-mudahan selepas ini akan berjaya pula diusahakan Universiti bagi meneruskan kesinambungan sistem pendidikan ini dari TASTI sehingga Universiti! Semoga impian murni ini akan suatu hari nanti terlaksana. Allahumma Aamiin.

https://www.facebook.com/100009760117468/posts/1069196253415702/?d=n



PASUKAN SEKTOR PENDIDIKAN DPPM

Setelah dilantik, antara perkara utama ialah untuk mencadangkan kepada pimpinan tertinggi DPPM Ketua-ketua Pengarah kepada Jabatan PASTI, SRITI dan SMITI. Alhamdulillah, pada 4 Julai 2019 telah diumumkan pasukan yang berpengalaman dan kompeten untuk membantu saya melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan seperti berikut:

Jabatan PASTI Malaysia
Ketua Pengarah: Ustaz Syarhan Humaizi Halim.
Ustaz Syarhan merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor dan juga mantan Pengarah Jabatan PASTI Negeri Selangor. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPM. Beliau juga kini Ketua Penerangan PAS Selangor.

Ahli Jawatankuasa Harian dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PASTI berjaya dibentuk pada 15 Julai 2019: Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/100009760117468/posts/941149012887094/?d=n.

Jabatan SRITI Malaysia
Ketua Pengarah: YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Timbalan Ketua Pengarah: Ustaz Wan Abu Bakar Wan Mahussin (berstatus Exco DPPM).
YB Ustaz Azam merupakan ADUN Sungai Limau, Kedah dan juga mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah. Sebelum ini beliau diamanahkan sebagai Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Beliau juga kini Ketua Penerangan PAS Kedah.

Ahli Jawatankuasa Harian dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) SRITI berjaya dibentuk pada 26 Julai 2019: Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/100009760117468/posts/948346222167373/?d=n.

Jabatan SMITI Malaysia
Ketua Pengarah: Cikgu Hassan Aladi Ahmad.
Cikgu Hassan merupakan seorang Guru yang berdedikasi dan merupakan Otai Pendidikan dalam Pemuda sehingga usia melangkaui Pemuda. Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pengarah PASTI Malaysia dan mantan Timbalan Ketua Pengarah SRITI Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Harian dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) SMITI berjaya dibentuk pada 26 Julai 2019: Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/100009760117468/posts/945193735815955/?d=n.

Oleh kerana saya bukan dari latarbelakang bidang pendidikan dan dilantik atas asas untuk menggunakan pengalaman pengurusan yang ada, saya mengambil inisiatif membentuk Lembaga Penasihat daripada kalangan mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang pendidikan. Lembaga yang mempunyai 11 anggota ini saya namakan Majlis Perunding Dasar Sektor Pendidikan (MPDSP) yang dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Hakim.

Sementara itu, sahabat saya Dr. Mohd Khamizi Aziz pula telah dilantik sebagai Setiausaha Sektor Pendidikan DPPM. Carta Organisasi Sektor Pendidikan boleh didapati di sini: https://www.facebook.com/100009760117468/posts/948419705493358/?d=n.

PERANCANGAN STRATEGIK & MUST WINS

Setelah dilantik, Sektor Pendidikan telah merencana dan seterusnya membentangkan Perancangan Strategik ketika Permukiman DPPM termasuk Skop Kerja, Halatuju dan Must Wins.

Berikut merupakan Skop Sektor Pendidikan:

✓ Melaksanakan agenda pemerkasaan generasi muda melalui Pendidikan
✓ Meluaskan capaian pendidikan Islam kepada rakyat
✓ Memastikan kualiti pendidikan Islam pada tahap yang tinggi
✓ Menjalankan penyelidikan berkaitan pendidikan.

Berikut pula merupakan Halatuju Sektor Pendidikan:

✓ Melahirkan insan soleh pintar (aspek pelajar)
✓ Melahirkan muallim dan murabbi yang mampu menjadi contoh daie dan penggerak jamaah Islam (aspek guru)
✓ Menjadikan pendidikan Islam sebagai pilihan utama (aspek kurikulum)
✓ Menyebarluaskan dakwah kepada ibubapa pelajar (aspek ibubapa).

Selain itu terdapat juga Must Wins yang telah diberikan kepada setiap Jabatan PASTI, SRITI & SMITI. Must Wins ini adalah senarai KPI untuk dicapai bagi melaksanakan Harapan Ketua Pemuda Ir. Khairil Nizam Khirudin, Roadmap DPPM 2019-2021 dan juga beberapa cadangan serta syor yang dibahaskan oleh Perwakilan dalam Muktamar yang lepas.

In shaa Allah DPPM juga dalam usaha untuk mewujudkan beberapa agensi tambahan antaranya Institut Latihan Pendidikan Bersepadu, Institut Penyelidikan & Kualiti Pendidikan dan Yayasan Pendidikan bagi memperkasakan lagi Sektor Pendidikan.

Pelbagai inisiatif menarik untuk lebih berdaya maju turut telah, sedang dan akan diusahakan oleh agensi-agensi di bawah Sektor Pendidikan DPPM. Doakan semoga usaha pendidikan DPPM ini berjalan dengan yang terbaik demi jamaah, negara dan ummah.

Jabatan PASTI Malaysia:

1. Sistem Perkembangan Prestasi Murid (SPPM) & Jadual Mumtaz bermula sesi persekolahan 2020 - Membina dan menilai perkembangan murid secara lebih menyeluruh dan mengurangkan kebergantungan kepada kaedah peperiksaan. Asasnya kita tidak ingin terlalu exam-oriented dengan kini penekanan dibertikan kepada elemen 5C: Celik Al-Quran, Celik Membaca, Celik Minda, Celik Cerdas dan Celik Sahsiah.
2. Manual Pengurusan PASTI - Dikemaskini bagi memastikan terus relevan dan mengambil kira perkembangan semasa.
3. Skim Kebajikan PASTI Malaysia - Ditambahbaik bagi memastikan kebajikan Guru, Murobitun, Pentadbir dan Waris Murid lebih diambil perhatian.
4. Pelajaran dan Pembelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil di beberapa PASTI rintis - Pengenalan asas sebagai nilai tambah kepada Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang sudah sedia diajar di PASTI.

Jabatan SRITI Malaysia:

1. Silibus Kaafah - Dalam proses dimuktamadkan untuk Tahap yang seterusnya. Tahap 1 (Tahun 1-3) telah siap sepenuhnya, Tahap 2 (bermula Tahun 4) sedang dimuktamadkan secara berfasa.
2. Manual Pengurusan SRITI - Diwujudkan bagi memastikan pengurusan SRITI dapat dilaksanakan dengan yang terbaik.
3. Perbekalan SRITI - Isu perbekalan SRITI yang banyak ditimbulkan semasa Muktamar berjaya diselesaikan melalui Sistem Tender Terbuka Terhad.
4. Kadet AMAL - Usahasama dengan Jabatan Amal Malaysia sebagai Unit Beruniform di sekolah.

Jabatan SMITI Malaysia:

1. Pelancaran dan Perasmian SMITI sebagai printis kepada penubuhan SMITI di seluruh negara. In shaa Allah 6 SMITI rintis akan beroperasi pada sesi persekolahan 2020 iaitu 2 buah di Kedah Darul Aman (SMITI Darul Izzah di Yan dan SMITI At-Taqwa di Gurun), 3 buah di Perak Darul Ridzuan (SMITI At-Taalim di Seri Iskandar, SMITI Al-Muallim di Tanjung Malim dan SMITI At-Taufiq di Gerik) dan sebuah di Sabah (SMITI Al-Hafidz di Kota Kinabalu).
2. Kurikulum Khas/ Subjek Khas (Fikrah, Haraki, Siasah) - In shaa Allah akan diterapkan dalam silibus SMITI bagi memastikan kesyumulan Islam difahami oleh para pelajar.

BANTU DAN DOAKAN KAMI!

Buat sahabat-sahabat Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semua.. Sesungguhnya Pendidikan Iman merupakan matapelajaran ‘wajib’ dalam dunia pendidikan setiap Harakah Islamiyah!

Doakan semoga saya dan seluruh pimpinan istiqamah melaksanakan amanah yang dipikulkan. Bantulah kami dalam usaha mengangkat syariat Islam dan meninggikan martabat Ummah. Semoga Allah redha dan permudahkan urusan perjuangan. Allahumma Aamiin.

Saya mengingatkan diri saya dan berpesan kepada kalian sebagaimana ucapan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. ketika diangkat menjadi pemimpin. Rabbi yassir wa la tu'assir Ya Kariim.

Saidina Abu Bakr As-Siddiq, Khalifah selepas Rasulullah SAW adalah insan yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut. Namun beginilah ucapan pertamanya:

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), in shaa Allah.

Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku.” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

MISI, DASAR, SERUAN DAN TUJUAN
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

💚 Dasar PAS ialah ISLAM.

💚 Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR!

💚 TUJUAN PAS ialah:

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

2. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

💚 USAHA-USAHA PAS:

1. Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qur'an.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

💚 HUKUM DAN KEKUASAAN:

Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata.

(Petikan dari Fasal 3, 4, 5, 6 &7 Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)).

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan! 👍💚

#DemiIslam
#LebaiEngineer
#IslamMemimpinPerpaduan
#TarbiyahDakwahSiayah
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Saudaramu Dalam Islam;
Muhtar Bin Suhaili As-Sarawaki,
23 Disember 2019 | 26 Rabi’ul Akhir 1441H.

post asal di sini :-
https://www.facebook.com/DPPMalaysia/posts/3235368813146965?

Keutamaan Memberi Nama Anak dengan Nama MUHAMMAD

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 22, 2019

Dalam Islam, memberi nama yang baik pada anak termasuk perkara yang sangat dianjurkan. Di antara nama-nama yang baik untuk dijadikan nama anak adalah nama-nama para nabi dan rasul, terutama nama Nabi Muhammad Saw. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam Muslim, Nabi Saw bersabda;

تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ

Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembagi) yang membagi di antara kalian.

Selain itu, menurut para ulama, terdapat beberapa keutamaan khusus menamai anak dengan nama Muhammad. Setidaknya, terdapat tiga keutamaan menamai anak dengan nama Muhammad.

Pertama, mendapatkan rezeki yang baik. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Mughnil Muhtaj, bahwa Imam Malik pernah berkata;

سَمِعْت أَهْلَ الْمَدِينَةِ يَقُولُونَ مَا مِنْ أَهْلِ بَيْتٍ فِيهِمْ اسْمُ مُحَمَّدٍ إلَّا رُزِقُوا رِزْقَ خَيْرٍ

Aku mendengar penduduk madinah mengatakan bahwa jika dalam satu rumah ada orang yang bernama Muhammad, maka mereka semua akan diberi rizki yang baik.

Kedua, mendapat panggilan masuk surga karena kemuliaan nama Muhammad. Ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-Khashais, dari Ibnu Abbas, dia berkata;

أَنَّهُ إذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ أَلَا لِيَقُمْ مَنْ اسْمُهُ مُحَمَّدٌ فَلْيَدْخُلْ الْجَنَّةَ كَرَامَةً لِنَبِيِّهِ مُحَمَّدٍ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Nanti pada hari kiamat akan ada yang mengumumkan; ‘Hendaknya bangunlah yang bernama Muhammad dan masuklah ke surga karena telah memuliakan Nabinya, Muhammad Saw.

Ketiga, orang tua bersama anaknya yang diberi nama Muhammad akan dipermudah masuk surga. Ini sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyil dalam kitab Al-Manarul Hanif berikut;

من ولد له مولود فسماه محمداً تبرّكّا به كان هو ومولودُهُ في الجنة

Barangsiapa yang mempunyai anak kemudian diberi nama ‘Muhammad’ dalam rangka mencari keberkahan, maka dia dan anaknya akan berada di surga.

Setelah memberi nama anakmu dengan nama MUHAMMAD maka jangan lupa ajarkan dia bagaimana akhlak mulia sayyidina Muhammad Shalallahu 'alaihi wa sallam dan mencintainya.

Wallahu A'laam


sumber asal :-
https://www.facebook.com/CahayakeindahanTarim/photos/a.263506367759762/583205519123177/?type=3&theater

Kosongkan Hati Dari Masalah Duniawi

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 22, 2019


" Kosongkan hati kita dari segalanya dan rasakan kekerdilan diri, nanti terpenuh hati kita dengan kebesaran Allah"


Benar apa kata muraabi Syeikh Zainul Asri, setiap apa fikirkan kepada Allah dan Rasul, hati kita akan menjadi sebaik-baik tenang. Tenang satu perkara yang dapat memberi satu anjakan paradigma yang baik atau di dalam bahasa lain aura positif yang kepada diri kita sendiri. Sebabnya bukan semua manusia akan kecapi nikmat tenang ini.

Dari orang atasan sehingga kepada orang di bawahan bukan semua akan nikmati ketenangan ini. Sebabnya ketenangan bukan boleh di temui di mana-mana tempat dan keberadaan kita. Akan tetapi, ia akan dapat kepada kita sehinggan di dalam benak fikiran sentiasa mengingati sangat kepada Allah dan Nabi Muhammad.



"cinta kepada mu... sebenarnya, diri ini rindu kepada mu,.... "

Segmen Bloglist Dan Banner Header

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 22, 2019


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Agar lama tidak menulis pada sebelah pagi sebegini dan agar lama tak join segmen.. Jom kita support segmen bro Safirulamar, semoga ia dapat menambah ikatan ukhwwah sesama rakan blogger di dalam maya ini. Jangan kita lupa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad. Semoga dengan berselawat jiwa dan perasaan kita akan menjadi setenang-tenang fikiran . Insha Allah. Semoga di akhirat kelak kita semua akan bertemu dengan Baginda Nabi Muhammad jua.

Berbalik kepada segmen dari Bro Safirulamar ada syarat yang simple iaitu follow istagram beliau iaitu :-

1) http://instagram.com/safirulamar_

- Naim dah follow  guna ig naim iaitu @naimttbc.. hehe

Tarikh tutup peryertaan ialah pada 31 Disember 2019 Dan tarikh di umum pemenang ialah  5 Januari 2020. Semoga anda semua dapat meyertai segera.

FATAMORGANA DUNIA

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 19, 2019

Terlihat memukau....
Namun penuh dengan tipuan...

Terlihat bahagia....
Namun penuh tangisan....

Terlihat tertawa penuh canda....
Namun selalu berisikan pekikan....

Terlihat kaya....
Namun penuh kekurangan....

Terlihat sukses berlimpah penghargaan....
Namun selalu dilanda galau dan kehampaan....

Terlihat tinggi.....
Ternyata distir dan dikuasai....

Terlihat dihormati......
Ternyata hanya digrogoti......

Terlihat hebat.......
Ternyata hanya sandiwara sesaat.....

Itulah Dunia dengan Fatamorgana nya...
Yang selalu menyeret manusia kedalam jurang kesengsaraan tiada tara....

Berhati hatilah saudaraku...
Cobalah untuk memahaminya...... mengerti akan hakikatnya.....
Pelajarii dia.....

Agar engkau tidak menjadi korban berikutnya atau korbannya untuk selama lama nya

post asal :-
https://www.facebook.com/CahayakeindahanTarim/photos/a.263506367759762/582033832573679/?type=3&theater

Nazrey Johani ft Dwi Dina - Sesungguhnya 2020

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 18, 2019


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Agar lama Naim tak menulis entri kali ini. Kerana terlalu sibuk kekangan masa dan ketika bersama-sama keluarga tercinta. Terus kepada entri..

LIRIK

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti

Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya

Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan

Sesungguhnya walau kusiram…

Palestin Tercinta- Shoutul Harokah

in , , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 09, 2019

LIRIK

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa
A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu

VIDEO

Burung Undan Menyerang Petani Zionis

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 09, 2019
sumber Harian Metro

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Bagaimana anda pada hari ini, Naim harap semua baik-baik belaka. Alhamduillah di musim cuti persekolahan ini ada banyak jemputan kenduri kahwin. Rancanglah perjalanan anda semoga selamat semasa pergi dan balik. Insha Allah. Jangan lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad, semoga kita kelak mendapat syafaat daripada Baginda.

Sebut sahaja Zionis siapa tidak kenali mereka. Mereka sangat kejam membantai rakyat Palestin. Tidak padan mereka hanya sebagai pendatang ke bumi suci Palestin yang tercinta. Keratan berita dari Harian Metro ;-

Beit Alfa, Israel:Ketika nelayan Palestin sukar menangkap ikan kerana pelbagai sekatan oleh rejim Zionis, puluhan ribu burung undan yang berhijrah dari Balkan ke Afrika menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada penternak ikan Israel.
Burung terbabit yang melarikan diri dari musim sejuk singgah di negara itu dan memakan ikan diternak menyebabkan penternak Israel membelanjakan ratusan ribu ringgit dalam usaha menghalang.
Penternak menggunakan pelbagai cara, termasuk pembesar suara, pancaran laser malah menembak menggunakan peluru kapur namun gagal.
Dianggarkan 50,000 burung itu singgah di Israel ketika musim sejuk sebelum kembali Eropah.
Menurut pengurus besar sebuah pusat ternakan, Eli Sharir, sebelum sampai ke Israel, burung terbabit tiada tempat untuk singgah dan kerugian dialami amat besar.
“Kita bercakap mengenai jutaan shekel (ringgit) setahun,” katanya.
Sejak beberapa tahun lalu, penternak terpaksa memberi makanan percuma kepada burung terbabit bagi mengelak ia menceroboh kolam ternakan.
Mereka terpaksa membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi melepaskan ikan hidup di satu kolam takungan air di utara Israel untuk melepaskan ikan hidup sebagai makanan burung terbabit.

Benarlah firman Allah dalam Surah An-Nasr ayat 1 :-


Di saat mereka membantai rakyat-rakyat Palestin. Mereka terlupa DOA Orang Mukmin sentiasa di pohon kepada Allah. Akhirnya bantuan Allah tiba dalam makhluk yang sangat kecil iaitu BURUNG sahaja. Bergembiralah wahai-wahai orang mukmin, bantuan Allah semakin hampir tiba. Jangan ragu dengan Allah, sentiasa berdoa kelak Palestin akan kembali di dalam genggaman orang Islam.




sumber berita :-

https://www.hmetro.com.my/global/2019/12/524885/burung-undan-punca-petani-israel-rugi-besar?

Boleh Ke Sujud Syukur Semasa Bermain Bola?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 07, 2019


Assalamaulaikum dan selamat petang semua. Apa khabar anda semua? Naim harap semua baik-baik belaka di musim cuti persekolahan ini. Jangan lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad. Semoga kita beroleh manfaat kepada Baginda Nabi Muhammad di akhirat kelak.


Jom kita dengar apa kata Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid Berkisar Boleh ke Sujud Syukur Semasa Bermain Bola?



Pesanan Habib seboleh-bolehnya DIELAKKAN supaya perbuatan ibadah BERSUJUD.

Kredit video Cocombee

Presiden Pas Bersama Delegasi Pas Hadir Perhimpunan Agung UMNO

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 07, 2019


Saya bersama delegasi PAS menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hari ini, dalam suasana penuh ukhuwwah dan mahabbah.

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan kepimpinannya atas jemputan kepada kami.

Tema 'Muafakat Nasional Pemacu Politik Malaysia' adalah amat bertepatan ke arah memperkukuhkan kerjasama dan muafakat bagi menerajui perpaduan negara.

- Presiden PAS -




Suasana ini akan memberi impak kepada kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan. Yang saban hari tidak peka dengan memberi kesusahan kepada rakyat. Banyak isu-isu timbul akhir-akhir ini fiesta Tatoo , Komunis , LTTE hatta bendera terbalik . Ini memberi  satu ancaman yang besar di dalam masyarakat harmoni yang ada negara Malaysia tercinta.  Jesteru, Muafakat Nasional melangkah ke hadapan demi menyelamat huru-hara daripada berlaku. 




Semoga ukhwwah yang sedang berjalan ini berakhir hingga akhir hayat. Kepada UMNO berkawan dengan PAS bukan sekadar gimik politik sahaja. Akan tetapi demi Islam dan negara tercinta...





Jangan Sombong

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 06, 2019

قال الحبيب علوي بن شهاب

Alhabib Alwi bin Syahab berkata :

لا احد يغتر بمكانه يقول انا في تريم
شوفوا ادم كان في الجنه بس عصى الله ونزل للارض

Jangan ada di antara kalian ada yang tertipu dengan merasa sombong mengatakan aku ada di kota Tarim..
Cuba kalian lihat Nabi Adam dulu ada di Syurga akan tetapi bermaksiat sehingga Allah turunkan ke bumi..

ولا احد يغتر بعلم
شوفوا بلعم بن باعورا كان عالم بس مانفعه علمه

Jangan kalian merasa sombong dengan ilmu..
Cuba kalihan lihat Bal'am bin Ba'uroh dahulu orang yang sangat alim akan tetapi tidak memberikan manfaat ilmunya..

ولا احد يغتر بنسب
شوفوا ابن نوح هلك مع انه ابن نبي

Jangan kalian merasa sombong dengan garis keturunan..
Cuba kalian lihat putera Nabi Nuh celaka sedangkan ia adalah anak seorang Nabi..

ولا برويته للصالحين
فابو جهل وابو لهب راو النبي صل الله عليه وسلم ولا نفعهم ذالك

Jangan juga engkau sombong kerana pernah melihat orang sholeh..
Kerana Abu Jahal dan Abu Lahab mereka melihat Nabi ﷺ akan tetapi tidak memberikan manfaat bagi mereka..

ولا احد يغتر بكثره عبادته
شوفوا ابليس ماترك شبر في الارض الا سجد عليها ومانفغه ذالك

Jangan sekali-kali kalian tertipu dengan banyaknya ibadah..
Kerana iblis tidak pernah melewatkan sejengkal dari bumi kecuali pernah ia gunakan untuk bersujud, akan tetapi tidak memberikan manfaat atasnya..

يالله بالتوفيق حتى نفيق ونلحق الفريق

Mudah mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita di golongkan dengan orang-orang sholeh..
.

Berkat Hidup- Sejauh Mana Kita Amalkan Sunnah & Gaya Hidup Rasullullah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 06, 2019


" Berkat kehidupan kita ialah pada sejauh mana kita mengamalkan sunnah dan gaya hidup Rasulullah dalam kehidupan kita



Dalam menyusuri kehidupan seharian kita, terfikir tak kita sebagai manusia yang sentiasa taat kepada perintahnya. Berapa sunnah Nabi Muhammad yang kita lakukan selama sehari. Ramai yang mengambil ringan , soal ini kerana tidak beroleh ganjaran di depan mata. Jika ada ganjaran di depan mata mesti akan beratur panjang mengamalkan sunnah Baginda Nabi Muhammad. Sunnah Nabi Muhammad boleh di amalkan seperti seorang lelaki sebagai contoh menyimpan janggut.Menyimpan janggut adalah sunnah paling kecil yang boleh di amalkan dan niatkan menuruti sunnah Nabi Muhammad, Insha Allah akan beroleh ganjaran pahala.

Banyak lagi sunnah-sunnah Nabi Muhammad , boleh kita teladani semasa di usia kanak-kanak lagi sehingga dewasa kelak. Akan tetapi, generasi yang membesar sekarang lebih terdedah dengan femenomena popupariti dan artis sahaja. Ini mengakibatkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad akan tenggelam.

Semoga kita semua, tidak luput mengamalkan sunnah-sunnah baginda Nabi Muhammad. Kerana mengamalkan sunnah Baginda Nabi Muhammad adalah cara zahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad. Rasullullah telah wafat 1440 sudah, kini hanya tinggal sunnah-sunnah baginda sahaja. Rugilah kita kalau tidak mengamalkan pada akhir zaman ini. Dan jangan lupa, berselawat kepada Nabi Muhammad , semoga kelak kita akan mendapat syafaat daripada baginda Nabi Muhammad. Insha Allah.



Asbab cinta dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad , kita akan mencintai sentiasa masa dan ketika di mana kita berada sekali pun. Itulah fitrah manusia yang mencintai Nabi Muhammad. Asbab itulah kita kena pelajari kitab Syamaail Muhammadiah. Kerana MAULID bukan sekadar sambutan, akan tetapi menzahirkan kecintaan pada Nabi Muhammad.

Pada hari ini, ramai di kalangan kita sudah lari daripada perjuangan Nabi Muhammad. Oleh itu, mari kita mendengar tazkirah dari Ustaz Abdullah Khairi..



sumber : Ar-RahmanTV

Komunis Kembar Siam Penjajah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 04, 2019



Walaupun Chin Peng sudah menjadi abu yang ditaburkan, pertelingkahan berkenaannya berlaku bukan hanya cerita abu dan habuk sahaja, tetapi selepas itu diadakan majlis sambutan yang diatur oleh pihak yang mendedahkan diri mereka sebagai menghargai perjuangan Chin Peng atau sekadar memperingati perjuangannya menentang penjajah British tanpa menilai ideologi perjuangan yang menegakkan ideologi komunis dan kembarnya sosialis. Semua itu kembar penjajah.

Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak sebagai Ong Boon Hwa dan meninggal dunia pada 16 September 2013 di Bangkok. Beliau merupakan Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

Itu menunjukkan betapa hubungan ideologinya dengan penjajah British laksana kembar siam, seperti tangan kanan dan tangan kiri dalam satu jasad. Walaupun berada di tempat yang berbeza, tetap mempunyai hubungan bersama dalam melaksanakan konsep imperialisme dan kolonialisme, dan membahagikan dunia kepada Timur dan Barat mengikut semangat Perjanjian Sykes-Picot yang membahagikan tanah air umat Islam secara khusus.

Perjanjian Sykes-Picot pada Mei 1916 merupakan satu perjanjian rahsia yang telah dibuat oleh dua orang diplomat iaitu Sir Mark Sykes dan François Georges Picot yang mewakili negara British dan Perancis semasa Perang Dunia Pertama. Sykes dan Picot telah merancang untuk membahagikan wilayah negara Uthmaniyah apabila berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Selepas Revolusi Bolshevik (Komunis) pada bulan November 1917 yang diketuai oleh Vladimir Lenin, beliau telah menemui salinan Perjanjian Sykes-Picot dalam arkib kerajaan Rusia yang membuktikan Rusia juga terlibat di dalam perjanjian tersebut. Salinan perjanjian itu telah didedahkan kepada umum dan akhirnya masyarakat Arab mengetahui mengenai perjanjian sulit tersebut.

Perjanjian-perjanjian tersebut telah membahagikan wilayah milik umat Islam di Syria, Lubnan dan Turki Sicily untuk diletakkan di bawah ‘kawalan’ kerajaan Perancis, manakala Palestin, Jordan, Baghdad dan kawasan sekitar Teluk Parsi diletakkan di bawah ‘kawalan’ kerajaan British.

Walaupun secara literalnya kesemua wilayah ini tidak ditadbir oleh kedua-dua kerajaan itu, namun secara amnya mereka mempunyai pengaruh di dalam semua jabatan pentadbiran kerajaan wilayah tersebut.

Kawasan utara Syria dan Mesopotamia di bawah pengaruh Perancis, manakala Saudi, negeri-negeri Teluk dan Lembah Jordan di bawah pengaruh British. Walaubagaimanapun ibu kota Palestin iaitu Baitul Maqdis terletak di bawah pentadbiran antarabangsa melalui perjanjian lain yang dinamakan Perisytiharan Balfour 1917 bertarikh 2 November 1917 yang merupakan kenyataan rasmi dan dasar kerajaan British menyokong penubuhan negara Yahudi dengan merompak bumi Palestin. Manakala negara umat Islam di Asia Tengah dibahagikan dalam kalangan negara Komunis Soviet dan China.

Walaupun di nusantara ini telah dibahagikan antara British dan Belanda, tetapi komunis juga berusaha untuk bertapak melalui kader-kader mereka yang pernah bekerjasama dengan penjajah Barat melawan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Kebersamaan kedua-dua blok penjajah ini menunjukkan kebersamaan dalam konsep kolonialisme dan imperialisme yang bermaksud penjajahan terhadap tanah air kita.

Mereka mahu Asia Tenggara dikuasai oleh komunis yang berkiblatkan ke arah kuasa besarnya, sehingga berlaku beberapa kali rampasan kuasa di Indonesia dan juga berusaha berkuasa di Malaysia.

Komunis adalah fahaman yang menolak kepercayaan kepada Tuhan. Mereka mengganas lebih melampau daripada penjajah yang beragama Kristian dan Yahudi. Ini ternyata dalam pembunuhan kejam yang dilakukan di Malaysia dan Indonesia, walaupun diizinkan kadernya bersembahyang, berpuasa dan menunaikan haji, namun fahaman sekularnya sangat melampau.

Kedua-dua kumpulan penjajah ini bersedia bertukar giliran menakluk apabila menghadapi tentangan hebat daripada umat Islam seperti di Yaman Selatan dan Albania. Dahulu Kesatuan Soviet menakluk Afghanistan apabila Amerika kalah dalam mempertahankan Shah Iran yang dijatuhkan melalui Revolusi Islam walaupun dimomokkan isu mazhab, kerana mereka menentang Islam tanpa mengira mazhab dan bangsanya. Namun terkini, Amerika dan sekutunya mengambil alih peranannya di Afghanistan.

Upacara sambutan memperingati perjuangan komunis oleh kumpulan tertentu adalah satu peristiwa yang mendedahkan masih ada benih fahaman yang melampau. Hanya mereka yang jahil sejarah tanah air dan negara sahaja tidak peka dengan peristiwa ini.

Allah memberi peringatan:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ١١٨ هَٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ١١٩﴾

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (118); Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka bertemu kamu, mereka berkata “Kami beriman”, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): “Matilah kamu kerana kemarahanmu itu”. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati”. (119) (Surah Aali ‘Imraan: 118-119)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 7 Rabi’ul Akhir 1441 / 4 Disember 2019


sumber asal dari :=
https://www.facebook.com/abdulhadiawang/photos/a.146944298724030/2570235726394863/?type=3&theater
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS