![]() |
| kredit kak Mialiana |
![]() |
| kredit Youtube |
Assalamualaikum semua. Sebut tentang tenang pelbagai cara yang kita lakukan untuk mencapai ketenangan jiwa. Khususnya bagi orang Islam , salah satu nya ialah dengan solat di tambah dengan zikir serta berselawat kepada Nabi Muhammad. Ini semua adalah satu anjakan paradigma untuk mencapai ketenangan hakiki. Pabila jiwa dan perasaaan kita letak kepada Tuhan yang Esa. Itulah keutamaanya kepada diri seorang Muslim.
Untuk lari daripada masalah bukan satu perkara yang mudah dan senang untuk kita hadapi. Pebagai cara dan etika harus kita lakukan daripada melakukan sesuatu salah di sisi agama (Islam). Kerana pada waktu sekarang ramai yang mengalami ketekanan perasaan akibat pelbagai masalah yang hadir kepada diri kita. Ketekanan perasaaan akibat di buang kerja atau masalah dengan aura-aura negatif yang dekati kepada jiwa kita merupakan satu sebab masalah ini semakin meningkat di kalangan masyarakat Malaysia mutakhir ini.
Untuk mengelakkan daripada tekanan perasaan Naim kongsi sedikit daripada pembacaan dari sumber internet.
1) Solat, Zikir dan Selawat
-Sebagai orang Islam, dengan agama adalah penyelesaian yang utama . Kerana agama yang dapat memberi ketenangan jiwa. Untuk lakukan drastik memang sukar, lakukan secara perlahan-lahan. Latih diri dengan berselawat sehari 10 kali. Pabila sudah biasa mula dengan 100 kali dan seterusnya.
2) Fikir Positif
- Ini satu perkara wajib kita lakukan untuk menghindari tekanan perasaan . Kena buang perasaan negatif jauh-jauh. Jika di biarkan ia akan bersarang di dalam jiwa dan perasaan kita.
3) Muzik ( Alternatif )
- Muzik juga mendamaikan jiwa manusia juga. Ia alternatif kepada dua cara di atas yang Naim listkan kepada anda semua. Sebagai contoh seperti video di bawah ini.
Manusia di atas dunia ini kena sentiasa muasabah diri kerana kehidupan kita di dunia adalah sementara tatkala sebelum di jemput oleh Allah kembali ke kampung halaman yang kekal abadi.
![]() |
| kredit :- Jabatan Kesihatan Negeri Kedah - #maipakatsihat |
![]() |
| Kredit: Majlis Keselamatan Negara |
Pada hari ini juga mencatatkan 82 kes baharu dan anda boleh lihat pada graph di atas. Siapa sahaja yang melihat paa graph di atas akan rasa kurang selesa kan. Kerana sejak dua minggu kepas kes baharu meningkat dengan drastik sekali. Ini membuatkan para frontliner tebeban dengan kerja lagi berat.
![]() |
| Kredit : Majlis Keselamatan Negara |
Boleh lihat hari ini ada penambahan kes di Malaysia Pantai Timur seperti di Terengganu manakala di Pantai Barat pula di Melaka , Pahang, Johor , Putrajaya , dan Selangor. Manakala di Sabah mencatatkan kes tinggi di ikuti di Sarawak.
Ada sahabat blogger tanya mana follower blog ini. untuk makluman semua ia ada di home page blog ini da ia berada di sebelah kanan kita. Kerana ada banyak perkara yang Naim lihat balik yang mana keperluan dan kehendak dan memastikan loading blog ini tidak terlalu berat kepada semua pengunjung ke blog ini.
- Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #38 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2020.
** jom support Mia Liana....
![]() |
| https://m.media-amazon.com/ |
LIRIK
Pemergian seorang kekasih
Walau lama penantian 'ku ini
Aku yakin pasti bertemu
Aku tahu padanya tiada mungkin
Kerna itu bukanlah sifatnya
Di akhirat 'kan bersua lagi
Dengan mereka yang merinduinya
Kerna dia telah pun berjanji
Akan memberi syafa'atnya nanti
Saat itu pasti 'kan terjadi
Pada umatnya yang bertaqwa
Telah beribu tahun sudah berlalu
Keagungannya pernah berlaku
Sejarahnya akan berulang lagi
Sebelum tibanya kehancuran
Namun yang percaya hanyalah mereka
Yang rindukan kekasih
Namun yang merindu hanyalah mereka
Yang selalu berselawat
ÙŠَانَـــبِÙ‰ْ ، ÙŠَــارَسُÙˆْÙ„ْ سَÙ„َامٌ عَÙ„َÙŠْÙƒَ
ÙŠَــاØَبِـــيْبْ سَÙ„َامٌ عَÙ„َÙŠْÙƒَ
Kerna dia telah pun berjanji
Akan memberi syafaatnya nanti
Saat itu pastikan terjadi
Pada umatnya yang bertaqwa
Telah beribu tahun sudah berlalu
Keagungannya pernah berlaku
Sejarahnya akan berulang lagi
Sebelum tibanya kehancuran
Namun yang percaya hanyalah mereka
Yang rindukan kekasih
Namun yang merindu hanyalah mereka
Yang selalu berselawat
Yang selalu berselawat
Sebut sahaja tentang perihal manusia kita akan berada di kolompok yang mana. Yang pasti kita akan mencari kebaikan walhal kita tak baik di sisi Sang Pencipta. Sebab itu Naim suka naqalkan balik kata-kata mutiara dari Syeikh Zainul Asri kerana ia memberi kesan kepada diri Naim sendiri dan amnya kepada semua.
Syeikh berkata :-
" Di dunia ini, hina pada sisi orang takpa, tetapi jangalah hina pada sisi Allah S.W.T"
Apa yang kita boleh dapat daripada nasihat tersebut , adalah janganlah kita terlampau mencari sesuatu dari makhluk dan lupa kepada Sang Pencipta kepada mahkluk tersebut. Fitrah semula jadi, manusia ini sering terlupa dan kena sentiasa bermuasabah diri semula agar kita semua tidak hanyut.
![]() |
| kredit : Majlis Keselamatan Negara |
Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat-sahabat semua. Malam ini Naim ingin berkongsi sedikit pandangan peribadi kejadian baru sahaja apabila salah seorang ahli politik bermain isu di Lahad Datu beberapa tahun dahulu kerana percerobohan tentera Sulu dan mengorbankan anggota tentera dan polis. Sebelum itu, mari kita sedekahkan surah al-fatihah. Agar roh mereka aman di sana.
Tersebar satu video di mana ahli politik itu di dalam pasca kempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah tidak lama lagi. Naim malas nak tempek video kerana geram dengan telatah ahli politik ini. Dan Naim ingin katakan Kedaulatan Negara bukan benda untuk di buat main-main dan ia bukan di dalam permainaan komputer seperti Counter-Strike tak pun Red Alert. Ini melibatkan keselamatan Negara kita yang tercinta iaitu Negara Malaysia.
Jika merasai tidak selesa berada di negara Malaysia boleh tidak tinggal di negara Malaysia dan boleh pilih negara yang anda rasai selamat di dalam ucapan anda tersebut.Pasukan keselamatan mempertaruhkan nyawa untuk melindungi dan mempertahankan negara dan rakyat. Meninggalkan keluarga tersayang dan keselesaan untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Di samping itu, Angkatan Tentera Malaysia menjawab kenyataan dari ahli politik tersebut :-
Akhir sekali, Naim harap tidak ada kenyataan tidak waras mana-mana ahli politik yang ada berada di Malaysia. Selaku warganegara Malaysia kita kena sentiasa menghormati para frontliner menjaga pembatasan negara tatkala kita sedang happy bersama keluarga. Ada di antara mereka tidak jumpa ister dan anak-anak bulan-bulan asbab tanggungjawab kepada negara.
Mengakhir entri ini Naim sertai lagu best untuk anda...
![]() |
| kredit https://mdruzai.blogspot.com/ |
![]() |
| kredit Berita Harian |
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger semua.Naim harap semua sahabat-sahabat baik-baik belaka. Malam ini hendak menulis sedikit perihal COVID-19 di negara kita yang tercinta. Kerana kes COVID-19 sudah mencecah kepada 5 angka. Pada hari ini ( 16 September) jumlah kes adalah 10,031 kes.
Penambahan kes baharu pada dua tiga hari yang lepas melibatkan beberapa Kluster yang terbabit iaitu Kluster Sungai di Kedah, Kluster Pulau dan Kluster Benteng LD di Sabah. Dan pada hari ini ( 16 September ) telah mencatatkan kes yang baharu berjumlah 62 kes baharu. Daripada 62 kes tersebut 61 kes adalah kes di dalam negara dan 1 kes import.
Setiap 16 September setiap tahun, kita di Malaysia akan menyambut satu hari yang besar kepada negara kita iatu Hari Malaysia. Kerana pada tarikh itu terbentuk sebuah negara bernama Malaysia. Oleh tu , marilah bersama-sama kita semua menjaga negara kita ya
kredit video facebook : Ayman Rashdan Wong
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Hari ini 16 September 2020. Naim ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Dan jangan di lupa untu berselawat kepada Nabi Muhammad, semoga berkat berselawat Allahmemudahkan urusan seharian kita semua. Insha Allah. Yang lebih penting sekali di dalam norma baharu ini sentiasa bersihkan diri dan patuhi S.O.P ya.
Alhamduillah, pagi ini Naim join satu segmen dari rakan blogger Naim iaitu Tiara. Terima kasih di atas jemputan ini. Oleh itu, jom bersama-sama support segmen beliau ini. Kerna support beliau boleh menjana trafiik juga kepada rakan-rakan blogger yang lain.
Segmen ini bakal berakhir pada 30 September ini. Ada masa lagi untuk rakan-rakan blogger untuk join segmen ini. Boleh klik pada banner di atas ya..
Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat-sahabat semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Malam ini Naim hanya berkongsi sedikit 'kegemaran' Naim kepada anda semua. Apakah dia kan? Lihat pada gambar di atas.
Komik Ujang dan Apo? Bumper New Stalgiia Trobek. Jika anda mengikuti siri-siri komik Ujang dan Apo? pada suatu ketika dahulu akan pastii ingin memiki semula Bumper ini. Bumper kali ini menampilkan para kartunis yang mewarnai siri komik Ujang dan Apo?.
![]() |
| kredit fb Bekazon |
Bumper kali ini membawa kembali zaman era 90-an di mana, pada ketika itu Naim baru dilahirkan. di mana pelbagai isu di tengahkan di dalam komik Bekazon ini. Pada siapa-siapa ingin memiliki komik ini boleh terus ke https://shopee.com.my/bekazon. Naim tidak tahu bagaimana hendak berkongsi isi di dalam komik. Korang semua kena miliki sekarang ya..
![]() |
| KREDIT FB Aduan Rakyat Kedah |
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Melihat pada gambar di atas adalah suasana di ibu negeri Kedah , iaitu Kota Setar dan di gambar tu nampak jelas masyarakat alor setar mematuhi S.O.P yang telah di tetapkan kerajaan pusat. Dan melihat statik kelmarin negeri Kedah mencatatkan 14 kes yang baharu.
Daripada 14 kes itu adalah sebahagian dari Kluster Sungai yang kes positif kebanyakkan dari orang dari Kota Setar sendiri. Ini meresahkan penduduk yang berjiran dengan Kota Setar. Sebagai contohnya Kubang Pasu merupakan jiran terdekat kepada daerah Kota Setar dan kelmarin juga kes baharu di Kubang Pasu.
Berikutlah statik kelmarin meningkat kes baharu di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.Harapan tinggi kepada semua penduduk khususnya yang berada PKPD Pentadbiran agar sentiasa mematuhi S.O.P yang telah di tetapkan oleh kerajaan. Kerana sikap cuai dan lalai kita akan mengundang masalah kepada diri kita, keluarga hatta masyarakat setempat.
Kerana wabak ini tak nampak di mata kasar . Ia merebak dengan cepat jika kita lupa akan kebersihan diri. Dan waktu yang sama jangan lupa install MySejahtera dan sentiasa menulis nama dan no telefon jika pergi Pasar Raya. Dan pilih waktu hendak membeli makanan. Jangan pergi di kala orang ramai kerana kita tidak tahu siapa yang membawa wabak ini.
Akhir sekali, jangan lupa berdoa kepada Allah semoga ALlah mengampun dosa-dosa kita semua asbab wabak ini. Dan jaga di lupa solat sunat hajat setiap hari agar Allah mengangkat wabak ini. Dan kita akan kembali normal di dalam kehidupan. Berdoa jua agar diri kita serta ahli keluarga hatta masyarakat setempat tidak berjangkit dengan Covid-19 ini. Insha Allah.
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ini join segmen dari rakan blogger baharu Naim. Boleh klik pada banner di atas. Jom support beliau.. dan masih berbki jika hendak join lagi..
Jom support beliau!
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Yang penting sekali sentiasa menjaga kebersihan diri di dalam keadaan norma baharu.
Naim rasa semua sahabat-sahabat sedia maklum yang mana daerah Kota Setar akan laksana PKPD Pentadbiran bermula tepat jam 12.00 am sehingga 25 september 2020. Kerana penambahan kes baharu di dalam Kluster Sungai melibatkan satu pusat rawatan swasta di Alor Setar , Kedah Darul Aman.
Merujuk pada gambar di atas adalah Kluster Sungai yang mencatat penambah kes sejak dua hari yang lepas . Dan kini Alor Setar sekarang di dalam zon merah kerana mencatatkan kes melebihi 40 kes COVID-19. Ini memberi satu perasaan yang gelisah kerana Naim walhal di Kubang Pasu hanya terpisah sungai sahaja.
sumber gambar : Majlis Keselamatan Negara dan FB Majlis Bandaraya Alor Setar
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger semua. Malam ini harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Dan waktu yang sama bersama-sama kita hadapi kehidupan norma baharu pendemik COVID-19. Selawat jangan di tinggal di dalam kehidupan seharian agar jiwa kita kembali tenang.
Malam ini Naim join segmen dari rakan blogger iaitu Abam Kie. Kali ini Abam Kie menganjur satu segmen yang menarik.. beberapa syarat kena di pathi. Nak tahu? boleh klik pada banner di atas. Jom support Abam Kie!
Segmen ini masih berlangsung dan ia akan berakhir pada 30 September 2020.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini mengongsi kegembiran pabila Naim menangi segmen dari rakan blogger ATIE. Alhamduillah di dalam bulan ini banyak segmen juga Naim join ada menang dan tidak menang.
Matlamat Naim join segmen ini merapatkan silatulrahim sesama rakan blogger yang ada sekarang dan jika ada rezeki tu boleh la hadiah.hehe. Macam Naim bagitau selalu, dengan join segmen ini kita boleh perolehi pelbagai manfaat iaitu Traffik blog kita akan naik dan saling blogwalking di antara rakan blogger.
Akhir sekali, Terima kasih kepada Atie kerana hadiah ini.
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Naim harap semua sahabat-sahabat baik-baik belaka. Insha Allah. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad. Semoga berkat berselawat di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat dari Baginda.
Pada pagi ini, Naim hendak share kuliah dari Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi semoga kita beroleh manfaat kepada sahabat-sahabat semua.
Dengan mendengar tazkirah semoga kita dapat mencuci hati daripada debu-debu dosa. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. Amin!
Kartun dari akhbar Kosmo pada hari Sabtu lepas dan ia karya dari Kartunis Pheno berkisar Gelang Pink Covid-19. Boleh right klik + new tab. Kerana ramai yang melanggar S.O.P Kuaritin di rumah sampai menjadi kluster yang sangat dahsyat impaknya.
Pada waktu sama, jangan kita leka dan alpa kerana wabak ini masih aktif di sekelilngi kita.
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua. Malam ini Naim join segmen dari kak Ejulz. Dan lama akak tak anjurkan segmen. Naim segera join segmen ini. Jom support mereka. Boleh klik pada banner di atas.
Tarikh akhir segmen ialah 15 September 2020,
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Malam ini tiada entri yang baik. Cuma ingin memohon nasihat daripada rakan-rakan blogger. Kerana Naim baru sahaja berjinak dengan Adsense. Kerana masih newbie di dalam adsense ini, Naim ingin memohon nasihat la daripada otai-otai semua. hehe
Kalau tidak silap Naim , Naim baharu join adsense awal bulan Julai atau bulan Ogos yang lalu. Sejujurnya Naim juga membaca nasihat dari Otai Blogger iaitu Abang Hasrul Hassan.
![]() |
| https://www.hasrulhassan.com/ |
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Apa khabar semua? Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta ya.Selawat terserta salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan berkat berselawat kita semua akan mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat kelak, Amin!
Alhamduillah, sebenarnya tidak tahu bagaimana perasaan hendak di gambarkan kepada semua. Baru-baru ini Naim join segmen seorang otai di dalam dunia blogger iaitu Hasrul Hassan ( https://www.hasrulhassan.com/ ). Di dalam segmen beliau yang bertajuk Giveway Blogger Merdeka. Melihat pada hadiah pun dah luwayan...
Naim telah menangi hadiah ialah hadiah wang tunai sebanyak RM50 dan juga template premium blogger (FlexNews) yang mempunyai 9 variasi lengkap dengan dokumentasi. Inilah rezeki kan. hehe. Lepas ini kena edit template la pulak.
Akhir sekali, Naim ingin mengucapkan terima kasih kepada Abang Hasrul Hassan di atas hadiah yang sangat bernilai ini.
Selamat malam kepada sahabat-sahabat semua. Alhamduillah , Naim nak share kegembiraan pabila blog Naim masuk bloglist kak Salatul Zarida untuk 3 bulan iaitu September, November dan Oktober. Kenapa Naim sering join segmen sebegini?
Antaranya sebabnya kerana ada backlink dari blog-blog dari rakan blogger kita. Sebagai contohnya jika seorang user masuk blog rakan kita dan terlihat pada bloglist ada blog kita, dan beliau klik pada entri yang latest dan waktu yang sama pageviews kita akan meningkat secara tidak langsung.
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Berselawat kepada Nabi Muhammad, semoga di akhirat kelak kita mendapat syafaat daripada Baginda Nabi.
Pagi ini Naim share satu kuliah agama berkisar Adab Memilih guru. Jom dengar
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan-rakan Naim. Sekarang sudah masuk bulan September bagi tahun 2020. Semoga kita semua menjaga kesihatan masing-masing ya. Dan pada waktu yang sama terus megimbar bendera Malaysia kerana kita masih berada di dalam bulan Kemerdekaan lagi.
Jika masuk bulan Kemerdekaan , mesti ada filem patriotik yang akan di tayangkan di kaca televisyen kan. Kerana filem yang bergenre patriotik kebanyakkan adaptasi dari kisah benar. Oleh itu, generasi sekarang kena di dedahkan ilmu tentang pejuang-pejuang kemerdekaan yang gugur syahid pada wartu dahulu.
![]() |
| sumber astro awani |
1) Bukit Kepong
2) Leftenan Adnan
3) Sarjan Hassan
Jika tidak silap Naim ketiga-tiga filem di atas adalah kisah benar yang berlaku di Tanah Air kita ini. Bukan mudah pejuang-pejuang kita untuk mencapai kemerdekaan tanah air ini. Naim harap semua generasi sekarang lebih peka dan bertanggungjawab menjaga Tanah Air daripada melakukan revolusi yang membawa kepada malapetaka di kemudian hari.
Selaku umat Islam, kita kena merdeka dari segi rohani dan jasmani. Kerana merdeka bukan sekadar laungan Merdeka sahaja kerana banyak isi kena di huraikan satu persatu.












































